Sunday, October 12, 2008

Mahathir iktiraf Ustaz Azizan

Dalam sejarah Melayu Bendahara Melaka, Bendahara Seri Paduka Raja Tun Perak bin Tun Perpatih Sedang atau Tun Perak digelar “Pelantik Raja”. Ini lantaran teguhnya cengkaman beliau ke atas Istana Melaka sehinggakan mana-mana anak Raja Melayu Melaka yang tidak dikiranya tidak layak atau mengundang marahnya tidak akan berpeluang menjadi Sultan Melaka.

Di Malaysia hari ini kalau kita teliti pelbagai laporan dan ulasan berkenaan pengunduran Dollah Badawi, kita akan dapati betapa liciknya peranan bekas PM Tun Dr Mahathir sehinggakan bekas Menteri Zaid Ibrahim menyebut:

He (Tun) has a large group of friends, otherwise the PM (Dollah) would not have been “thrown out” just like he wanted. Mahathirism was all control, control, control. He has a strong influence on the top Umno leadership who had to choose between doing his bidding or facing his wrath.

Adakah Tun juga “pelantik Raja”?

Namun “posting” saya ini tidaklah berhasrat untuk mendalami isu berkenaan, memang Tun adalah satu karekter yang tidak mudah dipadam dari politik Malaysia. Sejak bersara sehingga kini bneliau tersu mewarnainya entah sampai bila lagi.

Apa yang menarik minta saya untuk dikongsi di sini adalah wawancara beliau dengan Joceline Tan dalam The Sunday Star hari ini. Apabila ditanya adalah Barisan (BN) mampu menebus kembali negeri-negeri yang ia tewas kepada Pakatan Rakyat, Tun berkata:

Ia sukar tetapi tidak mustahil terutama di negeri-negeri yang PR menang tipis umpamanya di Perak dan Selangor. Kedah dan Pulalu Pinang lebih sukar. Manakala Kelantan sudah pastilah mustahil (no go).

Itu bacaan Tun dan Tun walaupun mungkin “Pelantik Raja” tetapi bukanlah ahli nujum atau pakar peramal. Kita tidak semestinya berkongsi setuju dengan pandangan beliau itu. Tetapi apa yang menarik bagi saya adalah alasan yang beliau berikan dalam wawancara itu untuk membuktikan yang Kedah sukar ditebus kembali oleh BN. Katanya:


In Kedah, this man (MB Ustaz Datuk Seri Azizan Abdul Razak) has not tried to make a Kelantan in Kedah. He has been very careful, quite smart and he wants to please people.

Bukan senang bagi “gergasi tua” ini untuk memberikan ulasan positif terhadap seorang pemimpin PAS, tetapi dalam hal ini ternyata beliau kagum dengan kemampuan MB Kedah dari PAS itu. Kalau kawan kagum dengan kita itu perkara biasa tetapi apabila musuh bertaraf “Pelantik Raja” kagum, kita turut berbangga dan mendoakan semoga Ustaz Azizan dan barisan pimpinan PAS di Kedah akan terus melangkah berani dan membuktikan keadilan dan kemampuan Islam yang sebenar dalam mentadbir negeri yang juga merupakan negeri asal “Pelantik Raja” tadi.

6 comments:

Anonymous said...

saya juga sokong ustaz azizan terus kekal...

kalau kita perati, media arus perdana pun tak modal nak hantam ustaz azizan....

kalau di selangor...bertalu peluru kena..hahaha..

semoga ustaz azizan berjaya melaksanakan amanah yang diberikan.

Anonymous said...

sdr,
kenyataan zaid ibrahim mengenai tun mahathir adalah tepat.pengaruh dan legasi tun mahathir tak berkurang,malah ideanya makin bernas dan mengancam.bacaan politik tun mahathir juga tepat dan amat pro aktif dengan perkembangan semasa.pandangannya sentiasa nampak segar dan muda .mahu tidak mahu orang pas perlu mengambilkira segala pandangan /komen tun mahathir dalam konteks baik jadikan teladan,buruk jadikan sempadan.sesiapa yang menidakkan legasi tun mahathir,bagi saya mereka itu gagal membaca senario politik sebenar.saya juga setuju bahawa di Kedah kelihatan amat sukar bagi UMNO/BN untuk merampas kembali dan UMNO kedah akan menerima nasib seperti UMNO kelantan iaitu melukut di tepi gantang.kesimpulanya .apabila allah merencana kebaikan/keburukan maka tiada siapa berupaya menghalangnya.UMNO mulai sedar hakikat ini.
sekian.

Anonymous said...

Takbir!!!

Ya Allah kekalkan Kedah di bawah kepimpinan ulamak. Syabas Ustaz Azizan, ulamak kebangaan Kedah.

Ya Allah kekalkan Kedah di bawah PAS

Anonymous said...

Hidup ust. Azizan. The best MB from PR dgn Nik Aziz. MB yg tak banyak kontroversi.

Walaupun ada 2-3 kontroversi, tp beliau pandai explain sampai media tak mampu nak putar belit blk.

tak mcm MB selangor gn Mb perak. senang2 je media putar belit kenyataan mereka.

Nampak sgt ALLAH lindungi ust Azizan dr anasir jahat media.

Anonymous said...

Boleh percayakah siTun KT tu? Itu manusia anti Islam masa dia memerintah, sekarang tiada nampak apa apa tanda nak berubah dah lebih teruk karatnya dari tulang besi....

hakim noh said...

salam saudara2ku,

1)puji ada makna tuuuu...

2)ustaz azizan kena hati2....

3)kalau daim yg diam nak bantu biar ikhlas....jangan bagi syarat...langkawi jangan ganggulah..apelah...

4)hang ingat, si daim tu.., kalau tak ada grand design dan consent dari " the elders" dan berkepentingan, nak berjumpa ustaz "jan" kita ke....

5) awat tiba2 saya sebut daim yang diam dalam episod tun puji ustaz azizan kita... yang ini saudara2 kena cari dan start selidik!!!