Menteri sasau di Lorong Hj Taib
Sebut sahaja nama Lorong Hj Taib pasti akan mengundang respon sinis dari siapa sahaja yang mengetahui darihal aktiviti yang terdapat di lorong-lorong belakang kawasan “lampu merah” di Kuala Lumpur itu. Aktivitinya telah berjalan sejak puluhan tahun., saya ingat semasa saya masih bersekolah dahulu, antara OCPD Campbell (kini Dang Wangi) yang banyak menggelodak aktiviti pelacuran dan dadah di situ adalah Tuan Syed Meer Wahid (atau selalu dipanggil Syed Meor), yang kebetulan anaknya adalah rakan sekelas saya.
Itu dipertengahan dan lewat tahun 70an, namun berpuluh OCPD telah bertukar-ganti kini aktiviti di Lorong Hj Taib terus segar-bugar, ada rakan yang berkata dari operasi larut malam dahulu kini ia sudah menajdi bagai seven-eleven, iaitu 24 jam!
PAS menempatkan ibupejabat atau Pejabat Agungnya di Jalan Raja Laut sejak awal tahun 2007 (dirasmikan pada bulan Mei 2007), dibelakangnyalah terletak Lorong Hj Taib.
Di Parlimen semalam, Menteri Dalam Negeri Syed Hamid Albar telah memberikan jawapan bertulis kepada soalan yang dikemukakan oleh ahli Parlimen PAS Titiwangsa YB Dr Lo’lo Dato Ghazali. Dr Lo’lo betanya mengapa pondok polis di kawasan berkenaan ditutup dan ditinggalkan begitu sahaja. Semua pihak mengakui dan menyedari akan masalah jenayah dan sosial yang menjadi-jadi di kawasan berkenaan, tiba-tiba pondok polisnya ditutup!
Lalu jawab Syed Hamid ianya ditutp kerana kehadiran penjenayah mengakibatkan keselamatan pihak polis tidak lagi terjamin, sila rujuk laporan The Star hari ini:
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/10/17/parliament/2300354&sec=parliament
Masuk akalkah jawapan ini? Tambah Syed Hamid pondok polis itu terletak di kawasan yang kotor dimana dibimbangi boleh mengakibatkan anggota yang bertugas dihinggapi penyakit berbahaya. Soalan Dr Lo’lo ini tidak sempat dibincangkan dalam dewan sehinggalah ahli parlimen PAS Kuala Krai YB Dr Hatta Ramli membangkitkannya semasa perbahasan belanjawan oleh ahli parlimen Gombak, YB Azmin Ali.
Bagi saya jawaban menteri berkenaan sungguh tidak bertanggungjawab. Jika tempat itu kotor sebagaimana dakwa beliau maka DBKL ternyata tidak menjalankan tugas mereka, apa peranan Kedmenterian Kesihatan apa peranan Kementerian Wilayah Persekutuan, tidakkah kawasan ini terletak ditengah-tengah Kuala Lumpur?!
Jawapan menteri berkenaan menghina para peniaga di sana yang menjalankan aktiviti halal (yang tidak terilbat dengan aktiviti persundalan) seperti kedai-kedai makan, pemborong buah-buahan, pemborong kain dan peralatan serta kelengkapan, malah Pejabat Khidmat Masyarakat pemimpin MCA, Dr Lee CHong Meng juga terletak di situ.
Dan dalam bab keselamatan sekali lagi saya menyatakan menteri berkenaan memang tidak bertanggungjawab. Jika benar kawasan berkenaan berisiko tinggi, dan merupakan pusat tumpuan para penjenayah, bagaimana pihak polis boleh melesenkan sebuah kedai senjatapi untuk beroperasi ditengah-tengah Lorong Hj Taib. Syarikat berkenaan yang membekalkan senjatapi dan peluru telah berada di situ berpuluhan tahun lamanya, tidakkah ia juga patut ditutup dan dipindahkan, begitu juga dengan bank-bank, kedai-kedai emas dan seumpamanya.
Saya bersetuju dengan Dr Hatta bahawa jawapan menteri ini sungguh tidak bertanggungjawab dan kalau kita lihat penjelasan Ketua Polis Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Sabtu Osman, seolah ia bercanggah pula. Kata CPO KL (sebagaimana dilaporkan The Star) pondok itu tidak ditutp tetapi dipindahkan kepremis berdekatan yang lebih besar iaitu di Jalan Raja Bot.
Apa pun saya mengharapkan isu keselamatan, jenayah dan pelacuran ini akan dapat dibenteras, dbersih dan dihapuskan sama-sekali di Lorong Hj Taib. Rata-rata yang ramai dan terlibat dalam aktiviti haram ini adalah orang-orang Melayu/Islam belaka. Semoga apa pun kata menteri, pihak polis akan segera bertindak demi menjaga imej dan nama baik mereka.
11 comments:
'maklang' adalah panggilan hormat yang diberikan kepada golongan yang menjadikan tubuh badan sebagai bahan dagangan. Istilah lembut ini digunakan oleh generasi tua jika berbicara tentang golongan ini bila berhadapan dengan golongan muda atau kanak-kanak. Kata nama yang lembut bunyinya ini adalah untuk menyembunyikan betapa keji dan hinanya kerjaya ini sebenarnya. Asalnya perkataan maklang ini adalah dari perkataan 'jalang' yang cukup hina.
Jalang, pelacur, pekerja seks dan beribu lagi perkataan yang mungkin diungkapkan sekiranya kita merasa sesorang itu cukup hina. Malah ada yang mengatakan ini adalah kerjaya yang tertua di dunia. Saya kurang pasti kebenaran kenyataan ini. Namun apa yang boleh kita simpulkan hanya satu, kerjaya ini amat hina lagi menjijikkan.
Pada bulan syawal yang mulia ini, saya mula terfikir tentang nasib mereka. Adakah mereka juga berhari raya seperti kita? Atau adakah mereka sedang 'menjalankan tugas seperti biasa'?
Kita akan menghina golongan ini dan meletakkan kesalahan secara total kepada kelompok yang dihina dan dibenci oleh manusia bertamadun dan tuhan yang maha mulia. Di dalam penghinaan dan kebencian ini kita harus sedar bahawa jika manusia itu normal dan waras pastinya ini bukannya jalan yang ingin mereka tempuhi saban hari. Ada di antara mereka yang terpaksa dan dipaksa. Saya tidak bermaksud untuk membela golongan ini tetapi sebagai hamba Allah yang biasa pastinya terdetik juga rasa simpati kepada mereka khasnya yang sebangsa dan seagama dengan kita. Di dunia ini mereka dihina dan di akhirat elak 'hanya Allah yang lebih mengetahuinya'.
Di hari baik dan bulan baik ini, perlu rasanya kita renungi bersama apakah nasib mereka. Apakah perasaan mereka?
Kita juga sepatutnya bersyukur kerana kita tidak dijadikan begitu dan pastinya tugasan kita untuk membawa mereka kembali kepangkuan masyarakat dan landasan agama yang Allah Redhai.
menteri apa nii ?? menteri penakut ke ? kalau polis pun dah tak rasa selamat , camna pulak ngan rakyat biasa , habis laa kita camtu..
apakah maksud menteri , polis takut ngan penjenayah..
masih ingatkah , insiden bbrp tahun dulu , penjenayah masuk balai polis , rampas senjata... tindak balas polis ialah tutup pintu pagar masa malam .. patutnya cari sampai ke lubang cacing penjenayah tuu, hukum ikut undang undang..
apanii... kalu polis pun dah kecut ,camna rakyat biasa nak hidup..
atau polis hanya berani ngan kita yg lemah nii jee...
Nampaknya menteri menteri umno sekarang jawab ISA (Ikut Suka Aku), tak kira betapa bodoh sekali pun jawapan yang di beri, atau releven ke tidak main hantam sembrono saja! Mengapa jadi macam itu? Kerana mereka tidak bertanggongjawap! Walaupun di kecam kerana jawapan bodoh.....alahai menteri dUMbNO! Tiada accountability!
Salam Bro,
Panggil aje unit Amal PAS, beri mereka kuasa macam PDRM, ana yakin dalam tempoh 3 bulan, lrg hj taib bersih...halalan wa toyyibah!
Tak usah banyak cite, hendak seribu daya tak ndak seribu daleh!
Tapi kerajaan kena tukar dulu!
Jawapan dangkal.
Ini menteri ke?
Anoni
kehadiran penjenayah mengancam keselamtan polis???
this is really ridiculous isnt it??? isnt the police who supposed to protect us, not the one running away with their tails between their legs....
tambah ah pasukan polis kat that area....really the most unexpected answer from a minister...
remind me again...what is the role of police???
menteri bacul akan melahirkan bacul-bacul yang baru yang lebih bacul untuk melakukan perkara yang bacul maka selamatlah bacul-bacul kerana dijaga dan dilindungi oleh bacul-bacul yang bersepah kat bumi Malaysia sekarang ini.............
yang ada tinggal sekarang ini ialah doa dari orang yang beriman yang dizalimi oleh pemimpin bacul agar selamat didunia lebih lagi di akhirat nanti. kat akhirat nanti sibacul ni Allah nak letak kat mana Allah suka le, aku tak heran lagi dan tak peduli langsung, buang masa..........
pesan drp:
cucu orang utan
http://www.youtube.com/watch?v=dcG7IGoLqAk&eurl=http://masjidjamekcentre.blogspot.com/
stupid answer from stupid minister
sesuai dgn jolokannya 'kodomo lion'.dulu pun sekali, kes wartawan sin chew daily dikatakan ditahan bawah ISA sbb polis bimbangkan keselamatannya
alahai..hamid..
komen menteri tuh buat aku gelak...
Post a Comment