Wednesday, October 22, 2008

Selangor lahirkan Speaker yang cemerlang

Saya sempat mengikuti sidang Dewan Undangan Negeri Selangor semalam yang disiar secara langsung melalui laman web kerajaan negeri. Banyaklah perkara yang dibangkit dan dibincangkan malah mendapat liputan meluas media elektronik dan cetak.

Satu yang sangat menarik perhatian saya adalah kebolehan, kemampuan dan keupayaan Speaker YB Teng Chang Khim dalam mengendalikan persidangan. Beliau saya kira telah memberi nafas baru kepada jawatan Speaker dewan di Selangor yang sebelum ini sungguh ”bias” dan memihak secara membuta kepada pihak kerajaan.

Semalam Teng menegur dan malah memberi amaran kepada beberapa backbencher termasuklah dari DAP sendiri kerana menyalah-gunakan peluang untuk memohon penjelasan. Apabila Ketua Pembangkang sedang membahaskan Bajet negeri, beberapa ADUN telah bangun memohon penjelasan, akan tetapi apabila diberi laluan mereka ini pula bersyarah dan membuat penjelasan. Sikap ini telah beliau tegur secara terang-terangan.

Dan dalam menegur itu beliau sempat menempelak ADUN BN dari Seri Serdang agar tidak mencetuskan huru-hara dalam dewan kerana beliau selaku Speaker memang adil tidak seperti dizaman BN dulu. Di zaman BN dahulu saya pernah menghadiri perisdangan DUN Selangor dan melihat betapa jijiknya cara Onn Ismail, speaker ketika itu mengendalikan persidangan DUN. Beliau bukan sahaja bias malah bertindak bagaikan pembangkang kepada pembangkang.

Pernah satu ketika apabila adun-adun Barisan Alternatif (BA) ketika itu bertindak keluar dewan beliau mengucapkan tahniah dan berkata tak ada pembangkang lagi baik!

Teng kini dalam penggal keempatnya sebagai ADUN, setelah bertindak sebagai Ketua Pembangkang sebelum ini. Sudah pastilah pengalamannya yang lama itu membantu beliau dalam melaksanakan tugasnya. Saya percaya dengan sikapnya yang profesional mengendalikan dewan sebagaimana YB Cikgu Wan Rahim (kini ahli parlimen Kota Bharu) ketika beliau Speker DUN Kelantan, akan memberikan impak dan nama baik kepada kerajaan yang baru. Syabas Teng dan mudah-mudahan ADUN-ADUN dan ahli-ahli parlimen kita juga akan bertindak profesional dan beretika ketika berada dalam dewan.

2 comments:

sifu said...

Ekoran speaker DUN kelantan melarang wartawan berita harian mengikuti sidang DUN, saya nak tergelak apabila wartawan BH kelantan, wan zulkifli wan yaakob kata Berita harian selama ini telah beri liputan yg adil kepada kerajaan kelantan (rujuk mstar 22.10.2008). Kalau boleh dalam bahasa kesat, saya nak kata balik kepada beliau: "layanan kepala bapak kau!" . (maaf kepada semua pembaca Roslan SMS)

Hairul Anuar M Sahray said...

Salam brader roslan,

minta maaf sbb guna ruangan comment ni untuk tanya benda lain....

disebabkan posting ni ada kaitan dgn sidang dun, nak tanya bajet negeri selangor yang baru ni ada apa2 insentif untuk guru2 kafa tak? ataupun kalau tidak pada bajet ni, apa usaha kerajaan baru untuk meningkatkan taraf guru kafa yang sekian lama ditindas ni, gaji kecik...

sekian terima kasih