Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong
Pagi tadi ketika keluar bersarapan pagi dengan isteri saya terlihat bendera Umno mengelilingi dewan di Komplek 3K, milik Majlis Perbandaran Subang Jaya. Adalah kelihatan beberapa anak muda berseluar hitam berkemeja putih dengan sebahagiannya bersongkokmundar-mandir dan memasuki premis Komplek berkenaan yang sememangnya menerima tempahan sewa dari mana-mana pihak yang ingin menyewa dan menggunakan kemudahan yang disedia.
Rupanya Pergerakan Pemuda Umno bahagian Kelana Jaya mengadakan mesyuarat agung tahunan mereka.
Saya tersenyum melihat gelagat anak-anak muda berkenaan. Saya harap mereka sedar dan insaf betapa terbuka dan adilnya kerajaan negeri Selangor sekarang. Siapa sahaja yang mahu menyewa premis mereka diizinkan asal sahaja mengikut garis panduan. Sedangkan semasa Umno dan BN memerintah dahulu walaupun parti-parti pembangkang mampu membayar yuran dan sewa namun kemudahan-kemudahan awam ini tidak pernah diizinkan kepada kami untuk digunakan.
Gelagat dna perangai mereka seumpama itulah yang mengakibatkan mereka ditolak oleh rakyat dalam PRU yang lalu. Mesyuarat-mesyuarat juga tapi renung dan fikirkanlah perkara ini. Sementara itu kain rentang Ketua Umno bahagian, Mat Taib, terpampang mengucapkan selamat hari raya, tergantung dijejantas berhampiran komplek berkenaan, walaupun tidak berpermit namun tidak pula diturunkan oleh pihak MPSJ, kerana tiada bantahan. Hanya beberapa bulan dahulu ketika kita pembangkang apa sahaja bendera dan kain rentang yang dinaikkan akan terus diadu untuk diambil tindakan.
Begiutlah Umno dan BN dahulu.
Sementara itu saya mendapat makluman mesyuarat mencalonkan bekas MB Selangor sebagai Ketua Pemuda Umno Malaysia dan SETPOL kepada Dollah Badawi, Reezal Naina sebagai Naib Ketua. Jelas Pemuda Umno Kelana Jaya masih bertenggek pada pimpinan yang bakal menjadi barang antik dalam persada politik negara.
Harap-harap selepas guna dewan tu ucaplah terima kasih kepada kami.
4 comments:
Ada lagi lain pemuda islam yg masuk akhbar hari ini kerana dituduh terima rasuah seks. Tengok muka selamber je. Jenis apa hang ni? main rembat jer.
seumur hidup saya, nama umno memang saya tak tahu apa benda umno itu. rupanya parti umat melayu berfahaman hadhari tajaan imam besar pak lah. umno ini ugama yang mana satu, setahu saya Allah menerima hanya Islam ugama yang Allah terima...........
ugama gayut anutan:
cucu orang utan
umno selangor macam umno kelantan, walaupun dah tersungkor, ego mereka masih besar seolah olah merak masih berkuasa cuma tumpang kuasa federal aje dan pulak tu anti rakyat!
kahkahkahh..malunya kalu org umno membaca posting saudara...begitulah perangai umno...malangnya org umno sendiri tidak menyedarinya apatah lagi rakyat bawahan..mereka tidak sedar mereka adalah pembangkang di selangor..inilah akibatnya kerana terlalu lama memegang kuasa...KUASA adalah segala dalam umno..Politik wang ke, baling kerusi ke mereka peduli apa...asalkan KUASA mereka dapat..malangnya nasib pendokong umno..
Post a Comment