Kedah negeri berasaskan taqwa
Saya masih lagi berada di Kulim, Kedah. Pagi tadi saya ke pekan untuk seperti biasa mendapatkan bekalan akhbar tempatan disamping bersarapan pagi dengan isteri. Saya tertarik dengan billboard Selamat Hari Raya yang dinaikkan oleh kerajaan negeri Kedah di beberapa bahagian jalan. Siap dengan gambar MB Kedah Dato Seri Ustaz Azizan Abd Razak dengan pesanan:
Semoga beroleh ketaqwaan
Itulah juga pesanan yang diberikan oleh Dato Seri Tuan Guru Presiden dalam perutusan Eidul Fitrinya.
Sementara itu kerajaan negeri Kedah telah mengumumkan bahawa mereka akan terus kekal melaksanakan dasar baru kuota 50% Bumiputera kepada semua skim perumahan di dalam negeri ini. Sebelum ini kuota kerajaan BN adalah sebanyak 30%.
Menurut MB Kedah rasional kuota baru ini adalah bagi memastikan yang setiap warga Kedah akan mampu memiliki rumah mereka masing-masing. Ini bermakna pemaju-pemaju perumahan di negeri Kedah akan memberikan tumpuan kepada perumahan untuk majoriti rakyat Kedah yang berpendapatan rendah dan sederhana dan tidak berlumba-lumba untuk membina rumah mewah semata-mata yang diluar jangkauan rakyat kebanyakkan.
Saya percaya kerajaan negeri membuat keputusan ini setelah mengambil kira apa yang berlaku diperingkat akar-umbi, serta berdasarkan realiti semasa yang dihadapi oleh rakyat dan kerajaan negeri sendiri. Saya juga percaya perubahan kuota ini tidak ada kena-mengena dengan isu perkauman tetapi lebih untuk mengimbangi jurang keseimbangan kaum dalam satu-satu skim perumahan tidak kira samada yang kos rendah mahupun yang mewah.
Biarlah komposisi kaum di satu-satu skim perumahan ini diterjemahkan menurut realiti komposisi kaum diperingkat negeri. Jangan skim rumah mewah hanya didominasi oleh satu kaum manakala yang kos rendah oleh satu kaum yang lain.
Syabas di atas keprihatinan ini. Semoga kerajaan berasaskan taqwa akan terus kekal di Kedah sampai bila-bila insyallah.
5 comments:
Assalamu'alaikum wrh.wbh
1.Tahniah!!! Moga pembelaan ke atas nasib golongan marhaen tanpa mengira batasan kaum menjadi agenda utama negeri berkebajikan, InsyaAllah.
2.Harap-harap kerajaan Kedah juga memantau penjualan tanah-tanah milik persendirian sekitar tepi lebuhraya Sungai Petani - Alor Setar yang mengiklankan "Aslo available for Non Malaysian".
catatan semasa bertandangan ke rumah terbuka YB Anak Bukit.
wassalam
subppn9
skamalidz@yahoo.com
Rumah tidak perlu dibina melebihi keperluan dan ada unsur kemewahan sehingga kosnya tinggi. Orang beli rumah kerana nak tapak dan bangunan yang selesa didiami - cukup sekadar tempat berteduh dari hujan/panas dsbnya. Lepas tu, jika ada kemampuan, boleh buat renovation utk tambah keselesaan.
Elok pembeli ditawarkan pakej renovation. Buatlah macam Air Asia - now everyone can own a house!
zekZEK
Salam,
Kedah ok lah...tapi Perak agak mendukacitakan!
Betulll...saya berkereta dari mula masuk sempadan Perak di Tanjung Malim hingga ke Gerik, susah nooo nak jumpa banner menyambut kepulangan anak rantau...ada pun kecikkk je kat Tasik dan kat pekan Lenggong!
Lebih malang lagi, banner zaman BN masih banyak terpasang, pelik tulll...kenapa susah sangat nak arah PBT turunkan, termasuklah jenis temporary yang naik masa PRU12...tak turun2 lagi!
Saya rasa sdr Roslan SMS boleh highlightkan isu masa cit-cat ini dgn Tok Guru...jangan nampak lemah sangat kat Perak ni, sebab MB daripada PAS, so janganlah nampak lemah sangat.
TQ
Bukan Kelantan sahaja, Kedah pun di bawah kepimpinan ulamak, syabas Ustaz Azizan. Semoga Islam terus bersinar di negeri hijau kuning.
Lain pula ceritanya di MELAKA.
berita hairan online 10/10/08 :
dari berita hairan :
MELAKA: Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Datuk Abdul Aziz Jaafar dan artis Bollywood, Shah Rukh Khan adalah antara 758 pemerima anugerah dan pingat sempena Harijadi Yang Dipertua Negeri Melaka yang ke-70, esok.
Aziz menerima Darjah Cemerlang Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk Wira manakala Shah Rukh menerima Darjah Mulia Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk.
--
kita sangkakan gelaran datuk ni utk org msia sahaja. nampaknya gelaran tu sampai ke artis luar pun dapat sama.
lagi menarik, SRK tu org yg murtad. dia pernah mengaku, "sy dilahirkan islam. tetapi kini saya tidak lagi mengikut cara hidup islam. saya berpuasa seperti isteri saya, mengikut cara HINDU!" so nampaknya kita bukan saja memuja, kini MENGANGKAT DARJAT org yg murtad.
boleh surf dan cari kenyataan itu di internet to clarify.
Post a Comment