Thursday, October 09, 2008

Dollah dibunuh Brutus

Nampaknya ramai ahli nujum kemam bibir dan membisu apabila Dollah Badawi mengumumkan secara resmi tidak akan menawarkan diri bertanding mempertahankan jawatan Presiden Umno hujung tahun ini, semalam. Sebelum ini ramai meramalkan yang Dollah akan terus terjun kegelanggang mempertahankan jawatannya walaupun beliau dijangka menghadapi laluan yang sukar kali ini.

Ada yang meramalkan Dollah akan bertindak mengambil tindakan ke atas penentang-penentangnya, ada yang meramalkan Dollah akan bekerjasama dengan Ku Li, ada yang meramalkan entah macam-macam lagi kesimpulannya memang politik Malaysia pasca PRU ke 12 ini semakin sukar dibaca dan semakin mengakibatkan orang hilang kepercayaan kepada peramal-peramal atau penganlisa politik tak kiralah yang professional atau yang buat-buat macam professional.

Presiden PAS umpamanya lebih gemar menunggu dan melihat perkembangan selanjutnya. Kata Tuan Guru terlalu awal untuk membuat sebarang kenyataan. Kesimpulannya memang politik Malaysia gawat.

Tidak pernah dalam sejarah politik Malaysia, sekurang-kurangnya sejarah Umno, Presidennya yang juga PM dicampak keluar oleh kalangan orang-orang kanannya sendiri, tetapi berlaku dizaman Dollah. Sungguh malang bagi Dollah mewarisi kerajaan Tun Dr M, apa yang disangkanya akan menjadi era cemerlang, gemilang dan terbilang rupanya racun bagi beliau yang akhirnya menjadi Presiden dan PM Umno yang pertama (mungkin yang terakhir) dibunuh karier politiknya oleh Brutus-Brutus Melayu yang menikam dari belakang sebagaimana dizaman Ceasar dahulu.

Tetapi benar apa pun mungkin berlaku selepas ini. Apa pun biarlah ianya berlaku dalam keadaan tenang dan tidak menjejaskan kestabilan Negara dan masadepan rakyat. Selamat jalan Dollah yang merelakan diri ditikam demi Umno, panjangkah usia Umno selepas ini?

7 comments:

Anonymous said...

sanggup dibunuh demi tidak dianggap pembunuh.kira hebat jugalah.. tahniah rakyat Malaysia. Bersama menyaksikan aksi bunuh membunuh dalam parti yang pasti dibunuh daripada dalam.

Anonymous said...

Saudara Roslan, takde pula kita lihat ahli2 UMNO yang menangis ekkk. Kalau menangis mungkin kita boleh buat kesimpulan samada menangis kerna gembira atau kerna sedih. Kalau tak nangis amacam? mungkin ahli UMNO dalam ???? kot.Apa-apa pun selepas MAC 2009 Malaysia akan jadi negara sedih. Sedih sebab dapat 1st lady yang mengancam...bukan mengancam setiap hati lelaki tetapi mengancam dalam erti yang lain. Ku berdoa setiap saat semoga seluruh ummat islam seluruh alam khususnya di malaysia ini mendapat keampunan dari yang maha pengasih lagi maha pengampun. Semoga the next PM tidak meneruskan amalan agama yang menghadkan sesuatu hari saja untuk amalan agama yang mulia ini ( HADHARI)
zam

Anonymous said...

sdr
saya setuju dengan komen ini bahawa itulah tradisi politik UMNO baik dipuji buruk dikeji.Orang UMNO lupa bahawa pak Lah menanggung segala keburukan politik bukan disebabkan kelemahanya tapi pak lah terpaksa MEWARISI dari zaman sebelumnya.orang UMNO lupa lagi bahawa zaman Tun Mahathir amat banyak masalah tidak diselesaikan secara baik tapi hanya buat-buat selesai sahaja.sekarang pak lah terpaksa menerimanya.maka sesiapa sahaja menjadi pemimpin UMNO akan mengalami zaman yang sama seperti pak lah.itulah UMNO sejak dibawah British lagi
sekian.

Anonymous said...

Apa kelebihan pada Najib yang boleh mengatasi lain pemimpin UMNO? Presiden UMNO boleh di warisi begitu saja? Adakah Najib lebih hebat dari Rostam, Mahyudin, Zahid, Jazlan? Kerna dia boleh/pandai guna C4?

Anonymous said...

hahaha.......... dari pandangan mata ku....kau pak lah lebih baik dari mahder .... walaupun kau dikutuk suka tidur tapi aku nampak perubahan yg kau buat...dalam tidur kau ...kau telah kembalikan bantuan kpd sekolah agama, kembalikan belajar jawi, memberitahu umum betapa teruknya sistem kehakiman dulu, cuba menolak rasuah, mementikan modal insan...dan banyak lagi...tapi selalunya org yg cuba berbuat baik ini selalunya tidak disukai oleh ...sahabat2 mu.....dan ketahui lah kaulah yg melepaskan anuar ibrahin yg tindakan ini memulakaan dan memberi ruang kpd anauar ibrahim untuk merubah suasana sekarang......itu yg ku nampak...tapi ramai yg tak nampak... .walau pun masa yg singkat kau dijatuhkan oleh sahabat2 mu yg memang suka rasuah, suka kroni, suka benda yg tak baik....


walaupun aku tidak menyokong sahabat2 mu pak lah...tapi aku dan org kampong ku mengucapkan ribuan terima kasih diatas jasa mu maka wujudnya sebuah surau dikg kami dan dah masuk dua tahun kami dapat beribadat setelah 30 tahun kami tiada surau...... semoga ALLAH membalasnya diakhirat kelak.

Anonymous said...

pada pandangan saya..umur umno masih panjang...yg susah sikit lepas ni pembangkang...

p/s: saya pantau harakah, sebelum ni galak speculate nasib paklah..bila pak lah umum tak bertanding...nah...harakah tido...keji betul

Anonymous said...

Rosmah Bakal Perdana Menteri Malaysia? – Belanja Lumayan, Anak Suami Tak Dilayan

Sebelum rakyat dan ahli-ahli UMNO memberi sokongan kepada Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden Parti dan Perdana Menteri negara, wajarlah tingkahlaku dan dosa anak Perdana Menteri kedua Malaysia ini diselidiki sepenuhnya. Tolak ketepi dahulu kebarangkalian pengbabitannya dengan pembunuhan ngeri Altantuya Sharibuu yang mengaibkan kerajaan Malaysia di mata dunia. Imbasan ringkas sejarah busuk Najib dan isterinya Rosmah sudah cukup untuk mengajar kita betapa bahaya parti dan negara jatuh ke tangan gandingan suami-isteri (atau lebih sesuai, ISTERI-suami) ini.

Belum sempat keperitan hati keluarga mangsa-mangsa Helikopter Nuri diubati, kronisme dan nepotisme Najib-Rosmah terserlah dengan penggantian Nuri dengan Eurocopter, meskipun ia merupakan model paling mahal sejauh 25% dan tidak diuji medan perang. Mengapa Najib sewaktu menjadi Menteri Pertahanan sekian lama enggan memeterai perjanjian untuk Sikorsky Blackhawk yang jauh lebih murah dan mempunyai rekod cemerlang di zon-zon perang?

Jawapannya datang dalam bentuk seorang adik bernama Nazim Razak yang muncul berkecimpung dalam isu-isu pertahanan negara sungguhpun merupakan seorang arkitek. Dengan rangkaian luasnya dengan pencipta-pencipta Eurocopter, Nazimlah sebenarnya yang menandatangani perjanjian Eurocopter sekaligus meraih komisen besar sewaktu rakyat Malaysia sibuk memikirkan kos sara hidup yang kian meningkat.

Yang cukup membimbangkan kita, sebenarnya bukan Najib yang berkomplot langsung dengan adiknya Nazim dalam hal Eurocopter ini. Tetapi isterinya Rosmah, yang berkelakuan seperti wanita sihir atau "witch" dalam cerita kanak-kanak Inggeris! Rosmah cukup bijak; wanita durjana ini menghabiskan wang yang diberi Nazim, untuk bersuka ria di London. Siapa tak kenal Rosmah dan perangai borosnya itu di negara perantauan. Dalam satu kes, cukai-tambah-nilai sahaja dilaporkan oleh penguatkuasa di England sebanyak 50, 000 pound (sekitar RM350 000)! Jika cukainya yang tak sampai 20% pun sudah bernilai RM350 ribu bayangkanlah berapa tinggi nilai sebenar perbelanjaannya.

Tak cukup lagi dengan keborosan di kedai-kedai mewah di London, Rosmah juga menghabiskan RM 500 ribu untuk pembedahan plastik dan botox di London tahun lepas. Jika tak percaya, lihat sajalah wajah wanita sihir itu dulu dan sekarang; mustahil cukup tempe di Malaysia ini!

Mungkin sikap Rosmah ini tidaklah memeranjatkan, jika kita lihat sejarahnya yang lampau. Sudahlah mencuri suami orang (Najib pada awalnya berkahwin dengan Tunku Puteri), Rosmah cuba sedaya upaya menghalang Najib untuk menghadiri majlis akad nikah anaknya sewaktu bersama Tunku Puteri, Nizar Najib bersama anak usahawan mahsyur dan bekas Exco Wanita UMNO Malaysia Dato' Maznah Hamid. Kuatnya pengaruh Rosmah ke atas suaminya, Najib hampir-hampir akur dengan saranan Rosmah untuk tidak ke majlis tersebut.

Setakat ini sahaja bahagian satu siri Rosmah Bakal Perdana Menteri Malaysia. Tiga isu yang dikupas setakat ini:
1) Perjanjian kronisme Eurocopter yang menguntungkan Rosmah
2) Perbelanjaan lumayan Rosmah di London (wang rakyat!!)
3) "Queen Control" hinggakan perkahwinan anak sah Najib pun tidak direstui