Bak gayung bersambut
Saya tidak berhasrat memanjangkan isu ini tetapi tidak juga mahu biarkan ianya tergantung sehingga menganggu ketenteraman jiwa saya. Memang sejak dari bulan Ramadhan lagi saya menerima jolokkan dari blogger/ personaliti tertentu yang mencabar atau mengumpan-umpan saya untuk melayan karenah dan ketaksuban ego mereka. Saya sangkakan jolokkan seumpama itu berkahir begitu sahaja, tetapi rupanya diulangi pula kini oleh seorang tokoh dalam parti yang punya kedudukan yang boleh dianggap tinggi.
Saya kecewa kerana mereka dengan mudah menonjol dan mengenengahkan identiti saya seakan saya telah melakukan dosa besar terhadap mereka dan perjuangan ini. Ramai kawan-kawan yang bertanya, apa sudah jadi? Dan ada juga yang menasihatkan agar saya tidak melayan jolokkan itu atas berbagai alasan, dan setelah berbincang dengan beberapa individu yang saya segani, memang saya memutuskan untuk tidak melayan jolokkan-jolokkan nakal itu.
Sebagai seorang manusia biasa saya tidak dapat menyembunyikan kelukaan hati, kalau musuh yang bersikap dan berperangai demikian tak mengapa, tetapi ini kawan.
Dalam pada itu beberapa sahabat telah bangkit untuk mempertahankan yang hak. Mereka seperti saya kecewa dengan tohmahan yang telah dihamburkan lalu bangkit untuk “put the record straight”, memang mungkin tidak boleh memuaskan hati yang empunya badan, tetapi sekurang-kurangnya memberikan respon sebagaimana yang dikehendaki si empunya badan itu.
Semoga Allah melindungi kita semua.
Berikut respon dari Adinda Yusainie dalam blognya:
http://jihadtegakislam.blogspot.com/2008/10/kita-pun-mesti-ikut-al-quran.html
Dan berikut pula respon Adinda Nik Abduh dalam blognya:
http://nikabduh.wordpress.com/2008/10/06/yb-khalid-samad-ini-adinda/
17 comments:
Salam brader roslan...
Didoakan agar saudara tetap tabah menghadapi situasi yang tidak menyenangkan ini...yakin saudara di pihak yang benar..
Aku pun sangat hairan....tak habis2 lagi ke isu yang berbangkit tu....aku tengok tulisan brader roslan pun dah lama tak ulas...
Apa sebenarnya masalah kawan2 kita ni....macam budak2 perangai tu.....adab berjamaah kemana pegi...?
Salam bro Roslan,
ini la jadinya bila Allah beri sedikit kemenangan dalam situasi kita tak jangka...alah senang cakap...tak bersedia!
Puncanya satu je...tak pegang pd keputusan syura, itu yang jadi caca merba!
Nak melentur orang dalam jamaah pun bukannya mudah. Semua nak tunjuk pandai, alah, silap hb nak tunjuk lagak...nauzubillah!
Sebab itu kita patut tabik dengan disiplin jamaah arqam dulu...satu aspek depa amat kuat dengan keputusan jamaah...
Sebab tu depa nampak kuat sebab ukhuwah depa terjaga...semua ikut syura jemaah (walau ada pihak kata depa ikut ashaari membuta tuli...tapi itu aspek lain lah)
Green Blogger
bersabarlah.
bak kata Cikgu Pa, baru belajar berpolitik.
Pakdi
http://pemikir.blogspot.com
Saudara Roslan,
Bagi kami ahli2 diperingkat bawahan merasakan agak rimas dan tidak selesa dengan keadaan cabar mencabar diperingkat kepimpinan tertinggi. Seolah-olah ukhuwwah dikesampingkan pada masa ini. Saya sarankan kepada saudara untuk memberi cadangan kepada YB Tuan Guru Presiden untuk menaiktarafkan Lajnah Tarbiyyah & Perkaderan sebagai Jabatan Tarbiyyah & Ukhuwwah. Perkara ini wujud kerana tarbiyyah tidak digerakkan secara menyeluruh (top-down). Ada loophole di peringkat tertentu. Mudah-mudahan dengan kenaikantaraf ini dapat digerakkan jemaah ini dengan lebih sempurna dan ukhuwwah terpelihara.
Mmg sejak kebelakangan ni Khalid Samad nampak terlalu obvious menonjolkan diri. Seolah dialah satu-satu juara dan pejuang dalam PAS. Habis Presiden, Timbalan, Mustapha Ali dan lain-lain disapunya ketepi.
Jangan sampai memperlekeh dan merendah sahabat-sahabat sendiri. Khalid beria menyokong TGNA apabila TG nampak condong ke arahnya. Tetapi kini setelah kedua TG berjumpa dan tiada lagi kenyataan dia naik gelabah mula nak cabar sini sana.
Ambil kau sekarang anak TGNA cabar kamu........apalagi jawablah.
%%%%%SUMSUM BESI%%%%%%%
Assalamualaikum,
saya mengikuti apa yg sdr tulis sudah 2 atau 3 tahun, kadang2 saya mencelah..
Sdr kena banyak bersabar, jgn endahkan jolokan atau apa kata2 spt itu..
itu cuma ibarat habuk jalan yang terlekat di sepatu sdr..
Salam bro. Roslan,
udahlah tu, jgn ambil hati sangat. Relek jer, kita buat kerje kita elok2.
Ni dah nak jadi kerajaan baru. Cabinet line-up amacam?
Jangan bagi kat Khalid Samad tu jadi mentri apa2. Biar dia jadi Polis kat parlimen tu. Siapa buat salah di jerit-jerit.
Dia tu suka lawan jer kerje nya.
assalamualaikum saudara roslan.
saya doakan semoga saudara dan adinda sentiasa dilimpahi rahmat Allah...
semoga saudara sentiasa berada pada jalan yang lurus.
bro roslan,
Sabar bro..jgn amik ati n marah2 sangat..kita baru je selesai bulan ramadhan, teruskan memantapkan rohani kita di bulan syawal ni!
Tiada masalah yg tidak dpt di atasi n bermusyawarahlah dengan cara hikmah...insyaAlah, penyelesaian akan terjelma.
Byk mata sedang memerhati dgn penuh minat terhadap kepimpinan dan pendokong PAS sekarang ni. Inilah masanya kita meyakinkan mereka bahawa PAS adalah wadah perjuangan KEADILAN yg sebenar!
Jgn jadikan sedikit perselisihan antara sesama sendiri ini menyebabkan mereka2 yg baru nak berjinak dengan PAS akan lari menjauhi kita!
Teruskan Berjuang !
TAKBIR!!
p/s salam eid mubarak, maaf zahir n batin (sorry terlewat)
..mansyahirfriends..
salam...bru smlm msk blog2 bru lik dr cuti kt kg..smpat gak mcelah dlm blog 'peribadi' YB Khalid...heran gak apa yg YB tu x puas hati bkn ke dia trlibat dlm mesy lajnah politik..klu trasa nk jd hero sgt ckp puas2 dlm meting tu dh ada kptsn senyap jela ni tak duk riuh konon atas nama blog pribadi(yela dh jd YB lupa kot apa yg kte dpt dlm usrah)...takut YB sorang ni ( tp bkn dia je) yg meroyan sbb x jd 16 Sept...bru mnang ckit dh mcm x sedar diri..lupa ke mnang sbb ISLAM undi bkn melayu hnya pnyebab je...buat sdr roslan truskan dgn pnulisan kritis...
insyaALLAH ISLAM akan menang akhirnye...utk juak2 DSAI dlm jemaah PAS ni LU PKIR LA SNDIRI...
Saudara Roslan, dalam islam kita diajar untuk taat Allah, rasul dan amir. Tapi apa yang berlaku seolah-olah tiada lagi ketaatan kepada amir jemaah. Apa sudah jadi? dimana perjuangan islam yang dilaung-laungkan? andai asas pembentukan sebuah jemaah telah dimusnahkan. Dan sebagai amir jemaah apa sudah jadi? mengapa tiada ketaatan kepada amir jemaah?Saya tak nak salahkan sapa2, kerna setiap apa yang berlaku dimuka bumi ini adalah hasil dari usaha orang yang beriman kepada Allah s.w.t. Saya syorkan, semua kita hentikan fikir tentang politik buat sesaat untuk kita lafazkan astaghfirullah. Dan tanya pada diri sendiri ' Apa yang telah saya lakukan untuk ummat ini?'
zam
runsing aku...
sdr
saya seperti pemberi komen yang lain.perkara ini tak ada kerisauan/tak serius bahkan inilah yang dituntut betapa suburnya dunia akedemik dan keilmuan dalam ahli pas(generasi muda ).sebutlah ulamak mana saja(kecuali rasulullah SAW ) yang tidak disanggah pendapat mereka hatta khulafa al-rasydin sekalipun ,apa nak dipelekan.MOTTO SAYA ;yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan ( tak kira dari mana punca).saya amat tak nampak adakah perkataan perbezaan membawa negatif.kenapa pobia sangat dengan perbezaan.
sekian.
Assalamualauikum Bro. Roslan,
Selamat hari raya dan maaf zahir dan batin.
Apa khabar hari ini?
Saya ada satu idea. Harap2 boleh di pertimbangkan.
Sebenarnya saya dah lama baca penulisan saudara dan juga tulisan adinda2 sekalian.
Saya juga sudah baca penulisan tentang pemikiran Khalid Samad.
Bila saya bandingkan kedua2nya, saya rasa alangkah baiknya jika Saudara Roslan, adinda2 sekalian dan Khalid Samad dapat bergabung tenaga dan mengendalikan satu blog. Pasti meletup! Terang2 saya katakan, Harakahdaily tu lembik. Tak menarik langsusng. Lesu tak bermaya. Ramai dah berhenti pegi sana. Tak dapat apa pun!
Mutu penulisan dan gaya bahasa saudara jauh lebih baik dari Khalid Samad. Gaya penulisan Khalid Samad tu keras dan kaku. Tetapi idea dia bagus. Konsep yang hendak diketengahkan memang kelas. Dalam pemerhatian saya tak ada YB lain yang boleh 'spin' macam dia. Oleh kerana PAS hendak dibawa masuk ke mainstream politics, kita perlukan satu media alternatif yang boleh membantu dalam pembentukan fikrah masyarakat yang maju kehadapan.
So what say you brother?
Maaf lah terpanjang pula.
Baru masuk PAS.
salam...
sabar bang roslan... saya pernah
nampak bang roslan kalau berjemaah di masjid darul ehsan kat subang jaya dulu, tapi segan nak tegur...
ini mungkin satu cubaan dan satu rintangan dalam perjuangan.
tabahkan hati kuatkan keyakinan. Allah sentiasa bersama orng2 yg benar.
selak sejarah rasul, mmg banyk rintangan dlm menyatakan yg HAK.
bagi virus2 dlm PAS ni kembalikanlah ke pangkal jalan, kami pengundi2 pas/pakatan rakyat sentiasa mengawasi tingkah laku kamu... jgn ingat kamu menang bole jadi mp boleh membuat sesuatu tanpa mengmabil kira keputusan syura!!!
Assallamualaikum
Sdr Roslan, Snow rasa perkara perkara begini Sdr. Roslan akan dapat melepasinya namun tersentuh dik hati itu pasti ada apalagi ianya membabitkan "kawan".
Snow hanya berharap Sdr Roslan bersabar apatah lagi baru sahaja kita semua melepasi Ramadhan dan masih segar lagi bulan Syawal ini. Tak kemana nya mereka itu sekiranya tidak ikhlas.
Wassallam
Biaserlah tu bang! Ramai penulis biasanya ego, bila tulisan mereka dapat sambutan, mula terasa hebat dalam diri maka orang lain di pandang remeh....tapi ramai juga yang ambil upah, jadi semua dia taboh!
Post a Comment