Saturday, October 11, 2008

Parasit dan anai-anai

Saya memang malas melayan orang yang "tiga suku" apalagi mempunyai sifat yang merasa dirinya sahaja yang betul, orang lain semua salah dan perlu disingkir termasuklah pimpinan jemaah yang telah menyumbang tenaga dan nyawa untuk perjuangan ketika beliau itu masih berhingus dan kencing dalam seluar.

Saya minta maaf tetapi inilah posting saya yang paling kasar dalam pengalaman saya, tetapi saya mahu habiskan isu ini di sini kerana manusia yang menabur fitnah, mengadu-domba seperti beliau ini tidak layak dilayan apalagi diberi publisit percuma.

Berikut komen yang saya terima dari Sdr Abd Rahman Talib aka Tulang Besi dalam ruangan komen blog ini yang saya yakin mungkin beliau ingat saya tidak akan ulas:

Roslan, Tak payahlah berselindung lagi, kalau tak suka dengan Pakatan Rakyat, letak sahaja jawatan sebagai ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya. Buatlah perkara yang berprinsip.

Tulang Besi

(Sebelum ini macam-macam fitnah beliau tulis berkenaan saya dalam blognya termasuklah menyiarkan gambar saya siap dengan nombor handphone, samapi begitu sekali kerja jahat beliau, tetapi saya mendiamkan diri)

Saya baru sahaja pulang dari hadir dalam majlis peresmian Mesyuarat Agung PKR Bahagian Kelana Jaya yang diresmikan oleh Dato MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim (yang membaca blog ini kerana tadi pun beliau dan sahabat saya Tuan Syed Shahir, Ketua Bahagian PKR Kelana Jaya bertanyakan saya mengenai blog ini). Mimpi atau mengigau si Tulang sambil selamba menuduh saya tak suka PR?

Saya tak kenal sangat si Tulang ini tetapi dia kata saya tak suka PR, saya pernah menerima panggilan telefon dari beliau beberapa tahun dulu sejurus tiba di Kota Bharu menghadiri Muktamar PAS Pusat. Saya ketika itu diamanahkan oleh negeri untuk membahaskan ucapan dasar Presiden. Beliau selamba berkata saya tak suka PR, dan saya selamba pula nak mengatakan beliau itu tak suka PAS!

Melalui telefon beliau meminta saya agar berbahas menolak ucapan dasar Presiden yang kata beliau tidak patut disokong kerana lari dari dasar dan berbagai lagi. Beliau boleh dengan selamba membuat panggilan itu sedangkan beliau bukan pun pimpinan negeri, bukan ahli perhubungan atau pimpinan mana-mana peringkat di Selangor! Berani beliau menjual idea agar Selangor menolak ucapan dasar presiden ketika itu!

Kalau nak tahu itulah perangai si Tulang ini, duri dalam daging perjuangan. Orang yang marah dengan mana-mana pimpinan pun tidaklah sampai keperingkat menolak ucapan dasar Presiden!

Saya wala’ pada pimpinan dan jemaah selagi kita berpegang kepada syarak, itulah adab kita dalam berjemaah. PAS yang membentuk PR dan PAS kini sudah pun memutuskan memperkasakan PR, sebagai pendukung jemaah kita wajib terima dan berikan komitmen kita insyallah. Saya berpegang kepada pesanan Tuan Guru Presiden (saya orang Presiden, tetapi Tulang saya tak tahu orang siapa) ketika menggulung perbahsana muktamar baru-baru ini:

“Sasaran perjuangan kita luas dan bahtera kita menghadapi lautan yang luas. Kita akan terus dengan semua (PR) dengan membawa mesej dan prinsip kita , biar habis manusia mendengar berkenaan Islam”.

Surat perlantikan saya sebagai ahli MPSJ ditandatangan oleh Dato MB Selangor setelah dikemukakan nama saya oleh parti. Presiden atau Pesuruhjaya Negeri tidak pernah meminta atau mengarahkan saya meletak jawatan, siapalah pula Tulang untuk suruh saya berbuat demikian.

Atau Tulang kempunan kerana mahu juga menjadi ahli majlis, kalau dapat jadi Ketua Pemuda PJU dulu mungkin ada orang calonkan. Itulah, jangan cepat lari tinggalkan perjuangan. Dalam ketiadaan beliau, parti ditakdirkan menang besar (dari “0” pada 2004 ke “8” pada 2008 sehingga berjaya membentuk kerajaan campuran PR) dan kini beliau berpoeranan menyalak-nyalak menyalahkan hampir semua orang kecuali diri beliau (yang maksum) dan kroni-kroninya.

Istiqomah dalam perjuangan, wala’ pada pimpinan, hormati adabul ikhtilaf, ikhlas berjuang, jangan sekadar mengkritik, memfitnah dan mengadu domba. Maaf jika posting ini menyakiti hati mana-mana pihak termasuklah si Tulang, tetapi saya manusia biasa mudah-mudahan Allah swt mengampunkan dosa kita semua dan menetapkan diri dan pendirian kita agar terus berada dalam jemaah ini di bawah kepimpinan ulamak.

Sama-samalah kita renungi ayat-ayat Allah:

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka…..

(al Hujuraat: 11)

(Saya tidak lagi akan mengulas atau menyentuh apa-apa isu yang dibangkitkan atau berkaitan dengan si Tulang dalam blog ini)

23 comments:

Anonymous said...

buang masa je usaha tulang besi karat ni

Anonymous said...

ada pro dan contra.. ape kata cik roslan bg idea setiap tanah yg ada dikwsn majlis cik roslan ditetapkan kouta dan cik roslan sbg ahli majlis cuba menyelamatkan tanah2 org melayu dr cik roslan pikir pasai mamat tulang besi tu ntah2 da berkarat. cik roslan kena pdi utk memberi hujah yg majoriti adlah org melayu di kbykan mana2 tempat. tlg la sebarkan idea ini utk menjaga kepentingan tanah kite sendiri bkn nye perkauman, tp majoriti di malaysia adlh org melayu.

2kali5 said...

saudara Roslan,

Secara jujur saya nyatakan saya memang tidak berparti malah saya cukup anti dengan sebuah parti yang ingin memberikan harapan baru tetapi mash dengan budaya lama bekas parti yang pernah disertai oleh pemimpin utamanya dan sebahagian ahli yang mengikutnya.

PAS bagi saya relevan tetapi ada beberapa perkara yang perlu diperbetulkan. Hakikatnya sebagai manusia kita pastinya tidak sempurna dan usaha penambahbaikan harus dilakukan sepanjang masa.

Apa yang ingin saya sentuh disini ialah sikap kesantunan anda bila menulis. Saudara cukup berhati-hati dan bersopan sewaktu menulis. Tetapi kali ini anda elihatan seperti sedikit teruji kesabaran.

Mudah sahaja bagi saya, kita menulis, bercakap dan melakukan sesuatu yang kita yakin benarnya. Walau sejuta fitnah yang menghentam kita tetapi jika kita yakin kita dilandasan yang benar, jawapannya mudah - "go to hell".

Manusia yang melakukan provokasi kepada kita pastiya mahukan kita bertindakbalas. Saya yakin tulang besi ketawa besar bila membaca posting anda hari ini.

Walau anda tidak memberikan publisiti kepada beliau tetapi saudara seolah-olah memberikan kredit kepada beliau kerana saudara telah melenting.

Jika saudara yakin dengan apa yang saudara lakukan dan ini adalah fitnah, saya nasihatkan saudara hanya perlu lafazkan ALHAMDULILLAH...

Anonymous said...

semuga pak cik roslan tabah menghadapi segala fitnah. kami di belakang takbir sentiasa mendoakan pejuang² kebenaran

Anonymous said...

Kalau sesiapa ada gambar TB tlg poskan dlm blog ni..tringin rasa nak tgk mcmana orangnya.

Anonymous said...

ni puak anai2 yg ingin menjatuhkan TGHH...semua serangan ditujukan kpd TGHH...semoga ALLAH menghapuskan anai2 dlm pas...

Anonymous said...

Bro Roslan,
Jangan takut ... ramai yang menyokong BRo!!

Dah jadi ahli MPSJ ker? CUba tgk2 kan sket kat Unit Kontrak dan Ukur Bahann tu ... nama jer nak masuk tender dan sebutharga kene pakai http://tender.selangor.gov.my ...

tapi bila dah masuk tak announce pulak kontraktor maner yg dapat projek ... senyap cam tu jer ...

kita yg dah bayar RM 100 utk pakai tender online tu dan bayar lagi utk masuk tender dan sebutharga ingatkan telus, tapi tak tau la macamana pemilihan kontraktor utk buat keje tu ...

Unknown said...

saya dah pesan dulu pada bro roslan, kita yg berjiwa besar ni tak payah layan komen-komen manusia yg tak ada value added apatah lagi yg langsung tak ada value seperti Tulang Babi oppp Tulang Besi tu. Fokus saja tenaga dan pemikiran kita kepada tanggungjawab sebenar kita iaitu memperkasakan PAS. Lapas ni jangan sebut lagi nama Tulang Babi, opppp Tulang Besi. maaf tersasul

Anonymous said...

Rasanya hamba setuju dgn 2x5 tu..

selama ni tak pernah dgr pun si Tulang Besi ni..mcm melukut di tepi gantang...tetiba jadi glemer plk lepas sdr Roslan sebut..

sebaiknya abaikan saja..mcm budak kecik nangis nak aiskrim...nak mintak perhatian-kalau kita biarkan, lama2 dia akan senyap...hehe..

Anonymous said...

sdr,
diam bukan bererti kalah,terkadang diam itu tanda kematangan.saya rasa tulang besi hanya nak menumpang kepopularan sdr sahaja.cuma satu saya harap sdr boleh layan si tulang besi tetapi mengikut isu atau perkara.jangan tutup terus.maksudnya kita menulis/mengulas bukan kerana sesiapa tapi isu apa yang dibawa.itu lebih penting.
sekian.

Anonymous said...

boleh tahu url blog tulng besi berkarat tu

roslan sms said...

Asm

Terim kasih atas ulasan, pandangan dan nasihat sdr-sdr berkenaan si TB. Insyallah saya memang tidak berhajat untuk memberi ruang mengulas berkenaan beliau di sini lagi.

Adapun ianya terpaksa saya cetuskan di sini kerana saya bimbang apabila saya mengambil sikap berdiam maka ada yang berpandangan segala tohmah dan fitnah beliau itu ada kebenarannya.

Sekurang-kurangnya kita semua tahu peribadi dan siapa beliau sebenar.....OK full stop, kita banyak lagi kerja dan tugas bermnafaat selepas ini.

Terim kasih

Anonymous said...

Bro Roslan syabas kerana melepaskan peluru ke arah si Tulang Besi bangsat tu.

Dia jer betul dia jer baik, memang kurang ajar dan tiga suku.......hehe kalsik sungguh bahasa Bro bila marah-marah....hehe

Dont worry bro we will always support u

JAWA MERU @ anti TB

Snowflake said...

Assallamualaikum
Namanya pun sudah memadai, Tulang Besi. Nak dibuat cammana? I rest my case.
Wassallam

Anonymous said...

tak ketahuan mana yang nak disebelahi, hingga kini masih membaca dan menilai

jika Roslan SMS dipihak yang benar semoga Allah memberi kekuatan

Anonymous said...

Rahman Talib ini semasa aktif di PAS Kawasan Petaling Jaya Utara (PJU) dulu sudah mendatangkan masalah kepada kawasan dan kalangan jemaah. Keras kepala dan ikut haluan dia saja. Kurang beradab terutama di hadapan orang tua dan lebih kanan dari beliau.

Lama dah dia menyepi, sekarang muncul kembali dan masih dengan perangai asalnya yang buruk itu. Jangan layan budak bermasalah ini.

-Veteran PAS PJU

Anonymous said...

tu la bro roslan.. jgn dilayan la tulang besi tuh.. tgk, dia da reply kat blog dia.. dia mmg nanti2kan post bro yg camnih.. usah dilayan broo.. makin berlemak nnttt

Anonymous said...

Bila saya baca tulisan bro roslan kali ini, bukan seperti saya baca blog Roslan SMS Corner... Daripada mukadimah hingga akhir tulisan ini saya rasa macam baca blog MSO Merah Tinta pulak...

Apa-apa pun saya doakan bro roslan tabah dan kuatkan semangat dan jangan dilayan si mamat sekor ni. Siapa tak kenal Rahman Talib. Dia ni pelacur politik dan gila kuasa...

NH Shah Alam

poksu said...

kalau nak marah marah sila ke http://berkatilah.blogspot.com
pekena sup dulu bagi panasss...ok
tahniah sdr roslan dah dapat pangkat noo...2 dalam 1...he...he..

insanduniafana said...

Saudara Roslan saya menyukai saudara menulis dalam blog dengan nada yang amat harmoni(walaupun saya bukannya penyokong tegar PR mahupun BN). Terasa keihklasan saudara dalam penulisan juga santunnya menukil rasa ketidakpuasan sesuatu isu. Dalam perjuangan(saudara mungkin lebih arif)golongan macam Tulang Besi ini jangan dilayan sangat-Bekerja untuk rakyat dari membuang masa melayan beliau menyalak bagai anjing nampak hantu...kerana insyaAllah manusia akan mengenal yang mana baik dan buruknya dan hanya anjing sesama anjing sahaja yang mempunyai sifat provokasi yang akan turut sama turut serta menyalak.Teruskan perjuangan mendaulatkan Islam.

Anonymous said...

penulis upahan syok sendiri kot? upah pun dia sendiri bayar...keh keh keh

Anonymous said...

salam. masa anda lebih utama. Teruskan.

Anonymous said...

sdr roslan... berjuanglah lillahi taala, mga allah allah tunjukan kebenarannya. abang ana kenal TB ni, abang ana kata... TB ni nak semua orang ikut cakap dia, selagi dia tak dapat 100%, selagi tu la dia akan buat bising