Friday, October 24, 2008

Bina segera Masjid Cina di KL

Pembinaan Masjid Cina telah pun diusahakan oleh kerajaan PAS Kelantan. Masjid Jubli Peraka atau Masjid Cina terletak di Rantau Panjang Kelantan hasil dari cetusan idea MB Tuan Guru Dato’ Nik Abd Aziz Nik Mat. Tuan Guru mahu menggambarkan bahawa Islam ini bukan milik orang Melayu semata-mata, ia universal dan malah dirantau Timur ini orang Cina lah antara yang terdahulu memeluk Islam.

Masjid Cina ini apabila siap dan beroperasi sepenuhnya akan dipimpin dan ditadbir oleh imam dan para pegawai keturunan Cina. Kalau kita lihat senibinanya pun rata-rata berkonsepkan seni bina Cina.

Lalu saya tidak terkejut malah bersetuju dengan cadangan ahli parlimen Kulim Bnadar Baharu, YB Zulkifli Nordin di Dewan Rakyat semalam agar kerajaan membina sebuah masjid Cina di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Biar segala aktiviti, kuliah dan khutbahnya dijalankan dalam bahasa Mandarin bagi memudahkan masyarakat Cina yang beragama Islam disamping berdakwah mendakatkan masyarakat Cina yang belum Islam kepada Islam.


Masjid Cina di Rantau Panjang, Kelantan
Kata YB Zul biarlah masjid itu nanti dibina di tapak Penjara Pudu sekarang kerana ianya dikelilingi oleh masyarakat Cina, dan itupun saya percaya ramai antara kita yang akan setuju.

Di Kuala Lumpur sekarang pun kita sudah ada masjid India dan masjid Pakistan (ada yang panggil masjid Benggali) yang menjalankan aktiviti dan khutbah dalam bahasa masing-masing, jadi saya tidak nampak mengapa kita tidak pula boleh membina sebuah Masjid Cina.

Semoga idea ini akan diberikan perhatian oleh pihak kerajaan dan saya percaya jika dana yang menjadi halangan, masyarakat Islam seluruh negara termasuklah tokoh-tokoh korporat Islam dan kerajaan negeri Kelantan dan Kedah boleh menyumbang ke arah pembinaannya. Tahniah YB Zul atas cetusan idea berkenaan.

5 comments:

suparjo@blogspot.com said...

good idea, harap orang politik akan membuat susulan kepada pihak2 yang berkenaan. Kalau selama ini cadangan ini tak berguna kerana dominasi Melayu, sekarang barangkali ada ruang lebih besar. Bukan perkauman, utk dakwah Islam. Dgn Islam saja insan sejahtera.

Pilihan lain ialah berikan sebuah masjid kepada Macma dan biar mereka tadbir mengikut cara Cina Islam. Biarlah reka bentuknya tidak kecinaan, tukar catna kpd warna merah saja dan papan tanda dlm bahasa mandarin. Ini pun satu cara juga kalau nak bina masjid reka bentuk Cina ada masalah.

Anonymous said...

Tok sokong sangat cadangan YB Zul ni .... satu-satunya YB yg cuba meletakan Islam lebih tinggi dari politik. kebanyakanya meletakan politik dahulu baru islam... kononnya hormat kawan dari ugama lain tapi terpaksa mengadai ugama sendiri. masa duduk di kelantan dulu Tok selalu ikot TG berdakwah dgn org Cina dan Org Asli. TG selalu menegaskan bahawa Org Cina juga beragama islam ...dia bawa ramai org cina kelantan melawat negeri cina dan tunjukan bahawa ada ramai cina beragama islam.... kita patut contohi TG yg tak jemu2 berdakwah walaupun usianya semakin tinggal sedikit....

Anonymous said...

Sesungguhnya orang-orang Melayu misti keluar dari kepompong pemikiran acuan UMNO. Oleh kerana sebilangan ramai orang melayu begitu jumud dengan propaganda UMNO selama inilah membuatkan mereka begitu ketingalan dalam arus pembangunan insan dan jatidiri berbanding dengan bangsa-bangsa lain yang lebih maju dan bertamaddun.

Adalah menjadi sunnah Rasulullah saw. iaitu mendirikan masjid sebagai keutamaan, selain tempat umat Islam solat berjemaah iajuga sebagai tempat untuk menjalankan aktiviti kemasyarakatan.

Contoh ini lah diambil oleh pelbagai kaum didunia ini... hanya mungkin tidak diamalkan oleh orang Melayu UMNO, kerana sepanjang perjalanan saya ke Eropah tidak terdapat Masjid Melayu, yang terdapat hanyalah masjid-masjid Pakistan, India, Somali dan sebagainya, tiada Masjid Melayu dari Malaysia, yang ada hanyalah klub. Tanah Melayu sudah diperintah oleh Perikatan/BN yang ditunjangi UMNO selama 50 tahun akan tetapi perjuangan mendaulatkan dan meletakkan Agama Islam ditempat yang tinggi masih diragui dan boleh diperbahaskan.

Islam itu adalah agama universal, semua bangsa mempunyai hak keatas agama mereka dan kenapa perlu dikongkong. Sesungguhnya sesebuah negara dan bangsa yang bertamaddun itu memberi ruang kebebasan kepada rakyat nya untuk bergerak bebas dalam mengamalkan aktiviti keagamaan dan meletakkan agama itu ditempat yang tinggi melebihi lain-lain kepentingan.

TERUSKAN PERJUANGAN MU YB KULIM BANDAR BARU.

ANAK BAPAK said...

lagi baik kalau YB kulim bandar baharu istihar keluar PKR dan menemakan kerusi parlimennya atas nama PAS...

Anonymous said...

Al-salam 'alaykum wa rahmat Allah wa barakatuh...mintak izin untuk berbeza pendapat sikit....rasanya pada zaman Rasulullah (s.A.s) dulu dan zaman para sahabat..tak kedengaran ada masjid2 yang didirikan utk satu2 kaum atau puak...masjid utk semua orng Islam..tidak kira dari keturunan mana atau puak mana...takkanlah kalau ada masjid Cina..hanya khusus utk orng Cina...atau seumpamanya...soal bentuk..rasanya orng buat bangunan apa saja..ikut iklim sesuatu tempat...ada sebuah surau di selangor..kerana tertarik dgn seni bina Timur Tengah..dibuat ikut seni bina itu...tapi tak sampai 2 tahun..timbul masaalah bucur...kerana seni bina tu tak sesuai dgn malaysia yg banyak hujan...oleh sebab itu..kalau di Afrika..kita dapati masjid2 didirikan dlm senibina tempaatan...mungkin di Malaysia ini..seni bina China masih relevan...tapi masjid hanya utk orang Cina..rasanya taklah menguntungkan kearah penyatuan ummat...satu perkara patut difikirkan ialah masalah bahasa..kalau dulu semua faham bahasa Arab....dri China sampai ke Andalus...khutbah dlm bahasa Arab difahami semua...kita sekarang mcm mana?...Wa Allah 'a'lam!