Thursday, October 09, 2008

Inisiatif terakhir Dollah sebelum bersara

Dalam kekalutan mengisytiharkan proses pengundurannya semalam, PM Dollah Badawi rupanya terlepas pandang satu lagi inisiatif yang beliau berjanji akan ditangani sebelum beliau melepaskan jawatan PM Mac tahun hadapan.

Menurut Utusan online inisiatif yang terlupa disebutkannya semalam adalah isu pertelingkahan yang timbul apabila seseorang bukan Islam menganut agama Islam membabitkan isu penjagaan anak dan pewarisan harta. Memang isu ini kelihatan berlarutan tanpa satu penyelesaian sekaligus memberikan persepsi yang negatif terhadap Islam. Mudah-mudahan apa yang tidak berjaya dicapai oleh PM-PM sebelum ini akan dapat dicapai oleh Dollah dalam tempuh 5 bulan ini.

Dalam pada itu saya kira Dollah juga seharusnya memberi perhatian kepada isu murtad yang turut merupakan gejala yang tidak berjaya ditangani oleh kerajaan BN yang diterajui Umno selama ini. Kes-kes murtad mencabar kewibawaan Islam sehingga ada pihak yang menganggap bahawa hak keluar dari Islam itu merupakan sebahagian dari hak asasi yang dijamin.

Dollah bolehlah melibatkan cerdik-pandai dan pakar-pakar Islam dalam hal ini. Apa pun fahaman dan anutan politik kita tak kiralah Umno, PAS, PKR atau apa sahaja selagi kita beragama Islam, menjadi tanggungjawab kita untuk mempertahankan kesucian dan kemuliaan agama ini. Cukuplah beberapa kes murtad sebelum ini termasuklah Aishah Bokhari, Lina Joy dan lain-lain, yang mencerminkan betapa lemahnya kita umat Islam di Malaysia ini.

Semua pihak perlu beri perhatian dalam isu ini dan memandangkan kuasa buat masa ini ditangan Dollah, maka pergunakanlah ia demi maruah dan masadepan Islam di negara ini.

5 comments:

Hasbullah Pit said...

Pada pendapat saya, Ulama PAS perlu tampil berikan penyelesaian sebelum Paklah "selesaikan"

Anonymous said...

Saudara Roslan, Apa yang nak diharapkan dari Pak Lah atau dari PM-PM BN? Jika nak harapkan projek2boleh le itupun kene bodek dari subuh ke subuh le. Nak harap tegakkan kalimah Allah, fuhhhh itu sudah semestinya mereka tidak dapat lakukan. Apatah lagi nak pertahankan islam, jauh sekali. Orang UMNO boleh bagi tau ke tak, berapa kerat pemimpin UMNO yang jaga solat di awal waktu? kalau solat tiang agama pun tak tertegak...yang lain lagi le parah. Kuburkan saja UMNO tu.

Anonymous said...

saudara roslan

saya rasa terpanggil untuk moen saudara kita yang mempersoalkan solat pemimpin umno. saya bukan ahli umno jauh sekali yang terasa tapi agak kurang adil kita hendak menuduh seseorang itu tidak sempurna solat? kita tahukah pemipimpin umno kurang sempurna solat? kita ni siapa?

yg penting bagi saya utamakan dulu solat kita n keluarga kita. kadang2 tu miss jugak kan...

pemimpin yang baik adalah pemimpin yang utamakn solat tetapi menghukum dan menuduh tanpa bukti adalah satu kezaliman. jika saudara yang menuduh tadi punyai bukti sila kemukakan

UMNO Rambai Sari said...

Berikut adalah sedikit ulasan dan telahan saya selaku pemerhati, PAS akan membawa suara yang lantang dalam pembentukan kerajaan tidak beretika ini. Jika Karpal Singh, LKS, dan pemimpin-pemimpin lain dalam DAP yang sekular ini lebih gemar jika PR tidak membentuk kerajaan melalui MP lompat, takkanlah PAS pula yang terhegeh-hegeh terlalu kemaruk untuk memerintah di Putrajaya.

Nasib baiklah Khalid Samad tidak termasuk dalam tim ini, jika tidak kedudukan kedua-dua kumpulan akan jadi 3:3, Khalid Samad sudah tidak sabar ingin menjadi Menteri barangkali.

umnokelate.blogspot.com

Anonymous said...

"Apa pun fahaman dan anutan politik kita tak kiralah Umno, PAS, PKR atau apa sahaja selagi kita beragama Islam, menjadi tanggungjawab kita untuk mempertahankan kesucian dan kemuliaan agama ini."

Usah pertahankan sahaja. Laksanakanlah setiap ayat dalam Al-Quran 'from cover to cover', dan tak perlu tunggu 'perpecahan' (baca: hilang banyak kerusi parlimen dan DUN) baru nak menyeru untuk mempertahankan kesucian dan kemuliaan agama (tapi sempat pulak benarkan kapal pengangkut tentera salib Amerika berlabuh di pelabuhan kelang.