Jangan campuri urusan agama kami
Majlis Fatwa baru dikatakan akan mengkaji dan mengeluarkan fatwa berkenaan “yoga” tetapi tindakan tersebut telah mencetuskan kontroversi sehingga membabitkan rakyat yang bukan Islam. Tidak pernah sebelum ini fatwa-fatwa diulas dan diberi komen oleh mereka yang diluar kelompok Islam sebagaimana yang berlaku pada hari ini, mungkin inilah yang dikatakan konsep keterbukaan dan liberalisasi Islam?!
Bagi umat Islam di Malaysia, soal samada mereka menerima atau menolak satu-satu fatwa itu terpulanglah kepada individu masing-masing. Yang jelas keputusan majlis fatwa biasanya samada diterima atau kalau tidak pun dibiarka dan didiamkan begitu sahaja, mungkin kerana tidak mahu mencetuskan konroversi atau dilihat merendah dan mempersendakan institusi agama.
Contohnya di Selangor semasa almarhum Ustaz Dato Ishak Baharom menjadi mufti dahulu rokok pernah difatwakan haram, memang berat untuk para perokok tegar yang beragama Islam untuk terima, tetapi tidak ada siapa yang membantah secara terbuka. Fatwa biasanya diwartakan untuk memberikan ia kuatkuasa undang-undang.
Fasal 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003 berbunyi:
Tertakluk kepada seksyen 51, Jawatankuasa Fatwa hendaklah, atas perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan, dan bolehlah atas kehendaknya sendiri atau atas permintaan oleh mana-mana orang yang dibuat melalui surat yang dialamatkan kepada Mufti, menyediakan suatu fatwa atas apa-apa persoalan yang belum muktamad atau yang menimbulkan kontroversi berhubungan dengan Hukum Syara'.
Itu bagi negeri Selangor, dan sudah pastilah lebih meluas skopnya apabila tiba keperingkat Majlis Fatwa Kebangsaan.
Apa pun saya ingin menegaskan bahawa isunya, fatwa-fatwa ini adalah terkena dan berhubung-kait dengan hal-ehwal masyarakat Islam sahaja, ianya tidak ada kena mengena dengan penganut agama lain. Oleh itu saya menyarankan agar pihak-pihak yang berwajib memberi peringatan kepada masyarakat bukan Islam agar tidak terbabit dalam mengeluarkan pandangan lebih-lebih lagi kritikan dan cemuhan terhadap hal-ehwal masyarakat Islam.
Ianya sama-sekali tidak membantu dalam hubungan antara kaum dan lebih akan mencetuskan ketegangan yang akhirnya akan merugikan semua pihak. Biarlah umat Islam yang berhadapan dengan isu yang berkaitan dengan hal-ehwal mereka.
Saya tersentuh dan amat dukacita apabila membaca ruangan “SMS your views” dalam akhbar The Star hari ini dan merasakans eolah akhbar tersebut seakan turut seronok menyiarkan komen-komen yang bagi saya mampu mencetuskan kemarahan pihak lain. Terdapat 4 komen di bawah tajuk “Yoga is exercise”:
1) The fatwa council has nothing better to do-ban yoga? Yoga class has nothing to do with religion!
2) STUPIDITY…Yoga is a form of fitness same as tai chi…why r some morons mixing it with religious belief
3) NAT’L Fatwa Council is the biggest non-productive body in the country
4) PLS ask Nat’l Fatwa Council how to improve the economy of country and bring in foreign investment and how to make us a developed country
Saya tidak tahu adakah mereka yang memberi komen di atas ini terdiri dari masyarakat Islam atau bukan Islam tetapi siapa pun mereka saya menganggap ia mencampuri urusan Islam dan sangat tidak beradab dan biadap.
Sementara itu sekadar untuk renungan di muka 37 akhbar yang sama dilaporkan bahawa rupa-rupanya bukan hanya masyarakat Islam yang mula ragu tentang amalan “yoga” ini malah beberapa kumpulan penganut Kristian tempatan juga sangsi kerana hubungan amalan berkenaan dengan kepercayaan Hindu.
Mereka juga menegaskan jika amalan “yoga” ada kaitan dengan kepercayaan Hindu maka ianya tidak boleh diamalkan oleh penganut Kristian.
10 comments:
Catatan blog saya berkenaan yoga
benda ni semu berlaku sebab kerajaan lemah....bak kata rais anak yatim " bila pokok rebah, kura kura naik pucuk,...ni puak puak dap ngan pkr barua punya pemikirn la jadi camni...anwar pembela kapir...org PAS buta duk bersekongkol....PAS...tegakkanlah Islam
Tolong jangan ganggu ugama yang menjadi anutan dan kepercayaan kami, sepertimana kami tak ganggu agama anutan dan kepercayaan kamu seperti dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.
Ketidakhormatnya mereka kepada agama Islam kerana pemimpin kita lemah dan perlekehkan agama sendiri
cakap pada kaffir La kum dinukum! Kalau taknak jugak bersedia untuk berkonfrantasi ugama!Tak boleh biar orang kaffir di negara Islam nak besar kepala!Tapi hati hati mungkin umno ( di baca munafiq hadori) jadi dalang!
kalau blogger tu mintak natonal fatwa bincang how to improve the economic situation, then suruh la that blogger to urge yoga center to yoga kan economi malaysia nih.
such a divertion tactic. apa kena mengena fatwa yoga para mufti dengan economic situation plak ...
ni y sy x sdap hati, bila jadi situasi2 cmni.
tiada seorang pn pnguasa negara (sultan/pemerintah) bagi penerangan pd bukan islam - kenapa dlm islam pnting sgt bnde2 cmtu..
mrk komen 'jahat' mcm tu sbb tiada kefahaman, tak dpt penrangan bkaitan islam. diorang cuma tahu psl islam scara general shj..
Kelas yoga ada ramai org Islam. Depa takut duit income dari kelas yoga keciciran,.....
Itu sebab depa pekena Islam. Seperti kafir Quraisyh dulu le, tahu Islam betul, tapi ganggu industri kewangan buat berhala mereka,....
Majlis Fatwa bersedia melaksanakan fatwa dengan menguatkuasakannya? Yang jadi bahan ketawa ialah fatwa tak bertaring....maka ramailah orang tergolek di lantai mati kerana ketawa melampau dek kerna fatwa gurauan...
Sayan minta sdr Roslan tapis komen-komen bodo yg dok kutuk anwar, kutuk sebahagian pemimpin pas. Salahkan orang tu, salahkan orang ni, diri sendiri saja yg betul sokmo. Padahal isunya ialah orang bukan islam dok pertikai hal ehwal orang islam. Tak boleh bersatu ke bro? Kita sahut cabaran YB Zul Nordin agar semua orang islam bersatu tak kira pas, amno, pkr atau sape saja dan sama-sama 'melanyak' penjenayah yg pandai-pandai nak perbetulkan islam sesuka hati. Padahal mereka sendiri pun tak kenal apa itu islam.
Cuba wat kaji selidik nape terjadi org bukan islam suka2 pertkaikan majlis fatwa? pernah berlaku ke dulu? adakah kerana PR dah kuat (DAP terutamanya), menyebabkan org bukan islam bebas bersuara dan mengkritik islam. Xde apa2 tindakan ke.
Atas nama liberal, hak asasi manusia dan kebebasa, adakah sewenang2nya mereka mudah pertikaikan apa yg majlis fatwa dan hukum2 islam ditegakkan. Kita berada di Malaysia, bukan negara sekular dan dan swaktu dengannnya...
Post a Comment