Wednesday, October 29, 2008

Selangor: Belajar dari kesilapan yang lampau

Dalam perbahasannya di Dewan Undangan Negeri Selangor beberapa hari lalu Ketua Pembangkang, Khir Toyo turut menyentuh hal maksiat yangs emakin menjadi amsalah di negeri ini. Beliau mengambil contoh berleluasanya rumah-rumah urut yang digunakan bagi tujuan maksiat di negeri ini sebagai salah satu faktor penyumbang.

Kita sedar akan masalah ini dan berterima kasih atas keprihatinan Ketua Pembangkang itu tetapi beliau tudak boleh lari dari mengakui bahawa sejak Merdeka sehingga Mac baru-baru ini parti beliaulah yang memerintah negeri bertuah ini. Apa yang hadir pada hari ini rata-rata adalah hasil dari apa yang dibenar dan diluluskan sejakd ahulu.

Dan baru sebentar tadi sahabat saya ADUN Meru YB Dr Abd Rani Osman, ketika bangkit membahaskan “Halatuju pembangunan dan perancangan negeri Selangor 2025” turut menyentuh darihal isu maksiat ini. Beliau memohon agar kerajaan negeri mengambil iktibar dari ungkapan: “Prevention is better than cure’, kata beliau rumah-rumah urut dan pub-pub atau pusat-pusat hiburan yang menghidangkan arak ini samada dikurang atau dihapuskan di Selangor.

Sesungguhnya kuasa mengeluarkan lesen untuk rumah-rumah urut dan pub ini adalah pada tangan PBT-PBT. Rumah-rumah urut ini pada dasarnya jika hanya melibatkan urut bagi tujuan kesihatan iaitu samada untuk ibu-ibu yang baru bersalin atau tujuan rawatan bagi mereka yang memerlukan terapi jenis ini, adalah juga logiknya. Akan tetapi urut yang dimaksudkan khasnya oleh Dr Rani dan mungkin juga Khir adalah urut yang berbaur maksiat, yang pelanggan lelakinya di urut badannya oleh pengurut perempuan, di dalam bilik-bilik khas yang lazimnya berkeseudahan dengan seks.

Entah bagaimana inilah jenis urut yang berleluasa di mana-mana sahaja dalam negara kita termasuklah Selangor. Saya dapati kuasa pihak PBT untuk memantaunya sangat terhad. Lesen yang diberikan biasanya akan disalah-guna dan berkahir dengan aktiviti maksiat. Kalau sebagaimana kata Dr Rani tadi bahawa “prevention is better than cure” maka wajar sangatlah kerajaan negeri memikirkan kembali operasi rumah-rumah urut ini, samada menghadkannya kepada urutan yang saya maksudkan diawal tadi dan mengharamkan jenis-jenis yang lain atau mengharamkan sama-sekali.

Manakala bagi pub-pub yang kini di Selangor beroperasi sehingga jam 1 pagi, wajarlah juga ianya turut dikawal. Mungkin meminum arak dibernarkan untuk penganut agama lain, maka kenakanlah syarat dan adakan penguatkuasaan memastikan pusat-pusat ini tidak lagi dikunjungi oleh masyarakat yang beragama Islam. Begitu juga para petugas dan pekerjanya, hnedaklah diharamkan orang-orang islam dari mencari rezeki di tempat-tempat ini.

Memang ianya suatu “exercise” yang besar namun kerana ianya tanggungjawab kita bersama, maka suka ataupun tidak ianya perlu kita pikul dan laksanakan. Jangan nanti orang berkata tak ada beza antara kerajaan kita (yang turut dianggotai PAS) dan kerajaan BN dulu.

2 comments:

nbn said...

Setuju Betul. Tentang orang Islam yg mencari rezeki di pub, kilang arak atau yg seumpamanya, hendaklah ditegah sekeras-kerasnya. Sebenarnya penganut ugama lain di negara kita sedar tentang apa yg 'boleh' dan 'tak boleh' di buat oleh orang2 Islam ni. Cuma mereka nak tengok sejauh mana ketegasan penguatkuasaan kita sahaja.

Hari tu aku berjalan di dalam sebuah supermarket dgn seorang kawan yg bukan Islam. Sedang asyik berjalan tengok barang-barang tak sedar telah melangkah ke seksyen sejukbeku daging ba. Dia dgn segera memanggil aku dari sebelah luar tempat dinginbeku tu... Isy, malu juga...
Di masa lain pula seorang rakan lain(juga bukan Islam) yg datang dari negara di selatan negara kita hari tu tanya aku, "you makan babi tak?"... alamak? terkedu aku nak jawab? Apa punya soalan ni? Samada dia memang tak tahu atau nak test aku. Dua kejadian ini dapat menunjukkan kepada kita yg secara dasarnya mereka non-muslim ni tahu apa yg Islam larang kita buat secara umum. mereka akan hormati kepatuhan kita terhadap larangan itu jika kita bertegas betul2 melaksanakannya. Jika tidak mereka akan kata kita ni(Islam) amat tidak konsisten...sekejap boleh, sekejap tidak..
-nbn

Anonymous said...

salam...exco2,adun2 serta ahli majlis PAS kna mainkan peranan dlm hal ni..kna nyatakan prkara yg hak jgn duk jaga sgt hati non muslim wlau pn dpa byk ngundi PAS dlm PRU yg lalu...jgn lupa ini ujian ALLAH pd PAS dgn d bri sdikit kmenangan tp besar dr sudut tnggungjawab sbg sbuah gerakan islam spt yg d sbut oleh TGHH dlm ucpn dasar muktmar yg lalu bhw PAS adalah sbuah gerakan siasah,dakwah dan tarbiyah...klu kte duk dlam PR tp xleh nk nyatakan islam apa lah ertinye...