Monday, September 15, 2008

Terima kasih: Saya berpuasa

Saya menerima sms dari seorang rakan wartawan pagi tadi bertanyakan apakah saya tidak mahu respon cabaran seorang blogger kepada saya dalam blognya. Cabaran yang bersulamkan fitnah terhadap saya itu sebenarnya tidak menarik langsung minat saya. Malah blog beliau pun tidak pernah menarik minat saya. Rambut sama hitam, hati lain-lain.

Saya tidak berhasrat memberi ruang diblog saya ini untuk menjawab serangan blogger itu terhadap saya. Biarlah dia begitu, lagipun kita semua sedang menempuh bulan Ramadhan yang penuh barakah dan padanya di turunkan al Quran sebagai petunjuk kepada manusia dan pembeza di antara yang hak dan batil. Sebagai seorang Muslim kita ada adab dan peraturan kita, patuhilah.

Lebih baik kita lakukan amalan lain dari menyemarakkan lagi sesuatu yang tidak bermanfaat.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra: Rasulullah saw. pernah bersabda, "Puasa adalah perisai (dari api neraka). Maka, orang yang berpuasa janganlah berhubungan badan dengan istrinya atau berbuat jahil, dan apabila seseorang memaki atau mengajak berkelahi, katakan kepadanya, 'Aku sedang berpuasa.'"

16 comments:

Anonymous said...

salam roslan, my respond twd tulang besi:

Anonymous hamdy said...

salam tulang besi,

saya tidak sentiasa setuju dgn roslan sms tapi dia deserved some respect.

patut patutlah melabel org.

saya antara yg berkata 'kalau sape nak jv dengan umno, tunggulah dulu hingga TGNA pergi...' Dalam kata lain, saya bersama TGNA dlm hal ini.

once again, patut patutla melabel org. Roslan sms tetap pejuang cuma dia berbeza pendapat yg kuat dalam hal ini.

JGN pecahbelahkan kami.

tq

Anonymous said...

Selamat Berpuasa.... Tapi kalau saudara roslan comment sikit sahutan tulang besi tu apa salahnya, bertukar pandangan..

Anonymous said...

Sila sdr Roslan...ini bukan kelahi tapi tukar2 pandangan. Sama jugak mcm debat Anwar v Shabeery, tak de sapa menang. Yang menang adalah pembaca yang diberi infomasi dan mendengar hujah kedua2 belah.

Janganlah bagi alasan puasa...tu alasan melayu...

We are democratic country...Peace bye bye

Anonymous said...

Salam Ramadhan,

Tahniah kakanda Roslan. Dapat menterjemah nilai taqwa hasil dari puasa. Ingin sangat ana punya emosi yang terkawal seperti kakanda. Ana nak tanya pendapat kakanda, wajarkah ana mendedahkan perangai buruk beberapa pimpinan PAS di dalam blog ana? Ana tak ada niat nak memburukkan mereka tapi ana muak dan benci dengan tindakan mereka yang ta'sub Anwar, membelakangkan TGHH dan mempergunakan TGNA. Jika kakanda Roslan ada pandangan boleh emel kepada ana. Syukran.

zul_addae@yahoo.com
www.ibnuqalil.blogspot.com

Anonymous said...

Apakah mungkin ada kaitan blog ini dengan blog anti husam? Saya tak tuduh tetapi sekadar bertanya.

Anonymous said...

"Janganlah bagi alasan puasa...tu alasan melayu..."

Astaghafirullah bukan ke penulis blog petik hadis tu, hang tolak hadis ke bro?

Syabas Roslan kerana tak layan si tulang besi keparat tu. Saya mengikuti blog anda sejak tahun 2005 lagi, terus istqomah dlm tulisan anda, kalau 1 benci puluhan lagi yang minat dan mengikuti anda.

JAWA MERU

Anonymous said...

Saudara Roslan SMS,
ASSALAMU'ALAIKUM DAN SELAMAT BERPUASA

Saya seperti biasa hanyalah salah seorang spektator kepada permainan politik demokrasi yang sedang meriah sekarang ini.

Saya ingin bertanya kepada penyokong-penyokong tegar Anwar Ibrahim, sudahkah dia bertaubat dan menarik balik fitnah yang dia sebarkan kepada Pejuang-Pejuang Islam dengan gelaran terroris dan pembiaya keganasan !?. Jika beliau tidak bertaubat dan menarik balik pendirian nifaq beliau itu beliau tidak layak untuk menggelar dirinya sebagai pejuang agama atau bangsa melayu sekalipun. Kerana dengan ini Anwar Ibrahim tunduk kepada musuh Allah subhanahu wata'ala dan RasulNya sallaLlahu alaihi wassalam.

Jadi, kepada Anwar Ibrahim, JANGAN BERCAKAP TENTANG KEADILAN SEJAGAT JIKA KEADILAN SESAMA MUSLIMPUN ANDA TIDAK MAMPU MENEGAKNYA !.

WabiLlahi taufiq, wassalamu'alaikum
TOKPAKIR KORBANDEMOKRASI

Anonymous said...

Salam

saya tidak faham bagaimana keadaan dalm PAS skarang nih.. saya dibesarkan dlm tarbiyah PAS yg mengajar erti berfikir lebih drpd mengikut telunjuk..kita sentiasa berlain pandangan dan pendapat..sejak dr dulu sampai skarang,kita mmg berlainan pendapat,namun kita kembali disatukan dgn satu fikrah..apa yg saya tidak faham adelah apabila berlakunya terdapat pendapat mngatakan kita patut berwaspada ngan PKR n DAP, trus dilabelkan fraksi UMNO.. saya bekerja d pringkat akar umbi,drpd 10 org yg saya borak, 6 drpadanya curiga dgn anwar..adekah 6org ini fraksi umno?tidak..kami xpernah terlintas utk bergabung dgn umno..ape yg kami fikirkan sila berwaspada dgn pihak yg cuba mngambil kesempatan ke atas kekuatan kita..ini segala mcm perkataan tidak bersetuju dgn anwar trus di'cop' fraksi umno? hey, mereka ulama' tp ulama' juga manusia..i put my stand on islam, not on TGNA,not on TGHH or any name u may say..as long as they lead me to nation of God fearing society, i'll follow them.. once they choose other way around, i may leave, even its TGNA or TGHH, even PAS itself..

May Allah bring us back to its sirathalmustaqim..

Anonymous said...

Jawa Meru,

Bila masa Tulang Besi ajak Roslan berkelahi atau memaki?

Kita pembaca nak jugak tahu pendapat Roslan tentang artikel TGNA. Takkan ahli PAS tak nak komen?

What say u bro? Peace Bye Bye

roslan sms said...

"Apakah mungkin ada kaitan blog ini dengan blog anti husam? Saya tak tuduh tetapi sekadar bertanya."

Seorang pemimpin kanan PAS pernah SMS bertanya perkara yang sama kepada saya dan saya jawab:

Demi Allah Dato I have got nothing to do with it

Sejak saya menulis di alam siber ini, semasa hangatnya bahang reformasi 1998 dan kemudian diikuti dengan kewujudan blog ini saya tidak pernah menulis melainkan menggunakan nama pena ini.

Siapa pun yang pernah mengikuti atau membaca tulisan-tulisan saya akan akui bahawa saya tidak pernah menulis dengan mencedera atau mengaibkan maruah atau peribadi sesiapa, apa lagi sebagaimana trend beberapa blogger memaki hamun dan menabur fitnah. Saya begini sejak dahulu dan insyallah sampai bila-bila.

Terima kasih kerana bertanya. (Sebelum ini sahabat saya MSO juga kononnya dituduh terlibat).

Anonymous said...

sdr
saya juga setuju dengan saudara,terkadang dengan diam itu membawa kemenangan kepada kita.bagi saya perbezaan pendapat amat baik dan mesti diraikan,perbezaan akan berlaku kalau sesutau itu ditafsir dari satu perspektif yang sama sedangkan mereka berhujjah berlainan sudut dan maksud (TGNA dan mustafa ali ada rasional dari sudut yang berbeza).jangan takut hukuman kepada sesiapa sahaja yang menyeleweng adalah di tangan allah ,DIa yang maha mengetahui.dalam sejarah Allah tidak pernah mengabaikan nasib para pengkhianat agamaNYa.
sekian

Anonymous said...

sebenarnya blog anti husam itu diilhamkan oleh kalangan 'geng2' husam untuk mengelirukan seterusnya menyerlahkan realiti berlaku konflik dalam Pas. Bila wujud kesangsian, tanda tanya...blog itu dijadikan rujukan untuk sebagai bukti.
Strategi meraih perhatian dan mencipta sokongan berpihak kepada Husam & the gang (sekadar membuat andaian...belum pasti samada yang diandaikan sahih @ sebaliknya...)

Anonymous said...

Salam...

Saya respect dgn kesabaran Tuan Roslan. Itulah kemenangan baginya, iaitu berdiam lebih baik dr bercakap. Bersoal jawab dgn manusia jahil memang merugikan kita...

Mahligai cinta...

Anonymous said...

Terima kasih atas jawapan pada kemusykilan saya tentang blog antihusam. Maaf kerana terpaksa bertanya soalan itu, sebab saya tak nak ada hati ini disarat sangka buruk yg tak berasas, sebab tu saya mohon penjelasan...

Saya yakin pada ayat... setiap khabar berita fasik mesti diselidiki dulu. Zaman ini zaman fitnah, Bukan sahala melingkara negara malah ia dah masuk melingkarai jamaah Islam yg kita dokong.

Yaa Allah selamatkan kami dari bencana Fitnah ini...

Teruskan perjuangan saudara...

Anonymous said...

sekiranya tuan roslan dan tulangbesi ingin berdebat secara terbuka di ruang siber..

saya sanggup sediakan platformnya..

sampai bila tuan roslan memendam rasa untuk menjawab pertanyaan tulang besi..

Anonymous said...

saya setuju dgn saudara kerana kemuliaan dan keberkatan ramadhan.selepas itu meriahkan blog saudara ini seperti berada di court badminton.servis angkat smash ala ala rudy hartono dgn punch gunalan