Saturday, September 27, 2008

Jawi: Bersama kembali menjulangnya

Kita bangga dengan tulisan Jawi sebagai warisan bangsa Melayu tetapi tidak pernah mengambil inisiatif memartabatkannya. Penggunaannya semakin kurang dan hampir tiada, tetapi kita marah-marah apabila ada pihak mempertikaikannya.

Oleh itu marilah sama-sama kita berusaha menjulangnya kembali. Semarakkan penggunaan tulisan yang merupakan kebangaan umat Melayu ini zaman berzaman. Buku-buku dan kitab-kitab lama dikarang dalam tulisan ini, malah beberapa dokumen penting termasuklah yang dikeluarkan oleh pihak istana dan pembesar-pembesar Melayu serta beberapa pengisytiharan sewaktu Merdeka pun ditulis dalam tulisan ini.

Saya berbangga apabila melihat ada badan korporat yang mula berusaha memartabatkan kembali tulisan ini. Disertakan gambar kain rentang di plaza tol Shah Alam berhampiran Subang Jaya yang memaparkan ucapan Selamat Hari Raya dalam tulisan jawi.


2 comments:

Unknown said...

Salam, tahniah atas usaha berkenaan, moga semakin semarak.. sambil2 tu silalah ziarah blog ini.. http://seni-khat.blogspot.com untuk kileksi jawi.., wassalam

Ibn Jabbar said...

Salam. Kedudukan tulisan Jawi yang semakin tidak relevan adalah angkara orang2 melayu islam sendiri. Lihat sahaja di masjid2 mahupun di pejabat2 kerajaan. Kerajaan PR yang diketuai pemimpin melayu Islam sendiri pun tidak langsung menunjukkan sebarang inisiatif yang strategik untuk mengembalikan penggunaan tulisan jawi secara meluas. Kalau para pentadbir masjid, jabatan agama,jabatan pelajaran, pusat islam universiti2 pun telah pencen inisiatif untuk menggunakan tulisan jawi di papantanda2 ruang pejabat atau bangunan, apa diharap di tempat2 lain. Mungkin kalau YAB Lim Guan Eng atau pun YB Teresa Kok yang memulakan inisiatif penggunaan tulisan jawi pun para pentadbir melayu islam pun takkan kisah! Akan menjadi seperti di Turkilah nasib tulisan jawi di Malaysia agaknya, menjadi bahan tarikan pelancong di khat2 seramik dan hanya sebagai kemegahan sejarah silam.