Thursday, September 18, 2008

Nasihat dari Abang Mat

Saya tidak pernah mengulas artikel dari Harakah dalam blog saya ini, tetapi hari ini saya terpanggil untuk memberi komen terhadap satu artikel yang saya kira sangat menarik dan perlu diberi perhatian oleh semua pihak khasnya pimpinan dan ahli-ahli PAS. Artikel tersebut ditulis oleh Hj Muhammad Sabu, Naib Presiden PAS danalam ruangannya “Membedah demokrasi”.

Penulis telah mengajak kita melihat kejayaan yang ditempuh oleh junjungan kita Nabi Muhammad saw khususnya ketika Baginda menguasai Kota Medinah. Betapa tranformasi dari sebuah Negara konvensional zaman Arab jahiliyah telah berjaya dirobah oleh Baginda menjadi satu masyarakat yang benar-benar membawa keadilan sosial iaitu berteraskan Islam.






Transformasi sosial yang dipimpin oleh Rasulullah saw telah menjulang Islam dalam membentuk tamadun dan Negara. Lalu dalam suasana mahu mengambil alih kuasa ini penulis menegaskan:

Jangan sampai kita mengambil-alih kuasa tanpa membuat perubahan dasar. Teladan yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad dan para sahabat kanan beliau hendaklah menjadi ikutan pemimpin yang berazam untuk berkorban demi kepentingan Islam dan menaikkan semula imej dan maruah Islam serta ketamadunannya seperti yang dilihat diawal kebangkitan dahulu.

Dari dahulu sehingga kini kita menggalas perjuangan untuk menobat dan mendaulatkan Islam, maka sesuai sangatlah dalam apa kesempatan dan ruang yang ada maka Islam perlu kita utamakan apabila kita dikurnia ruang dan peluang oleh Allah swt.

Penulis lalu menukilkan harapannya yang saya percaya turut dikongsi oleh semua penudukung dan penyokong PAS apa peringkat sekalipun:

Inilah harapan saya kepada pemimpin-pemimpin PAS yang mengambil alih pemerintahan negeri atau pusat, samada sekarang atau pada masa akan datang.

4 comments:

luaskanmata said...

Amww:

Berada pada kadar pertengahan itulah yang terbaik. Sederhana dalam segala hal dan tidak gopoh itulah yang dituntut.

Syukur ke hadrat Allah, sejak dulu lagi abang Mat kita maintain dengan pegangan ingin daulatkan Islam.

Paling kurang inilah tahap perjuangan yang patut ada pada setiap pimpinan Islam. Meletakkan Islam di hadapan. Mencari ruang dan mengintai peluang untuk Islam dimartabatkan seadilnya.

Marilah kita terus berusaha dengan kadar kemampuan masing-masing disertai doa yang tiada putus ke hadrat Allah agar Islam diberi kemenangan.

Salam jihad.

penjualubat said...

Sejak sibuk pasal peralihan kuasa ni kita boleh nampak bang mat salah seorang pemimpin yang nampak masih mempertahankan dasar2 asal yang diperjuangkan PAS..HIDUP MAT SABU!!

abikhsan said...

Fakta yang hampir sama didengar sewaktu beliau (Abg Mat Sabu) memberi tazkirah zohor di surau office ana.

Good point.... bak kata YB Zulkifli Noordin, antara wadah dan aqidah, aqidah akan diberi keutamaan.

dasuki_tmc said...

sememangnya pemerintahan cara Islam adalah terbaik.
tapi umno/bn tu mengaku ia yang terbaik di malaysia.
tak ada pun ayat Quran dan Hadis menyatakan umno/bn tu terbaik tahap pemerintahannya.
jika dibandingkan antara menteri besar Perak yang dulu dengan yang sekarang ini siapakah yang nampak lebih baik menurut kategori Islam?
cuma orang yang jahil yang menerima umno/bn itu yang terbaik bagi dirinya termasuklah ahli-ahli bodoh/jahil umno, tidak terbuka langsung MINDA FIKIRAN untuk menilai mana yang batik dan mana yang buruk mengikut acuan ISLAM BERPANDUKAN IMAN YANG DISARANKAN OLEH ALLAH MELALUI AL-QURAN DAN HADIS.
pesan drp: cucu orang utan.