Saturday, September 06, 2008

Gunakan senjata kita

Di bulan Ramadhan yang penuh syahdu ini saya pasti hati kita masih terpaut pada dua isu besar yang masih belum kunjung selesai. Apakah agaknya nasib saudara-saudara kita rakyat Malaysia yang ditawan oleh pengganas Somalia di Teluk Aden? Selamatkah mereka, adakah mereka tidak diapa-apakan? Bagaimana sahur dan berbuka mereka? Bagaimanakah kesihatan mereka?

Selain itu hati kita juga pasti terusik akan nasib saudara-saudara se aqidah kita di Selatan Filipina. Kalau di sini kita dibasahi hujan saban hari, bayangkan mereka menempuh Ramadhan dihujani peluru dan bom! Saya difahamkan pihak keselamatan Malaysia diperairan Sabah sedang dalam keadaan berjaga-jaga kiranya para pejuang ini masuk ke wilayah kita bagi mendapatkan perlindungan.

Kalau benar mereka datang demi mendapatkan perlindungan, sebagai sebuah negara yang berdaulat dengan Islam pula sebagai agama rasmi, wajar kita memberikan perlindungan atas dasar kemanusiaan. Apakah kita pula akan menangkap mereka dan serahkan kepada tentera Filipina?

Lalu apakah yang termampu untuk kita lakukan? Berdoalah. Doa itu senjata kita.
Sabda Rasulullah yang bermaksud 3 orang yang tidak akan ditolak doanya ialah pemerintah yang adil, orang yang berpuasa hingga dia berbuka dan orang yang teraniaya.

Dalam keadaan kita melalui ibadah berpuasa, berlapar dan berdahaga serta menahan nafsu kerana Allah, maka sebutkanlah mereka ini dalam doa kita, mudah-mudahan mereka selamat dan sentiasa dilindungi Allah swt.

Sekali lagi kita mengharapkan agar kerajaan Malaysia lebih serius menyelesaikan isu rakyat kita yang menjadi tebusan di Somalia itu. Ada yang mencadangkan agar segera sahaja kita membayar wang tebusan demi membebaskan warga kita manakala ada pula yang tidak bersetuju kerana kita nanti akan hanya melayan tuntutan pengganas dan menggalakkan lagi kerja jahat mereka.

Apa pun samada kit akan bayar wang tebusan untuk membebaskan rakyat kita atau kita gempur para pengganas itu dengan kekuatan ketenteraan, selesaikanlah ia dengan baik demi maruah dan keselamatan negara dan rakyat kita.

Jangan lupa berdoa.............

3 comments:

mohd sabri idris said...

Salam,

Sebenarnya saya juga peminat Malaysia Today tapi lately ni dah jadi kurang berminat sebab banyak yang ditulis tanpa fakta. Malahan sebagai Muslim, terlalu banyak komen komen pembaca yang mengutuk Islam secara terang terangan.

Saya mencadangkan saudara perlu membincangkan perkara ini di dalam kepimpinan PAS...Tak kan sebab MT penyokong kuat PR, saudara dan parti saudara tak berani bersuara..

Sekian.

Anonymous said...

bro roslan,

DOA adalah senjata utama umat islam! Sama2lah kita mendoakan kesejahteraan saudara2 kita di selatan filipina dan rakyat kita yg sedang ditawan diperairan somalia.

Semoga mereka peroleh kebebasan dan kejayaan

TAKBIR!!

..manshahirfriends..

Anonymous said...

masalahnye? KERAJAAN LEMAH
penyelesaiaannye? KITA TUKAR KERAJAAN SEGERA


PUISI LOMPAT JGN X LOMPAT


lompat jgn x lompat...
dari luar negara pun boleh lompat...
janji lompat tinggi2..

Lompat jangan tak lompat,
Lompat tu jangan tinggi tinggi,
Lompat lah cepat-cepat,
Biar najib dan che det lari.

Lompat jangan tak lompat,
Lompat jangan tinggi-tinggi,
Cepatlah MP lompat,
Biar pak lah tak tidur lagi.

Lompat jangan tak lompat,
Lompat jangan tinggi-tinggi,
Kalau rasa nak lompat,
Janganlah pakat tunggu lagi.

Lompat jangan tak lompat,
Lompat jangan tinggi-tinggi,
Kalau MP sudah lompat,
Maka rakyatpun senang hati.

Lompat jangan tak lompat,
Lompat jangan tinggi-tinggi,
Kalau jadi MP lompat,
Maka ramai yang pakai gari.

Lompat jangan tak lompat,
Lompat jangan tinggi-tinggi,
Jangan tunggu lewat-lewat,
Takut banyak yang cabut lari.

..msf..