Thursday, September 11, 2008

Insiden tragis yang mengundang keprihatinan kita

Insiden yang berlaku ke atas keluarga Tuan Hj Yusof Abdul di rumah mereka di D'Kayangan, Seksyen 13 Shah Alam pasti tidak akan luput dari ingatan seluruh mereka yang terlibat. Allahyarham Raja Noriana, isteri Hj Yusof dan ibu kepada anak-anaknya telah terbunuh dalam insiden pecah rumah, rompakan, penculikan dipagi sebelum subuh ketika semua bangun untuk bersahur.

Semasa proses perundingan diantara pihak polis dan perompak/penculik itu, Allahyarham telah ditampar, dipukul, dikelar dileher dan ditikam bertubi-tubi mengakibatkan beliau cedera parah dan kemudiannya meninggal dunia.

4 orang makhluk "binatang" itu dipercayai warga Indonesia, dua berjaya ditangkap manakala dua lagi ditembak mati.

Insiden ini sekaligus menimbulkan tanda-tanya tentang keselamatan kita dan ancaman dari pendatang warga Indonesia yang seringkali mencetuskan masalah sosial dan keselamatan di sini. Kita tidak menafikan mungkin mereka yang terbabit dalam jenayah dan seumpamanya hanyalah sebilangan kecil, namun kekerapannya mengundang kebimbangan.

Yang memeranjatkan rupanya keluarga yang sama pernah dirompak di rumah yang sama beberapa hari yang lalu ditempat yang sama, juga dalam bulan Ramadhan. Mujurlah ketika itu mereka tidak diapa-apakan, tetapi inilah bukti betapa nekad dan beraninya binatang-binatang ini!

Dalam insiden ini saya mengucapkan tahniah kepada pihak polis kerana segera bertindak, walaubagaimanapun demi keselamatan kita semua saya mengharapkan agar kesemua pendatang tanpa izin (PATI) di negara kita segera diambil tindakan dan dihantar pulang. Semua agen dan sindiket yang terbabit membawa mereka masuk perlulah juga diambil tindakan. Manakala mereka yang datang secara sah juga perlu sentiasa dipantau dan diperhatikan.
Pihak polis dan agensi lain yang terbabit perlu dikerahkan bagi memastikan pemeriksaan dan kawalan ini terus-menerus dilakukan.

Dalam pada itu saya mengesyorkan agar pihak polis dan pejabat Peguam Negara segera menyiasat dua ekor binatang yang berjaya ditangkap itu, dan seret mereka ke mahkamah untuk didakwa dan jika sabit kesalahan pihak mahkamah perlulah menjatuhkan hukuman seberat-beratnya kepada mereka. Jangan tangguh-tangguh kes ini dan berikan keutamaan demi menghukum manusia yang bernafsu haiwan ini.

Saya mengucapkan takziah kepada keluarga Hj Yusof dan saya pasti beliau dan anak-anak dalam keadaan trauma akibat insiden yang sungguh mengecewakan ini. Mudah-mudahan Allah swt memberikan ketenangan kepada anda semua. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat insyallah.

Alfatihah.

12 comments:

nazri said...

Takziah kepada keluarga Allahyarhamah..semoga kejadian ini tidak berulang..kerajaan pak lah tolongla banteras pendatang ni,kami x perlukan mereka..tetapkan gaji minima untuk pekerja malaysia,nescaya ramai akan bekerja sebagai buruh binaan..x perlu lagi import perompak,penyagak ke sini...jangan besarkan perut majikan2 dengan gaji murah untung lebih..rakyat jelata ni patut dipentingkan dari syarikat2 x bertimbangrasa..jangan sampai rakyat bangkit sendiri membuat undang2 sendiri..

Anonymous said...

Assalamu'alaikum Tuan Roslan,

Mungkin PAS perlu menziarahi keluarga yang malang ini, untuk mengucapkan takziah dan memberikan motivasi, di samping menghulur sedikit bantuan kewangan untuk meringankan bebas serta demi menyatakan rasa persaudaraan kepada mereka.

Anonymous said...

huh..sejak PKR ngan DP jadi nakhoda di Selangor..terus jadi tak selamat..hahaha

Shima said...

Smoga mereka di tempatkan di kalangan orang2 yang soleh... Kita pun kena berjaga-jaga, pastikan keselamatan terjamin untuk keluarga. Selamat berpuasa!

CERPANA said...

Salam Tn.Roslan,

akziah kepada keluarga Allahyarhamah, ini bukanlah kes pertama dan terakhir yang melibatkan rompakan dan pembunuhan oleh warga asing dan tindakan segera perlu dilakukan terhadap warga asing yang datang lebih-lebih lagi yang datang secara haram atau pasport yang telah tamat tempoh kerana dilihat mereka yang tidak mempunyai pasport yang sah akan melakukan apa sahaja demi untuk mereka mendapatkan wang dengan senang dan cepat kerana mungkin mereka tidak akan diterima bekerja kerana pasport mereka yang telah tamat tempoh oleh itu jalan yang mudah akan diambil oleh mereka dengan melakukan jenayah sehabis mungkin..Di Jemput kepada Tn.roslan dan para pembaca blog untuk melayari blog baru saya bagi memberikan sedikit pandangan mengenai pekara yang diutarakan.
http://mdrm-cerpana.blogspot.com

Anonymous said...

takziah kepada keluarga Allahyarham! Oleh itu, saya mengesyorkan supaya direman semua indon dan diletakkan cip di dalam badan mereka supaya dapat diketahui semuanya tentang mereka!

Kalu tak bleh buek..hoiT kita ada MSC..tak kan itu cip pun tak bleh buek! Mahal...nie buatan tempatan pun mahal...alamat bahlol lah mereka nie!

Endak seribu daya, tak ndak seribu dalih...Piem tido ko buek apo tentang keselamatan rakyat! Maksud aku bukan keselamatan ko lah dol?

Faizah Roslaini said...

Saya rasa bantuan kewangan tak payah la. Bukannya apa, kalau tak silap saya keluarga allahyarhamah adalah tergolong dlm yang terlebih kemampuan. Tp kalau nak menderma jugak, silakan.

Area rumah tu saya selalu lalu. Kawasan tu sunyi sikit. Area rumah baru. Tp rumah kat situ mahal2 jugak dlm 400k gitu rasanya. Jadi bila dah sunyi dan mahal, perompak apa lagi....!

Tapi saya kesian betullah kat keluarga mereka. Dahla bulan puasa. Ada jugak manusia2 bernafsu haiwan mcm ni.

Sepatutnya berita mcm ni patut diwar2kan dlm media dgn lebih besar-besaran. Supaya semua sedar bahawa keselamatan rakyat sudah menjadi satu isu sekrg. ISU YG SUDAH URGENT UTK DIBINCANGKAN DLM PARLIMEN. Ini bukan kes pertama. Hari ni dia, tapi esok lusa siapa tahu...??? Nauzubillah.

Kalau cerita politik cirit Penang tak payahla. Tak kuasa..

Atan said...

Kalau dulu ada jenayah kita mudah tahu sapa yang buat, terus gkap, la ni dah ramai PATI yang membuatkan suasana jadi kelam kelibut. risau, resah, nak dikunci 2,3 lapis kang kalau berlaku kebakaran susah la pulak nak buka...

Anonymous said...

pendatang jadi macam ni sebab pewaris asal malaysia iaitu orang-orang melayu ni jenis berlemah lembut dengan diaorg. kalau kita tengok balik sejarah, selain dari pengaruh british, sikap seperi inilah yang menyebabkan org india dan cina boleh hidup di malaysia, malahan lebih senang lenang dari orang melayu.

jadi buatlah sesuatu, nanti indon, nepal, bangladesh, pakistan akan jadi lebih senang hidupo mereka di malaysia ni dalam tempoh 50-100 tahun lagi....

percayalah...sori kalau ada yg terasa

aNaK BaPaK said...

salam...

saya kira inilah akibat dari ketidaktelusan penjawat awam dan menteri yang diberi tugas untuk mengawal dan menjaga urusan keluar masuk orang luar dalam negara..

ramai sangat pendatang asing datang kenegara ini secara besar-besaran mungkin akibatbala rasuah yang diamalkan bermula dari pimpinan yang membuat dasar dan penjawat awam yang melaksanakan dasar..

isu pengarah imigresen sebuah negeri ditangkap atas tuduhan rasuah adalah antara buktinya..ingat..jabatan imigresen adalah antara jabatan kerajaan yang banyak mengutip duit..kelulusan orang politik yang memberikan permit kepada individu tertentu sehingga menyebabkan lambakkan pekerja asing dinegara ini menyebabkan gejala jenayah dan kesihatan menular dinegara ini..

saya kira paklah sedar akan hal ini..lagipun ramai ketua umno bahagian yang pernah dapat bahagian ini dengan diberikan AP mengimport manusia..komisyen 1 orang mungkin dalam 2ribu ringgit..kalau dapat 200orang??? saya kira sdra roslan sebagai s/u akhbar presiden PAS yg juga ahli parlimen marang..boleh timbulkan hal ini kepada tuan guru haji hadi untuk dibawa ke parlimen..

isu ini bukan semata2 isu jenayah..tetapi yang paling pentng adalah bermula dari politik kotor umno menjual maruah dan nyawa rakyatnya dengan rasuah dan salah guna kuasa untuk kepentingan perut dan bawah perut mereka...

wallahua'lam.

pondok said...

saya rasa saya ada jawapan bagi krisis-krisis seperti ini.

keadaan yang semakin celaru dan gawat ini berlaku tidak lain tidak bukan kerana tiadanya barakah.

lalu bagaimana untuk mendapatkan barakah itu? jawapan nya laksanakanlah hukum-hukum Allah - hudud dan qisas.

selagi rakyat malaysia tegar tak mahu laksanakan hukum Allah, jangan marah kepada sesiapapun, kerana mereka semua hanya sebab musabab sahaja.

PAS ada tanggungjawab besar untuk terus dan terus berusaha menegakkan hukum-hukum Allah demi menyelamatkan Malaysia.

abikhsan said...

"Merdekakah kita apabila rumah yang dipasang grill dan alarm juga masih dirompak...???"

"Merdekakah kita bila anak-anak tidak boleh bermain basikal di luar pagar rumah hatta untuk ke children playgroun....??? All only limited at car porch area."

"Merdekakah kita apabila duit gaji kita banyak diperhabis untuk membayar cukai, segala mak bapak nenek cukai kena bayar...?????"

Itu baru tiga fakta, ada banyak lagi kelemasan kita dalam kemerdekaan. Rumah sewa saya juga pernah di pecah masuk. Rumah jiran-jiran saya (rumah baru) pun dipecah masuk. Tapi biasalah insan marhaen... nobody cares, buat report polis pun buang karan je.

Tapi pelik bin ajaib bila rumah VVIP kena rompak (bukan kes yang ni), keluar paper akan boleh baca "suspect berjaya ditangkap selepas 2-3 jam kejadian..." Cekapnya polis Malaysia.... maklumlah rumah VVIP...