Mengingati 9/11
Tepat 7 tahun yang lepas iaitu tanggal 11 September, 2001, satu peristiwa ngeri dan tragedis berlaku di Amerika Syarikat. Empat buah pesawat komersil telah ditawan oleh pengganas, dua dijunamkan ke arah bangunan Twin Towers di New York, sebuah lagi merempuh bangunan Pentagon manakala yang keempat terhempas di Pennsylvania dalam perjalanan menuju ke Washington DC.
Menurut rekod 2,974 orang telah terkorban, 24 hilang dan dipercayai turut terkorban begitu juga 19 orang pengganas di atas keempat-empat pesawat malang itu.
Akibat dari peristiwa malang itu Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya mendapat lesen besar dan telah melancarkan serangan ke atas sarang-sarang yang kononnya dikatakan milik pengganas termasuklah negara yang dikatakan pengganas. Afghanistan yang diperintah kerajaan Taliban telah digulingkan dan begitu juga Iraq pimpinan Saddam Hussien kerana mengejar apa yang didakwa pengganasa dan WMD.
Islamphobia atau kebencian dan kebimbangan terhadap Islam semakin menyemarak selepas persitiwa tersebut. Akibat dari tindakan dangkal beberapa kerat individu Muslim, dunia menghukum Islam!
Masalahnya apakah Islam perlu menikus atau di "package" semula, dibuang mana yang perlu dibuang dan ditokok tambah mana yang perlu, demi memberi imej baru? Jika hudud itu memberi gambaran buruk pada Islam comtohnya kita gugurkan, jika menutup aurat dan isu moral itu menghalang orang mendekati Islam contohnya kita lupakan dahulu, jika negara Islam itu mengingatkan orang terhadap Taliban maka kita lemparkan ketepi, kita kikis, kita modify Islam, biar yang tinggal Islam yang betul-betul liberal, menepati selera kontemporari, moderat dan sedap dipandang dan dijamah walaupun hilang roh dan semangat asalnya, atau bagaimana?
Saya teringat kata Tok Guru, sepatutnya zaman mengikut Islam bukannya Islam mengikut zaman, sepatutnya orang mengikut Islam bukan Islam mengikut orang, itulah lebih kurang yang saya ingat. Adakah segala-galanya telah berubah pasca 9/11?
2 comments:
Saudara, saya memang setuju dengan pesan Tok Guru tu, zaman mengikut islam bukan islam ikut zaman, orang kena ikut islam buka islam kena ikut orang. TAPI kebanyakan sekarang ni apa yang terjadi kita seolah-olah memutakan mata kita dengan menjadikan diri kita asbab untuk orang menjadikan islam mengikut mereka. Kita terlalu lembik untuk mempertahankan islam.Bertolak ansur pada tempat yang tidak kena. Saya mengatakan 'kita' sebab saya lebih suka meletakkan kesalahan pada diri saya supaya dengan mengaku kesalahan bolehlah saya lebih tawadhuk didepan yang maha esa memohon keampunan dan kekuatan. Semoga semua kita sentiasa bermuhasabah diri kita sendiri, kerna hanya orang yang sedia menghisab diri mereka sendiri yang akan Allah s.w.t akan beri kekuatan untuk menegakkan agama ini.
zam
The world should be adapted to Islam....
But the main question is how??? How do we do it? Did we do it correctly?
Why? Did we put the right intention in doing it?
Islam sepanjang Zaman.....
Post a Comment