Wednesday, September 03, 2008

Kedah mengharamkan artis wanita

Di dalam Muqadimah Perlembagaan PAS disebut bahawa PAS ini ditubuhkan bagi tujuan:

Demi menyempurnakan taqwa kepada Allah dan kebaktian kepada sesama manusia yang dijadikan bagi menegakkan AL AMRU BIL MA’RUF WAN NAHYU ANIL MUNKAR dalam, kehidupan bermasyarakat dan bernegara….”

Kerana itu pimpinan, pendukung dan aktivis PAS begitu prihatin dalam isu-isu membabitkan moral kerana ianya membentuk peribadi dan masyarakat. Islam itu sendiri adalah agama yang mengatur sistem hidup bermasyarakat lantaran itu kerja-kerja menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran adalah asas pembentukan dan kelangsungan masyarakat Islam yang penting.

Dalam hal ini apabila kerajaan negeri Kedah mengikut jejak kerajaan negeri Kelantan
dalam melarang sebarang persembahan oleh penyanyi atau artis perempuan di negeri itu, ianya sesuatu yang dijangka kerana menepati tuntutan perjuangan parti itu sendiri. Pengecualiannya: melainkan ianya hanya dihadiri oleh penonton perempuan sahaja.

Menurut EXCO berkenaan Dr Ismail Salleh pengharaman turut melibatkan persembahan lain yang memberikan kesan negatif kepada golongan remaja termausklah konsert pop, rock, dangdut dan lain-lain.

Mungkin bagi sesetengah pihak apa yang Kedah lakukan ini terlalu ”trivial”, kecil atau remeh, tetapi bagi parti yang memperjuangkan wujudnya sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukum menuju keredhaan Allah, sudah pasti inisiatif Kedah itu sangat penting dan significant.

Dan seperti yang dijangkakan sudah tentu juga akan ada pengkritik yang akan mengulas bahawa yang lebih penting bagi Kedah sekarang adalah untuk membangunkan negeri ”Jelapang Padi” itu. Di sinilah perbezaan atau kelainan ketara antara PAS dengan parti atau kerajaan lain.

Pembangunan yang kita tuntut dan kejar sentiasa seiring iaitu antara rohani dan jasmani. Pembangunan fizikal tidak boleh mengabai atau menggugurkan pembangunan akhlak dan moral. Di sinilah Umno telah banyak melakukan kesilapan, walaupun ianya sebuah parti Melayu yang diterajui oleh orang-orang Islam, namun sepanjang peluang yang diberi oleh Allah untuk ia memerintah, ia telah mewujudkan jurang yang besar antara pembangunan akhlak dan fizikal. Akhirnya rakyat tidak dapat membedakan, dan akibatnya masyarakat jadi kacau kerana walaupun mungkin pembangunan fizikal itu dirasai tetapi ia lompong, tidak telus dan didokong pula oleh masyarakat yang longgar dan lalai.

PAS tidak boleh mengulangi kesilapan Umno dan PAS perlu berbeda dari mereka dan
sesiapa jua.

Saya yakin kerajaan negeri Kedah tidak bermaksud mahu menghapuskan semua jenis hiburan termasuklah yang melibatkan adat dan tradisi Melayu serta kaum-kaum lain, tetapi apa yang ia perkenalkan adalah pengawalan demi kebaikan dan kesejahteraan rakyatnya.

Di sinilah perlunya masyarakat Islam seluruhnya tanpa mengira fahaman politik bangkit memberikan galakkan dan sokongan kerana apa yang dilaksanakan adalah bertepatan dengan tuntutan agama. Membawa pembagunan fizikal tidaklah sesukar membentuk dan membangunkan masyarakat.

Mudah-mudahan kerajaan negeri akan terus dibimbing oleh tuntutan Islam dan sentiasa mendapat sokongan padu rakyatnya. Syabas Ustaz Azizan dan pimpinan di Kedah.

7 comments:

jidan said...

alhamdulillah..dapat juga dilaksanakan...semoga selepas ini penekanan kepada aurah,solah 5 waktu di masjid,amanah dalam pemerintahan...juga kerajaan PAS KEDAH juga boleh bekerjasama dgn Pulaupinang utk membuat masjid utk Cina-Muslim ...kerana di sana ramai Cina.Semoga dgn tertegaknya masjid itu nnti akan dapat dijadikan tempat penyebaran dakwah utk kaum cina..supaya tiada lg prejudis terhadap Islam.

Anonymous said...

bro roslan,

Semoga kjaan negeri kedah pimpinan PAS terus melumpuhkan aktiviti tidak sihat yg menjadi budaya pemimpin umno sebelum ini..

TAKBIR!!

manshahirfriends..

Anonymous said...

sdr
saya dok kat kedah dan amat menyokong tindakan tersebut.saya dah tak larat nak tengok orang melayu hanyut dalam hiburan dan secara tidak sedar mereka ini adalah alat kepada pihak -pihak tertentu sahaja.artis-artis ini hanya mengharapkan rupa/badan cantik sahaja ,bakat dan ilmu entah kemana.amat kesian golongan ini hidup dalam angan-angan konon ramai peminat,menjadi idola masyarakat,golongan yang rapat dengan anak muda dan macam2 lagi slogan yang terus menghanyut kan mereka.moga allah memberi hidayah dan petunjuk.
sekian.

Anonymous said...

meh kita ramai2 nyanyi lagu umno 'baru'..

sedia...mula....


bersatu kita bersatu
dgn setia menyokong menantu
jiwa kita merapu
kita rumpun pengampu.

bersama kita bersama
mendokong hasrat sendiri
berjasa pada Pak Lah
agama nya haddari.

lambang(keris)kita yang senget
dipandang murah n rendah
bersatu tak setia
pengkhinat cogang kata nya...
umno terus rebah
utk rakyat m"sia...


selamat berundur ameno n be end!

..msf..

salmi said...

Syabas kerajaan KEDAH...

EMAD DANIEL said...

SAYA AMAT MENYOKONG APA YANG DI BUAT OLEH KERAJAAN KEDAH, NAMUN, DI HARAPKAN KERAJAAN KEDAH MEMBUAT GARIS PANDUAN YANG BETUL DAN DI EDAR KEPADA MEDIA ALTERNATIF ( BLOGER ONLINE NEWS) UTK MAKLUMAN UMUM. MAKLUM LAH MEDIA MASSA NI BANYAK YANG TAK BETUL. IKUTLAH APA YANG KERAJAAN KELATE BUAT. HOK MOLEK KITA SAMA2 PAKAT SOKONG.

TAKBIR

Anonymous said...

Belajar dari Kelantan. Artis wanita boleh, tapi dalam majlis yang tertutup dan hanya untuk wanita sahaja. Belajar dari Kelantan. Belajar dari Kelantan.Belajar dari Kelantan. Tarik rambut dalam tepung. Kesabaran Tok Guru.