Friday, September 12, 2008

Coup de grace dalam Umno

Dalam sibuk kita menunggu janji 16 September, rupa-rupanya rumah tangga Umno semakin bergelora. Kalau sebelum ini pelan peralihan kuasa dari Dollah ke Najib sepatutnya berlaku pada tahun 2010, kini sudah ada desakkan agar ia dipercepatkan.

Yang menguatkan desakkan itu adalah apabila ia terbit dari pandangan Naib Presidennya sendiri Muhyuddin Yasin yang mengatakan bahawa tempuh peralihan yang dicadangkan itu terlalu lama. Ulasan Muhyuddin itu disambut pula oleh Najib sendiri yang mengatakan bahawa isu peralihan kuasa ini perlu diserah kepada mesyuarat agung bahagian-bahagian dan perhimpunan agung Umno hujung tahun ini.

Dengan perkembangan politik yang bergerak begitu pantas kebelakangan ini, relevannya Dollah sebagai Presiden parti semakin dipertikaikan dikalangan ahli dan pimpinan Umno. Hari ini Timbalan Ketua Umno bahagian Rantau Panjang Abdullah Mat Yassin mencadangkan agar peralihan kuasa itu dilakukan pada perhimpunan tahun ini juga.

Dollah seolah tersisih keseorangan apabila Najib dan Muhyuddin seakan bersatu menuntut penurunan beliau dari takhta kuasa dalam Umno. Dengan ura-ura kepulangan Tun Dr Mahathir ke dalam Umno, kemungkinan Dollah dipaksa turun Disember ini semakin kuat.

Jika Dollah tertiarap Disember ini maka kemungkinan besar Najib dan Muhyuddin akan merupakan gandingan baru memimpin parti Melayu yang semakin pudar sokongannya itu. Ini bermakna kepimpinan negara juga akan berubah, soalnya berubah ke tangan siapa Najib atau Anwar atau siapa?

3 comments:

Anonymous said...

Ikut ground sentimen Dia dah tak relevan lagi sbb org sudah tak percaya dan tak endah.

UMNO dan M'sia perlu pilihan yg kredible yg mampu meneruskan dokongan bg menyubur dan memepertahankan kepentingan agama, bangsa dan negara.

dasuki_tmc said...

pemimpin yang tak ikut Islam, tak berpandukan Al-Quran dan Hadis maka saya tak mahu, lebih baik nyak dari muka bumi Allah ini dan buat bumi lain dan perintah ikut suka kau. aku Hamba Allah mesti taat perintah Allah, Rasul dan Ulil-Amri yang taat kepada Allah dan Rasul.

pesan drp: cucu orang utan

Anonymous said...

Yang paling saya tak mahu ialah pemerintahan yang didokong oleh kafir harbi/anti Islam.

Daripada kapir harbi, lebih baik berada dibawah pemerintahan yang dengannya dapatlah Masjid dibina, masjid tidak dikunci seperti di Turki, Islam dan dakwah dibenarkan, parti politik Islam juga dibenarkan (dapatlah PAS berkembang), perempuan Islam dibenarkan bertudung, umat Islam boleh menggunakan tulisan jawi sesuka hati, Azan dapat berkumandang, institusi Islam/sekolah tahfiz/sekolah ugama tumbuh dengan pantas dll.