Tuesday, September 02, 2008

Tebusan Malaysia:
Tiada perkembangan yang meyakinkan

Menurut posting terbaru Utusan online jam 11.34 pagi tadi:

KUALA LUMPUR 2 Sept. — Kementerian Luar menubuhkan satu unit khas bagi memantau kapal tangki Malaysia yang ditawan lanun di Teluk Aden, antara Yemen dan Somalia, selain memohon bantuan dan kerjasama daripada kedua-dua negara itu bagi memastikan anak-anak kapal, yang terdiri daripada rakyat Malaysia dan Filipina, selamat.

Wisma Putra turut memohon Kementerian Luar Yemen dan Somalia untuk menggiatkan usaha bagi membebaskan dengan selamat krew kedua-dua kapal tangki MISC Bhd yang ditawan lanun pada 19 dan 29 Ogos, dan memastikan laluan selamat kapal-kapal Malaysia melayari Teluk Aden.

Inilah saya kira perkembangan terbaru yang dinyatakan kepada umum. Saya kira perkembangan ini sungguh mengecewakan. Kerajaan seakan terkapai-kapai masih diperingkat memohon bantuan, sedangkan anak-anak bangsa kita sudah berhari-hari menjadi tebusan pihak pengganas.

Saya pasti rakyat Malaysia rata-rata mahukan laporan dan perkembangan yang lebih meyakinkan. Sebagaiamana saya nyatakan dalam posting terdahulu, dalam saat genting ini kita memerlukan sekurang-kurangnya seorang bertaraf Menteri untuk berada samada di Somalia atau Yemen untuk memantau keadaan. Bawa sekali segala pakar perunding yang kita ada, termasuk perisik tentera dan komando untuk menimbangkan sebarang kemungkinan.

Somalia setakat ini adalah sebuah negara tanpa kerajaan pusat, setelah berterusan dalam suasana perang saudara yang tidak berkesudahan. Tiada peraturan dan undang-undang jelas yang dipakai di bumi itu. Bayangkan nasib anak-anak bangsa kita berada pada tangan pengganas dari negara seumpama ini.

Segeralah menyusun langkah bertindak yang lebih kjomprehensif dan meyakinkan. Ini krisis melibatkan warganegara kita dalam negara yang “lawless” maka sewajarnya kita sahaja yang mengetuai dan menguruskan sebarang perundingan atau tindakan ketenteraan jika perlu.

Saya harap semua pihak emmandang serisu isu ini, semoga mesyuarat kabinet esok mengeluarkan ketetapan dan kenyataan yang lebih meyakinkan buat kita semua termasuk kaum keluarga mangsa. Sementara itu marilah kita semua berdoa semoga mereka semua tabah dan selamat insyallah.

4 comments:

Anonymous said...

Assalamu'alaikum Sdr Roslan SMS,

Saya diberitahu oleh beberapa orang bekas pegawai syarikat perkapalan MISC bahawa beberapa kesilapan telah dilakukan oleh pihak syarikat. Antaranya:
(a) Syarikat tidak membayar zakat. Walau pun sekarang mungkin ada bantuan derma melalui program masyarakat, namun zakat masih belum dibayar. MISC adalah syarikat top 10 negara, maka wajar membayar zakat;
(b) Syarikat bertindak terhadap pekerja sehingga ramai yang merasa mereka dianiaya, misalnya pegawai syarikat yang cuba menubuhkan kesatuan eksekutif telah dipndahkan (transfer) ke cawangan syarikat di luar Lembah Kelang dan ada yang diberhentikan kerja.

Tidak keterlaluan sekiranya kita rakyat Malaysia merayu kepada pihak MISC supaya, selain menjalankan rundingan dengan pihak perampas, hendaklah melakukan tindakan berikut:
(i) Membayar zakat
(ii) Membayar ganti-rugi yang setimpal kepada bekas pekerja syarikat yang telah dianiaya itu. - Pihak syarikat boleh semak fail untuk melihat kes saman terhadap MISC oleh bekas pekerja, serta meminta maaf secara terbuka kepada bekas pekerja tersebut;
(iii) Menganjurkan majlis baca yasin, memberi makan orang miskin, serta solat hajat di bangunan MISC (Dayabumi) setiap hari sehingga masalah rampasan ini selesai dan anak kapal yang menjadi tawanan selamat kembali ke pangkuan keluarga mereka.

Anonymous said...

bro roslan,

Mereka mau rm10juta! Nak tunggu apalagi, bagi sajalah...Adakah jumlah itu lebih penting dari setiap nyawa tebusan rakyat sendiri! Lembab betul la pemimpin kita ni!

Lanun dah bersedia berunding, terima saja lah...tak perlu nak negotiate lebih2...harus di ingat, dlm negara mereka bunuh membunuh tu perkara remeh...setakat rakyat asing bg mereka adalah satu kerja mudah untuk diselesaikannya!!

Jangan sampai ade rakyat kita terkorban baru nak hantar rm10juta tu!!

TAKBIR!!

..manshahirfriends..

Anonymous said...

Bro,
Maaf saya kata ... blog bro ni makin lama dah makin boring ...

Mungkin bro sendiri perasan bila tgk tak ramai yg hantar komen ...

Adakah Bro dah jadi takut nak menulis seperti dulu kerana kritikan2 yang diberikan?

Harap ada perubahan ...

nbn said...

meminta pihak lain 'menggiatkan usaha membebaskan...'!!!!!!!! Apa lemah sangat Kerajaan Malaysia ni...