Tuesday, September 23, 2008

Apa yang dimakan Teresa menjadi bualan

Kadangkala dalam keghairahan kita untuk memperkukuhkan lagi hujah kita, kita cuba memuatkan bunga-bunga tambahan yang bagi kita mungkin membantu meyakinkan lagi hujah kita itu tetapi rupanya kita tidak sedar kadangkala ianya meracun diri. Bunga-bunga itu tidak semestinya “palsu” atau tiruan, ia mungkin bunga hidup, tetapi keghairahan kita tadi mengakibatkan kita terbawa-bawa sehingga akhirnya yang hidup disangka tiruan.

Begitulah yang dapat saya simpulkan dari polemik berhubung pengalaman Teresa Kok, ahli Parlimen Seputih dan EXCO negeri Selangor dalam tahanan di bawah ISA selama 4 hari baru-baru ini.

Ketika Teresa ditahan di bawah akta zalim dan tidak berperikemanusiaan itu, beliau menerima simpati dan sokongan ramai. Jika tidak silap beliau ketika itu menjadi ahli parlimen wanita, serta ahli EXCO wanita yang pertama di tahan di bawah akta warisan penjajah itu. Semua pihak mendesak agar beliau segerea dibebaskan, kita sudah bosan melihat akta ini disundalkan untuk tujuan politik pihak-pihak tertentu.

Jika benar dakwaan-dakwaan terhadap beliau itu berasas, seret sahaja beliau ke mahkamah untuk membela diri, tetapi mengapa disundalkan akta ini yang mengekang kebebasan dan hak mereka yang ditahan di bawahnya.

Akhirnya atas tekanan ramai Teresa dibebaskan dengan tempuh penahanan antara yang terpendek dalam sejarah ISA (sebelum itu wartawan dari akhbar berbahsa Cina saya kira memegang rekod ditahan paling singkat dalam sejarah). Dan biasanya kalau ada mana-mana pimpinan PAS yang ditahan ISA dibebaskan sebegitu, pendukung yang diluar akan menganjurkan majlis besar-besaran ddan ceramah. Biasalah yang dibebaskan akan menceritakan darihal pengalaman tahanan dan kezaliman yang dikenakan atas mereka.

Masih terngiang ditelinga saya ceramah Almarhum Ustaz Buniyamin Yakub (yang kemudiannya pada tahun 1990 menjadi ahli parlimen PAS) dan Hj Mat Sabu (kuliah subuh di Masjid Airport Subang sejurus dibebaskan).

Teresa meluahkan pengalamannya di depan media. Cuma berlainan dengan bekas tahanan ISA dari PAS, Teresa memilih untuk turut menyerang kualiti makanan yang diberikan kepada beliau sepanjang tahanan. Disitulah saya rasa Teresa mendedahkan diri beliau untuk menjadi bahan serangan orang,s edangkan beliau sewajarnya dinobat sebagai wira.

Ungkapan beliau:

I can tell the food is worst……errrr….maybe similar to dog food

disiarkan secara penuh oleh Buletin Utama TV3 untuk ditonton orang-ramai.

Dua biji telur rebus, nasi, kuah dan timun yang dihidangkan kepadanya pada malam hari kedua penahanannya disifatkan oleh beliau sebagai “menyerupai” (similar) makanan anjing. Mungkin maksud beliau makanan seumpama itu tidak layak diberikan kepadanya tetapi cara olahan sebegitu, dan dibawa pula perumpamaan haiwan “anjing”, membawa maksud penghinaan luar tabiee.

Dan dalam akhbar hari ini Teresa berusaha membaiki kenyataannya itu, sesuatu yang sukar dilakukan memandangkan ia telah ditonton dan dibaca ramai. Kata Teresa beliau sebenarnya telah berkata:

Slightly better than dog food……..

Sepatutnya dihari pembebasannya Teresa mengawal emosinya. Benar beliau ditahan secara zalim, tetapi yang patut diserang adalah akta dan cara penahanan beliau. Meneroka jauh sampai menyentuh makanan yang dihidangkan bagi saya adalah satu kesilapan, lainlah kalau macam Allahyarham Ahmad Boestamam dahulu sebagaimana dirakamkan dalam buku-bukunya, lauk yang telah basi dan nasi bercampur pasir dihidangkan! Itu bukan lagi dog food, kerana anjing pun takkan memakannya!

12 comments:

Anonymous said...

Huh...si teresa nih tak bersyukur lansung dengan makanan yang ada. Apa dia nak makan pizza ke atau Mc D. Kiranya ok lah makanan tu... Aku dulu, masa zaman sekolah rendah dan menengah kadang2 makan nasi dengan pisang atau timun jer....belajar lah bersyukur teresa oooiihhhh...

2 kali 5 said...

Saya bersetuju benar dengan pendapat saudara Roslan SMS mengenai perangai Teresa yang bagi saya boleh disifatkan manja. Saya melihat beliau bertindak untuk menambahkan tekanan kepada kerajaan dengan mendedahkan tatacara layanan terhadap tahanan. Layanan kesopanan(kemanusiaan) yang diakui baik tetapi hidangan makanan seperti binatang.

Apabila saya melihat telatah Teresa, teringat saya kepada Dr Burhanuddin Al Helmy. Kebetulan beliau juga anak Taiping dan saya juga berasal dari sana. Saya masih ingat bagaimana pernah diceritakan beliau telah mengidap penyakit sukar untuk buang air kecil selepas dibebaskan. Ini semua gara-gara deraan psikologi terhadap beliau. Setiap kali beliau hendak membuang air kecil, pastinya dia dipanggil pengawal penjara kononnya ada orang ingin berjumpa. Tidur di bilik yang gelap dan sebagainya. Makanan rasanya tidak perlu untuk kita bicarakan lagi.

Tetapi apa yang kita lihat, semangat juang beliau semakin membara. Malah di kesempatan inilah beliau dan pejuang Islam yang lain gunakan untuk menulis dan membaca. Hasil karya 'tahanan' ini cukup hebat dibaca dan meremang buku roma kita bila kita menatapinya dengan sepenuh hati. Mereka tidak begitu emosional. Mereka faham inilah yang perlu dibayar untuk perjuangan mereka. Cuma rasanya kita sahaja yang belum mampu membayar balik perjuangan mereka dan masih berhutang budi dengan mereka.

Inilah akhlak pejuang Islam yang sejati. Kita dapat lihat dengan jelas kegigihan mereka untuk terus berjuang walau apapun rintangan yang mereka lalui.

SELAMAT BERJUANG UNTUK PEJUANG ISLAM YANG TULIN DAN SEJATI

UDOCMI said...

Sikap seumpama inilah yang memberi ruang kepada PR untuk di'tembak'...kenyataan teresa kok tersebut memang menyinggung warga miskin..ada orang miskin hanya makan nasi berlaukkan kicap..tanpa telur...
hmm...sedih tgk seorang MP daripada PR berfikiran sedemikian rupa..tu belum jadi menteri lagi tu..dah berlagak....

Anonymous said...

Pada pendapat saya kita tak perlu membesarkan kata2 Teresa. Apa lah sangat kita mengharapkan daripada seorang yang tak beriman. Dia mungkin daripada keluarga yang sentiasa memakan makanan yang agak mewah.
Bayangkan kalau Pak Lah dihidangkan dengan makanan sepeti itu mungkin dibelasahnya tukang masak dia, paling tidak dalam hati dia akan berfikir saperti apa yang disebut oleh Teresa.
Tengoklah apa kesudahan, kita masih membincangkan perkara2 remeh dan seolah2 melupakan perkara2 yang lebeh besar dalam negara kita.

Daun Kering said...

saya pun setuju dgn pendpt bro roslan sms.

tidak sepatutnya dihina makanan hanya disbbkan ditahan ISA. yg perlu dipersoal ialah cara penahanan, penafian mendpt pembelaan di mahkamah...bukannya mencaci, menghina makanan.

sememangnya teresa kok bukan seorg pemimpin rakyat...kalau dia berhati rakyat, dia tidak akan tergamak menyamakan makanan yg selalu dimakan orang2 susah sebagai makanan anjing.

tapi bro roslan....saya lagi sedih apabila ramai antara penyokong & pendokong pakatan rakyat membela, membacking teresa kok membuta tuli dlm isu hina makanan nie....siap menyindir kita yg menghighlightkan hal nie supaya korek telinga lah, baca surat khabar betul2 lah,....walhal kita siap bagitau kita tgk video ucapan teresa kok, bukan sahaja baca berita...bahkan video ucapan teresa kok tue bleh ditonton di youtube malaysiakini lagi.

kita orang Islam....kita disarankan berlaku ADIL....yg betul kita sokong....yg salah kita tegur, kita lawan....tak kira pemimpin tue dari pakatan rakyat mahupun dari BN.

saya harap kita semua dpt buang sifat buruk UMNO dlm diri kita iaitu....taat membabi buta....nak bagi ketaatan, nak backing pun berpada-padalah....jgn bila pemimpin kita buat salah kita buat dunno je, pejam sebelah mata, tak tegur bahkan dibacking lagi....nie bukan sifat orang Islam....nie sifat orang jahiliah!!!

jidan said...

pemilihan perkataan YB Teresa kurang tepat akibat terlalu emosi.Takpalah YB,mintakmaaf sajalah.Dah terlepas kata nak buat camne.YB Teresa memang ptut minta maaf kerana secara idak sengaja telah mengguriskan hati rakyat kebanyakan.Barulah dia akan dihormati sbg pemimpin yg mahu mengakui kesilapan.Jgn jd spt BN dah salah pon xnak ngaku.Pendukung PR patut nasihatkan YB ni supaya mintamaaf.Walopon dia bukan Islam patut dia jadi pemimpin yg bermoral.Jika YB ini mahu jadi pemimpin bermoral,apasalahnya mintakmaaf dan jdkan pengajaran

Anonymous said...

Saya sokong udocumi..teresa bkn lah wira yg perlu diketengahkan dlm blog ini ..sb itulah islam menganjurkan berpuasa agar dpt merasai penderitaan golongan miskin yg tak makan ..saya ingat sdr roslan you should not code what teresa had said ...saya rasa byk isu lain yg perlu diperjuangkan didlm blog jadikan blog ini "wisdom" in the sense of ummah....

wassalam, deli.

Anonymous said...

sdr,bagi saya bukan isu Theresa,isunya ialah layanan kepada atahanan.itu nasib baik teresa seorang EXCO,bayangkan bagaimana layanan pihak polis kepada orang biasa, sejak dulu zaman ISA amat kebal dan berhantu.amat elok kalau teresa bercakap sedemikian.saya setuju bahawa dalam islam berdosa tidak berlaku adil sesama manusia.saya agak pelik tak timbul isu layanan yang timbul isu teresa.entahlah
sekian.

Faizah Roslaini said...

Salam.

Minta maaf saya cakap macam ni, tapi saya rasa orang DAP memang macam tu. Suka nak mencari publisiti tak tentu pasal. Mentang-mentanglah sekarang ni semua yang masuk ISA semua ditatang sebagai HERO.

Hah. Kalau ada sesiapa ada terasa nak jadi hero bolehlah try buat 'stunt' mcm Raja Petra atau Teresa! Tapi hero pada manusia ajela kalau mcm ni, di sisi Tuhan belum tentu.

abikhsan said...

Lesson to be learnt...

Jangan buat salah yang membolehkan anda disumbat dalam penjara. Nama pun penjara, takkan nak makan sedap-sedap.

Selalu kita nasihatkan anak kita, jangan buat salah nanti kau kena sumbat dalam lokap, makan tak sedap, tidur tak selesa bla bla bla....

Kalau dalam penjara makan sedap, tidur atas tilam empuk dan ada broadband sebagai contoh apa kes... Maka berbondong-bondong lah orang yang rela dilokapkan.. ...

Perlu diingat, sebarang usaha untuk naik kan budget utk makanan tahanan merupakan duit pembayar cukai.

Saya tidaklah kata mereka ini tidak layak mendapat layanan setimpal kerana mereka juga manusia biasa.

Statement di atas tidak ada kena mengena dengan isu makanan oleh YB Teresa Kok.

Adakah anda tahu berapa kos makanan untuk menampung semua PATI di seluruh tanah air...???? Jangan terkejut jika jumlahnya mencecah jutaan ringgit sehari. Sila rujuk pada menteri berkenaan di KDN. Again duit tak payor digunakan.

ikebilihikejerung said...

harus diteliti bahawa ISA bermaksud tahan tanpa bicara dan hanya rasa syak-syak membahayakan keselamatan negara..kononnyalah

maka wajib ditentang...

maka isu makan,keadaan penjara dan siksaan dan mcm=mcm yang tidak perlu dinyatakan hanya isu kedua...

isu utama yang harus dbangkitkan hak asasi manusia mendapat bukti dan dalil bahawa dia tidak bersalah bukan ditahan kerana syak dan khuatir serta menyelamatkan mileage politik parti memerintah di zaman moden hari ini....

ini harus dipropaganda dan menjadi agenda utama sesiapa yang ditahan bercakap dan membuat liputan akhbar supaya rakyat dan khalayak ramai tahu kesan ISA(IKUT SUKA AKU) nak tahan...

samdol said...

Perbuatan si kok ni lagi zalim. Meminta tulisan jawi di hapuskan dari negara kita.