Friday, September 12, 2008

Sekali lagi ISA digunakan terhadap Raja Petra

Pemilik laman web Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamarudin ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) awal petang tadi (diwaktu umat Islam sibuk ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat). Beliau ditahan di bawah seksyen 73(1) akta tersebut kerana dituduh mengancam keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam.

Sebelum ini saya pernah menyentuh beberapa artikel beliau dalam Malaysia Today yang pada pengamatan saya rasakan menghina dan merendah-rendahkan Islam. Dan saya tahu beliau adalah seorang penulis yang terlalu berani dan jinak dengan segala jenis kontroversi.

Walaubagaimanapun saya tidak bersetuju malah mengutuk sekeras-kerasnya penggunaaan akta zalim ISA terhadap beliau. Jika benar beliau telah melanggar mana-mana peraturan atau undang-undang negara, maka beliau sepatutnya dihadapkan ke mahkamah. Beri peluang untuk beliau membela diri. Menangkap dan menahannya sebegini hanya menjadikan beliau juara, dan memadamkan apa sahaja hasil tulisan beliau yang mungkin benar telah menghina atau menyinggung mana-mana pihak.

Menteri berkenaan silap, dan dengan ini makin mengundang kemarahan rakyat.
Saya bersimpati dengan keluarga beliau dan semoga beliau segera dibebaskan agar dapat kembali ke pangkuan keluarga. Dengan penahanan ini Raja Petra akan ditahan tanpa khidmat peguam selama 60 hari dan sekiranya difikirkan penahanan beliau perlu dilanjutkan selepas itu Menteri yang berkenaan boleh mengeluarkan perintah penahanan selanjutnya.

Say no to ISA!

6 comments:

AnakMudaParlimenBatu said...

Mereka semakin terdesak, mereka menggunakan akta ini untuk menuntut terus keadilan buat seseorang yang berani menyatakan kebenaran. Kalau mereka berani, mengapa tidak menggunakan saluran Mahkamah, dakwa kalau salah, kalau ada bukti yang kukuh, buktikan di Mahkahmah, biar Mahkamah yang menentukan siapa salah atau tidak. Baru jatuhkan hukuman. Guna saluran rujukan agama Islam yang sebenar, yang nyata ISA bukan ajaran Islam.

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

Snowflake said...

Assallamualaikum
(Komentar ini adalah komentar yang sama Snow hantar di blog blog yang mempunyai headline serupa)
Sdr. Roslan, Snow tak lah gemar dengan ISA ni, tapi Snow tak nak juga hipokrit tentang penangkapan RPK. Mana mungkin Snow bersetuju dengan RPK bila isu isu agama yang dia sendiri tak pasti dan fasih, namun akibat sikap jahil dan bodoh sombong, di terbitkan juga artikel artikel yang sensitif. When religion is concerned, to Snowflake it is of NO COMPROMISE. Snow ada baca artikel nya mengenai, “The Tudung Debate”. Masakan dia boleh terang terang menyelewengkan ayat ayat serta firman Allah s.w.t.?
Sdr. Roslan, Snow bukan tak gemar dengan RPK ini kerana Snow sendiri seorang pelajar yang bertudung (alhamdulillah), tetapi sesuatu yang dia tidak fasih dan arif, jangan larr memandai sahaja, kerana blog nya boleh dibuka oleh semua manusia.
Snow tanya Sdr. Roslan, sebagai seorang muslim, adakah Sdr, Roslan sendiri setuju dengan RPK yang menggatakan “wanita tidak perlu bertudung” atau ertikata lain “tutup aurat”? Snow minta maaf kerana bertanyakan soalan ini kerana Snow tahu Sdr. Roslan adalah seorang Ustaz. Sdr. Roslan tak jawap pun Snow tak berkecil hati. Cuma Snow kecil hati bila manusia yang dikatakan Muslim mencemarkan Agama sendiri.
Harap Sdr. Roslan serta keluarga dirahmati Allah s.w.t. senantiasa.
Wassallam

roslan sms said...

Asm Snowflake

Pendirian saya berhubung artikel RPK itu "clear" malah telah saya ulas dalam posting saya yang terdahulu. Memang dalam hal-hal yang melibatkan Islam dan aqidah kita seharusnya kita semua tidak berkompromi.

Maaf saya bukan seorang Ustaz, sekadar berkawan dengan para Ustaz dan bekerja pula di bawah seorang Tuan Guru yang sangat saya hormati dan dihormati pula oleh ramai.

Snowflake said...

Assallamualaikum
Ma'afkan Snow. Penulisan Sdr. Roslan seakan seorang Uztaz. Boleh jadi kerana profession pun bersamaan dengan seorang Tuan Guru yang tersohor.
Harap maaf.
Wassallam

Anonymous said...

Apa perancangan PAS dlm hal ni bro?
Tak kan nak biar je sahabat kita merengkok sendiri?

dak din:)

Anonymous said...

bukan nak salahkan kerajaan, tapi penahanan RPK ni kita anggap lah sebagai balasan menghina islam dan pas satu ketika dulu..

sepatutnya kita berasa malu kenapa ada orang islam mcm RPK ni mcm tak tau malu dan tak rasa berdosa menghina islam..biarlah dia rasa insaf kat dalam sana..tapi dengar cerita di dalam ISA boleh hidup selesa, ada katil, ada library..cuma takde streamyx je.

dan jgn kita membela teresa kok yang berlatarbelakangkan parti yang menolak islam,malah teresa sendiri menghina islam kerana mencadangkan memansuhkan azan subuh..