Sunday, September 21, 2008

Turunlah harga minyak menjelang Raya ini

Kepada kakitangan kerajaan tentulah seronok menyambut Hari Raya kali ini apabila menerima bonus masing-masing iaitu sebulan gaji. Bahagian pertama bonus yang dibayar dua kali itu telah pun masuk ke akaun masing-masing. Berjimat-jimatlah berbelanja kerana kita masih ditekan oleh kenaikan kos hidup yang mencengkam.

Sementara itu dalam akhbar-akhbar tempatan hari ini turut dilaporkan yang kerajaan mungkin memutuskan untuk menurunkan lagi harga runcit petrol dan diesel dalam mesyuarat kabinet Rabu ini. Ini berikutan harga minyak mentah dunia jatuh hampir US$48 setong sejak Julai lalu iaitu dari US$148 ke US$100 setong kini.

Jika turunlah harga minyak menjelang Hari Raya ini sudah pasti ia bakal melegakkan kita semua terutama dalam menanggung kos pulang ke kampung masing-masing pada Hari Raya nanti. Pasti ia hadiah Hari Raya yang bermakna, tak kiralah siapa pun kerajaan ketika itu.

4 comments:

Anonymous said...

bro roslan,

kalo paklah x nak turunkan harga petrol n diesel sebelum aidilfitri ni, harap2 dia lah yg turun dr jawatan pm tu sebelum berakhir ramadhan ni!hehehe

TAKBIR!!

..manshahirfriends..

Anonymous said...

saya tak percaya paklah nk turunkan rege minyak sebab dia menerajui kerajaan yg zalim..
saya hanya percaya DSAI sahaja yg mampu turunkan harga minyak...

..tak sabar menunggu DSAI dapat gelaran Yang Amat Berhormat... :)

he he he

AnakMudaParlimenBatu said...

Uncle Roslan,
Seronok memang seronok kami dpt bonus, kami amat bersyukur kepada Allah dengan rezeki yang dikurniakan dan kami ucapkan terima kasih kpd pemerintah krn prihatin terhadap kami. Betul minyak dunia dah turun harga, pemerintah bila lagi, kalau nak naik kan tak payah tunggu lama, kalau nak turun kena mesyuarat berpuluh kali pula ....

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

Anonymous said...

selagi BN ni yang jadi pemerintah, minyak turun pun takde maknanya...