MILF diburu dalam bulan Ramadhan
Disaat kita sedang melalui ibadat puasa di bulan Ramadhan ini, berbahgia berbuka samada dengan anak isteri di rumah atau dengan jemaah dan ahli kariah di masjid-masjid dan surau-surau, saudara seagama kita di Mindanao Selatan Filipina terutama yang mengetuai perjuangan atas nama Moro Islamic Liberation Front atau MILF kini sedang diburu dengan bm dan peluru oleh tentera Filipina. Mereka berjuang bagi menuntut Negara Islam yang merdeka buat Bangsamoro yang merupakan majoriti penduduk di Selatan Filipina.
Beberapa kem satelit milik MILF di Kitapok, Datu Saudi Ampatuan dan Maguindanao yang diketuai Ameril Ombra Kato and Abdulla Macapaar diberitakan telah ditawan oleh pihak tentera. Sementara itu Setiausaha Pertahanan Filipina atas arahan Presiden Arroyo telah mengisytiharkan bahawa rundingan damai antara kerajaan Filipina dan MILF sudah menjadi ”irrelevant” apabila MILF kononnya enggan menyerahkan para pejuang yang terlibat dalam serangan ek atas orang-orang awam di sini baru-baru ini.
Menurut sumber pihak tentera mendakwa seramai 125 anggota MILF telah terkorban walaubagaimanapun pihak MILF menyatakan yang syahid setakat ini cuma 7 orang.
Asakkan pihak tentera ke atas MILF dijangka berterusan walaupun kononnya di bulan Ramadhan ini arahan telah dikeluarkan pihak tentera Filipina agar pengeboman darat dan udara dihentikan buat sementara. Marilah kita ebrdoa semoga para pejuang Islam di sana diberikan kekuatan dan perlindungan oleh Allah swt dans emoga perjuangan mereka yang mulia itu akan berjaya satu hari nanti, insyallah.
Sementara itu sahabat saya MSO (Mohd Sayuti Omar) http://msomelayu.blogspot.com/
di dalam blognya melaporkan bahawa Tok Guru Mursyidul Am dan MB Kelantan Tuan Guru Dato Nik Abd Aziz Nik Mat telah menolak anugerah nobel keamanan versi Asia yang dianjurkan oleh pihak Yayasan Gusi yang berpusat di Manila. Sayuti tidak pula menyatakan sebab-sebab Tok Guru menolak anugerah itu. Tetapi memandangkan kemelut di atas, maka wajar sangatlah Tok Guru menolaknya kerana kita tidak mahu merayakan sesuatu dalam keadaan saudara seagama kita sedang diburu dan dibunuh tanpa belas ihsan. Tambah-tamah anugerah tersebut dilaporkan akan diserahkan sendiri oleh Presiden Gloria Macapagal Arroyo, presiden yang mengarahkan pembunuhan ke atas pejuang MILF, saya setuju sangatlah Tok Guru menolaknya.
4 comments:
Begitulah kalau mahu berdamai dengan musuh Islam, di mana perjanjian awal di guna sebagai helah untuk memperkuatkan kedudukkan tentera oleh rejim kafir aroyo dengan bantuan negara negara Islam seperti Malaysia yang berkerja keras mengenalpasti kubu kubu MILF yang sebelum ini tersangat sukar di kenalpasti dan di tembusi oleh tentera kafir Filipina tapi di bongkar oleh tentera pengaman atas nama berdamai. Tipu helah berdamai licik oleh kafir Filipina ini adalah cara klasik yang di amalkan oleh kolonis kafir, walaubagaimanapun dengan semangat Jihad terutama di bulan Ramadhan ini, MILF akan berjaya mematahkan tentera kafir Filipina dengan senjata Jihad!
bro roslan,
Sama2 lah kita berdoa kesejahteraan saudara2 kita di selatan filipina di bulan ramadhan ini.
Lawan Tetap Lawan
TAKBIR!!
..manshahirfriends..
TGNA mengambil satu langkah yang wajar, takkanlah dia mahu menerima anugerah dari seorang pengganas yang membunuh orang Islam serta merampas negara mereka tetapi penuh hipokrasi kononnya untuk keamanan????
Bijak dahulu, bijak sekarang TGNA. Bagi aje anugerah tu dkt Pak Lah krn skrg ni dia sgt² memerlukan utk survival politiknya.
Post a Comment