Tuesday, September 16, 2008

Ulamak dinobatkan di Perlis di bulan Ramadhan

Diambang ulangtahun kejayaan Tentera Badar tanggal 17 Ramadhan, PAS dengan izin Allah dikurniakan satu kemenangan yang amat bermakna. Sebentar tadi Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan yang Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin adalah calon yang memenangi kerusi DUN Sangglang di Perlis tanpa perlu diadakan pilihan raya kecil.

Pada PRU ke 12 lalu SPR mengisytiharkan yang calon BN Abdullah Hassan memenangi kerusi tersebut dengan kelebihan 149 undi sedangkan Ustaz Hashim mendakwa rekod sebenar SPR menunjukkan yang beliau memperolehi 3,333 undi iaitu mengalahkan Abdullah yang memperolehi 3,286 dengan kelebihan 47 undi.

Dengan keputusan ini bermakna Ustaz Hashim yang sebelum ini telah mewakili Sanglang selama 2 penggal akan terus mewakili kerusi tersebut dan dengan itu PAS kini mempunyai 2 wakil di Perlis berbanding BN 13.

Syukur kehadrat Alllah swt dan syabas sahabat-sahabat di Perlis. Ustaz Hashim juga adalah Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat.

Sementara itu Mahkamah Persekutuan turut mengesahkan kemenangan calon PAS Ustaz Dato Hj Harun Taib. bagi kerusi DUN Manir, Terengganu. Mahkamah telah menolak dengan kos permohonan calon BN Wan Sagar Wan Embong untuk membatalkan kemenangan Harun atas dakwaan kononnya wakil Harun telah melakukan kesalahan pilihanraya semasa berkempen.

Ustaz Harun memenangi kerusi tersebut baru-baru ini dengan kelebihan 406 undi. Ustaz Harun adalah AJK PAS Pusat dan AJK Majlis Syura Ulamak PAS.

9 comments:

Anonymous said...

kesilapan atau sengaja membuat silap dengan memberi kmenangan kepada yang tidak sepatutnya maka SPR lah yang harus bertanggungjawab serta mesti membuat kenyataan dan tunjuk sebab mengapa perkara ini boleh berlaku...

TAKBIR

Anonymous said...

916 untuk ulama pas rupa-rupanya.betul juga kata tok guru, 16 september kita menang. KITA dan bukan pr lahh..

Anonymous said...

2 kemenangan pada 916 untuk ulama PAS rupa2nya. Takbir Allahu Akbar! Galas lah amanah yang dipikul dengan baik...

nina najwan said...

Tak kisah la macam mana pun kita nak tengok benda ni, yang penting ALLAH tunjuk depan mata kita, kita dah menang pada 16 Ramadhan ni. Allah dah angkat Ulama' jadi pemimpin pada ambang Badar Al-Qubra ini. Allah dah bagi Ulama duduk barisan depan pada tarikh ini. Mudah-mudahan lebih banyak lagi kemenangan lepas ini, insyaAllah.
Bila saja Allah kehendaki, tentu yang hak itu balik pada yg hak.

Panglima Perang Cyber said...

Apa Dah Jadi Dengan Tok Guru Nik Aziz?

Saya dah baca satu kenyataan yang kununnya ditulis oleh TGNA yang membelasah Dato Mustafa Ali berkenaan kenyataan beliau yang tidak percaya perubahan kuasa akan berlaku pada 16 September, 2008.

Saya tak percaya itu adalah tulisan TGNA ataupun kenyataan yang keluar dari isi hati dan lidah beliau. TGNA yang kita semua kenal tidak pernah menyerang peribadi seseorang secara terbuka lebih-lebih lagi sesama pimpinan PAS. TGNA yang kita semua kenal tidak pernah lekang mulutnya dan kenyataannya dari menyebut ayat-ayat suci Al-Quran atau AlHadis sebagai sandaran.

Saya percaya Husam Musa dan/atau team erdogannya berperanan besar untuk mengeluarkan kenyataan tersebut....samada disedari oleh TGNA ataupun tidak. Mana mungkin TGNA menyebut perkataan "Standing Ovation" dalam kenyataannya. Lebih-lebih lagi fakta yang kununnya Muktamar memutuskan untuk mengukuhkan pakatan rakyat secara "standing ovation" adalah tidak tepat sama sekali.

Dato' Pa tidak pernah melanggar keputusan syura. Yang melanggar keputusan syura ialah Husam Musa, Dato' KJ + geng erdogannya dan termasuk TGNA sendiri. Semua perwakilan dalam Muktamar sedar bahawa TGNA tidak mengikut ketetapan syura apabila beliau terang-terang tidak setuju muzakarah/muqabalah dengan UMNO diteruskan walaupun telah diputuskan oleh Majlis Syura Ulama. Dah la dia dipaksa untuk bercakap bagi membahaskan usul (tidak pernah berlaku dalam sejarah muktamar Musyidul Am terpaksa bangun berucap untuk membahaskan usul semata-mata dan selepas itu terus balik), ucapannya pulak yang lebih banyak berkisar tentang kebobrokan UMNO dan tidak perlunya diadakan apa-apa rundingan/kerjasama dengan mereka. Dan yang menyedihkan ialah pandangannya itu diberikan tanpa berdasarkan apa-apa hujah atau nas dari Al-Quran mahupun AlHadis. Kalau Majlis Syura membuat keputusan berdasarkan kepada hujjah dan nas, kenapa TGNA tidak memberikan sebarang nas untuk menolak atau tidak bersetuju dengan keputusan syura tersebut?

Kemudian kenyataan yang kununnya dari TGNA tersebut menyebut "Lidah Mustafa boleh dikatakan sudah menjadi lidah Umno." Takkanlah bila Dato' Pa suarakan pandangan peribadinya terhadap temberang Anwar terus nak dicap sebagai lidah UMNO? ("temberang" kerana confirm kerajaan tak bertukar pada 16 Sept). Takkanlah TGNA sebagai seorang musyid tergamak nak tuduh pimpinan PAS sendiri macam tu. Takkanlah TGNA sebagai seorang mursyid tidak boleh terus mengubungi Dato' Pa dan tanya beliau sendiri tentang maksud kenyataannya tersebut tanpa perlu menyerang peribadi beliau secara terbuka. (Kalau antihusam yang buat takpa la juga...sebab saya bukan tok guru).

Disebut juga bahawa Trengganu tersalah pilih Pesuruhjaya. Siapa yang pilih pesuruhjaya ni? Bukan rakyat Trengganu yang pilih dan bukan PAS Trengganu yang pilih..tapi dipilih oleh Presiden dengan persetujuan AJK PAS Pusat. Takkan TGNA tak tahu prosedur?? Jangan nanti orang kata PAS tersalah pilih Mursyidul Am pulak.

Dan diperenggan terakhir kenyataan tersebut telah disebutkan tentang keluarnya Dato' Asri sebagai presiden PAS ketika itu kedalam UMNO. Apa motif kenyataan ini? Kalau TGNA ada masalah dengan Tuan Guru Presiden, hubungilah beliau dan berbincanglah secara ilmiah dan ukhuwwah Islamiyah... jangan mendengar dakyah Husam dan gengnya semata-mata yang hanya mahu melihat kepimpinan ulama PAS bertelagah sesama sendiri.

Kalaulah betul keseluruhan tulisan itu adalah terbit dari isi hati dan lidah TGNA sendiri...saya hanya mampu bersedih dan kecewa dengan perubahan yang telah berlaku ke atas tok guru yang kita sayangi. Sedarlah bahawa tok guru telah cuba dibawa masuk kedalam perangkap yang dipasang oleh Husam. Kesimpulannya, Anwar punya mainan dan jarum liberalnya secara senyap telah berjaya masuk ke dalam PAS melalui Husam Musa dan team erdogannya. Dia hanya tersenyum melihat pimpinan Ulama PAS bertelagah sesama sendiri. Semoga Tuan Guru Presiden dapat berbuat sesuatu sebelum terlambat.

http://antihusam.blogspot.com/

disalin :

Panglima Cyber
http://penembak-tepat.blogspot.com

ANAK BAPAK said...

ALLAHUAKBAR...3X!!!

Unknown said...

bersyukur berbanyak sempena bulan Ramadhan Al-Mubarraq ini dan lebih-lebih lagi dekat akhir Ramadhan dimana malam Lailatul qadar menjelma nanti.
mohon keampunan untuk semua pejuang Islam yang ikhlas. serta mohon kemudahan dan keberkatan dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.
tapi puak umno/bn ni mereka faham ke apa yang berlaku.
umno malu tak dalam hal ini? pilihan raya yang kotor, tipu, undi hantu, menyeleweng?
sama juga dengan spr tu, adakah mereka itu malu, digunakan oleh umno/bn? spr tak ada maruah sama seperti umno. kan menipu itu salah satu tanda-tanda MUNAFIQ?
pesan drp: cucu orang utan

luaskanmata said...

Amww sahabatku sekalian.

Panglima Perang Cyber, kenyataan tu betul dari TGNA.

Memang patut disedihkan sekarng ni. Kepada saudaraku Roslan, sebagai insan yang dikurniakan Allah dapat dampingi pimpinan, tolonglah usahakan agar perselisihan antara dua kumpulan dalam jemaah diharmonikan.

Tak guna jika kita gembira dengan ulama dan dalam masa yang sama lunas-lunas Islam dalam menhadapi krisis dalaman diketepikan.

Saat ini getir dan amat memerlukan kebijaksanaan.

Sahabat sekalian, doakanlah bersama di bulan almubarak ini moga Islam dan pendokongnya dipelihara Allah. Setakat ruang yang ada, saya akan gunakan untuk berusaha dengan kadar kemampuan untuk membela Islam yang terbatas.

Salam jihad.

Anonymous said...

semenjak Pas mendapat sambutan hebat rakyat sekarang, bermacam kumpulan dalaman pula timbul, blogger anti Husam lah, anti Roslan sms lah, pro penyatuan umnolah, dan macam-macam lagi. Bergaduh (?) dalam kain sendirilah tu maksudnya (atau menyelinap dalam kain orang dan gigit sana gigit sini). Apa nak jadi ni orang Islam? Sekali lagi, wahai orang islam, apa kamu nak jadi ni?