Sunday, September 07, 2008

MT terus menghina Islam?


Saya memang sentiasa menggunakan blog ini untuk meluahkan isi hati saya, mengkritik, menyokong dan kadangkala membuat pendedahan. Dan saya terpesona melihat perkembangan blog dan laman-laman web dalam negara yang turut memeriahkan dunia media alternatif ini.


Sebagai penulis apalagi seorang blogger apabila kita menulis sesiapa sahaja yang membaca samada bersetuju dengan pandangan kita atau sebaliknya bebas memberikan komen, kecualilah kita tidak menyediakan ruangan komen. Komen-komen yang kita terima pun sebenarnya masing-masing blogger berhak untuk menapis. Walaupun ada beberapa kategori blogger yang buka seluas-luasnya pintu komen mereka tanpa sedikit pun tapisan.


Bagi saya awal-awal lagi menyebut bahawa saya boleh "tolerate" atau menerima apa bentuk komen sekalipun kecuali ayng lucah, kesat dan kasar bahasanya serta memaki hamun dan menggunakan bahasa yang saya sendiri tidak gunakan dalam blog ini.

Seorang blogger terutama yang blognya dikunjungi ramai boleh memepengaruhi para pembacanya, kalau ia benci sesuatu ia akan menulis dengan tujuan para pembacanya juga membenci, demikian juga jika ia minat atau sayang sesuatu, ia akan berusaha melalui tulisannya mempengaruhi para pembacanya. Terpulanglah kepada kreativiti dan gara penyampaian masing-masing.

Tetapi menulis tanpa pantang penuh dengan mudarat. Apa pun yang kita mampu hasilkan, pastikan ianya tidak melampaui batas, sekurang-kurangnya itulah pantang larang saya. Jangan menulis akan benda atau subjek yang tidak kita mahir atau ketahui. Apalagi menulis perkara yang kita tahu tidak benar dan palsu atau "half truth".

Memang kalau mahu meraih populariti, persetankan segala pantang larang.

Baru-baru ini saya mendedahkan darihal beberapa posting dalam Malaysia Today yang dikendalikan oleh penulis terkenal Raja Petra Kamarudin yang telah mengundang marah badan dan pihak berkuasa agama Islam. Malaysia Today dikatakan telah menyiar dua artikel yang menghina dan merendah-rendahkan Islam, dan satu laporan polis telah dibuat terhadap Malaysia Today.

Bagi saya siapa juga penulis mesti bertanggungjawab di atas hasil tulisannya. Jika ia melanggar mana-mana peraturan atau undang-undang, maka ia perlulah bersedia memikul akibatnya. Walaubagaimanapun saya menentang sekeras-kerasnya penggunaan akta zalim ISA ke atas mana-mana penulis atau sesiapa pun (cukuplah penulis-penulis tersohor seperti Said Zahari dan Arwah Samad Ismail menjadi mangsa akta jahanam itu lantaran hasil karya mereka).

Kini sekali lagi saya perhatikan Malaysia Today menyiarkan artikel yang bagi pandangan saya terus-menerus menghina Islam. Di bawah posting "The Great Tudung Debate" di





http://mt.m2day.org/2008/content/view/12321/84/



Raja Petra telah menghuraikan tafsirannya berkenaan dengan hukum menutup aurat bagi wanita yang jelas menyimpang dari mana-mana tafsiran yang kita sedia pakai. Tidak cukup dengan kekeliruan yang beliau cetuskan, posting beliau telah mengundang keghairahan para pembacanya untuk turut menumpang memberikan komen dan tafsiran masing-masing termasuklah dari yang bukan Islam.


Saya teragak-agak mahu menyiarkan gambar yang dikepilkan oleh salah seorang yang mengirim komen kepada posting beliau, tetapi demi menunjukkan betapa besarnya padah tulisan yang tidak bertanggungjawab saya memohon maaf tetapi merasakan perlu menyiarkannya.





Ini bukan pertama kali beliau melahirkan tulisan seumpama ini. Pernah beliau ditegur tetapi menyatakan yang ruangan komen itu adalah hasil tulisan pembacanya, bukan dari beliau. Bagi saya sebagai seorang penulis yang bertanggungjawab kita turut bertanggungjawab atas apa yang diluahkan oleh pembaca kita, Jika kita rasakan komen yang diberikan terlalu "panas" maka atas kitalah untuk menapis atau menyekatnya, melainkan memang kita mahu ia menjadi "panas".

33 comments:

Anonymous said...

tulisan RPK kali ni betul betul boleh mengundang kelira di kalangan orang islam sendiri lagi lagi mereka yang sedia belum dalam ilmu islamnya

saya sendiri terfikir banyak kali apa sebenarnya yang ingin di sampaikan oleh RPK ini.. jika sebelum ni saya boleh la terima tulisan dia tapi kali ni saya fikir tulisan di melampau ditambah pula memberi peluang orang awam memberi komen yang banyak hanya merapu dan seolah masing masing ingin tunjuk dia lagi hebat dar yang lain...

tafsiran mudah Quran seperti yang disiarkan RPK diharap tidak mengoyah pegangan umum umat islam sedia ada di malaysia

bantulah kami yaAllah di bulan yg mulia ini untuk nampak yang hak sebagai hak dan yang bathil sebagai bathil..

Arzrayn said...

sdr Roslan,

Saya dah baca artikel tersebut. Saya rasa sdr harus baca sekali lagi...ia BUKAN tulisan Raja Petra tetapi ia adalah email daripada kawanya yang memberi jawapan kepada isu tudung yg mulanya ditimbulkan oleh seorang pembaca blog tersebut.

Walau apa pun, saya tidak nampak dimana tulisan tersebut menghina Islam. Tolong highlight kat mana yg sdr rasa menghina tu...

Anonymous said...

bro roslan,

wa dah bgtau dulu, si rpk ni mmg x paham islam. Lu tgk la bini dia camne...Lebih kurang Paklah n najib gak...hahaha

Bahaya spesis2 ni terhadap kemuliaan islam..

TAKBIR!!

..manshahirfriends..

luaskanmata said...

Amww saudaraku.

Sebagai seorang yang bukan ahli politik, timbul satu telahan dalam fikiran saya. Apakah kedudukan atau pendirian kumpulan politik yang dianuti oleh pengendali MT ini?

Mentafsir Al-Quran adalah suatu dosa bila tafsiran dibuat tanpa ilmu. Sedangkan tafsiran yang betul sekalipun, jika dilakukan secara kebetulan masih berdosa jika ianya dilakukan tanpa ilmu.

Ini adalah antara cabaran yang perlu kita depani. Lagikan di kalangan sahabat nabi, sifat kejahiliahan itu wujud, apatah lagi pada zaman kita ini.

Tepuk dada tanyalah iman dan ilmu atas setiap isu yang kita hadapi.

Salam jihad.

Anonymous said...

Bila berbincang pasal Islam, tiba tiba semua jadi pakar, macam beli durian semua sendiri ngaku pilihan mereka terbaik! Dulu kita ada Kasim Ahmad, kini RPK dan kafir/munafik selamanya.....
RPK ni pun bukan boleh di percayai sangat tulisan tulisan, YB DSAI pun pernah nafi pasal cite Tuan Hj Rameli Musa. Dari tulisannya RPK ni pamer betapa hebatnya hujjah hujjah yang di berikan terutamanya tentang hipokrasi dan amalan songsang orang Melayu/Islam bercampur baur dengan amalan pagan hindu. RPK mendapat sambutan hebat dari kafir dan munafiq membuat beliau lagi naik tocangnya tapi apa boleh buat kerajaan hadari yang memerintah harini dan apa bezanya hadori dengan pagan? Ulamak ulamak pun tidak menegur hanya berdiam diri.
Hari ini pula RPK sentuh pasal tudung dan tutup aurat perempuan, hujjah beliau nampak bernas dan meyakinkan......tapi adakah ulamak ulamak silap selama 1500 tahun???

d49 said...

ada sesetengah tulisan RPK mengenai Islam nie aku setuju.cuma artikel bab tudung nie mcm ade yg tak kene.

mcm dia membenarkan bini dia yg tak bertudung.kalau dia cakap tudung tu wajib,maka akan terkena balik la kat batang hidung dia sendiri...

Bagi aku la,tulisan bab agama RPK nie kita baca boleh la,tapi kalau nk percaya tu tak payah la.

mamat nie pun bukan ahli agama pun.so jangan la kita percaya sgt dengan cakap org yg bukan ahli nie.

tapi kalau ade yg percaya tu maknanya dunia memang nak kiamat dah la.

di akhir zaman, banyak perkara diuruskan oleh mereka yg bukan ahli nya.

Anonymous said...

Salam

Saya sudah tidak berminat membaca segala penulisan RPK. Hati banyak terguris kerana kritikannya. Sedih menguasai diri bila membaca komen yang ditinggalkan. Betapa budaya menghormati agama lain dicabuli sesuka hati sesedap rasa serakus nafsu.

Ya Allah, dalam bulan yang mulia ini, semoga Islam di Malaysia terus dimuliakan dan bukan dihina ditafsir sesuka hati. Semoga insan itu menyedari kesan perbuatannya yang hanya menzalimi agama sendiri.

Ani

ainon mohd said...

Tuan Roslan yang mulia dan saya muliakan.

Tulislah artikel yang memberikan pencerahan dan hantar ke Malaysia Today. Blog itu demokratik, ia menyiarkan semua sudut pandang.

Jawab tulisan dengan tulisan, supaya semua pembaca Malaysia Today menjadi lebih cerah, bukan hanya RPK.

Malaysia Today adalah peluang keemasan yang Allah berikan kepada kita bagi menyampaikan maklumat yang betul tentang Islam kepada berjuta-juta pembacanya.

Menulis dalam blog kita sendiri tentang kesalahan sudut-pandang sikap Malaysia Today adalah menulis untuk bacaan peminat blog kita sendiri, yang tidak memerlukan apa yang kita tulis itu.

Saya pernah menulis dan menerima ratusan komen mengutuk sudut pandang saya. Apabila kita dikutuk maka kita bertambah faham jalan-fikir mereka yang belum cerah itu, dan dengan kefahaman itu kita dapat menyusun 'hujah-hujah yang lebih baik'.

Tuan seorang yang diberikan Allah bakat menulis, mudah-mudahan Yang Mulia RPK dan golongan seperti beliau mendapat pencerahan daripada tulisan tuan. Alangkah besarnya peranan tulisan tuan itu kepada dakwah Islam.

Saya hendak menulis bagi menjawab artikel Yang Mulia Raja Petra Kamaruddin (RPK) itu, tetapi ilmu agama saya cetek.

dasuki_tmc said...

terdapat banyak kekeliruan yang berlaku samada disengajakan atau diluar kebiasaan yang datang dari pihak berkuasa ugama yang dilantik oleh kerajaan serta yang dikeluarkan oleh ilmuan-ilmuan ugama yang menyokong umno/bn, namun bila ada teguran dan ulasan untuk memperbetulkan, yang menegur pula yang kena tindakan seperti yang pernah berlaku pada bekas mufti selangor dan yang berlaku bila ada teguran tentang masaalah muda mudi yang berpelesaran di pub di ibu negara satu waktu dulu.
apakah ada apa-apa tindakan susulan yang dilaksanakan bagi memperbetulkan keadaan?
yang nyata lagi jelas pihak umno/bn sengaja membiarkan kekeliruan dan kecelaruan itu terus berlaku demi kepentingan perut dan dibawah perut puak-puak umno/bn. ini bukan tohmahan, tapi kenyataan yang tidak dapat mereka menolak dengan sebarang hujah walaupun dengan ayat-ayat Al-Quran dan Hadis.

siapa ulama "suk" (jahat yang dinyatakan oleh Nabi Muhammad?), tolong beri penerangan yang jelas.

Sarjan Tulang said...

salam,

tuan, beginilah umat akhir zaman. mengambil al-quran dan menafsir mengikut hawa nafsu dan kemahuan. yg mana dia rase kena dengan nafsu dan boleh meraih populariti, dia akan guna. yg mana tidak kena dengan diri, akan ditolak.

apa patut kita lakukan tuan??tidak boleh dibiarkan orang camni terus mengelirukan umat islam.

sarjantulang

Anonymous said...

apa kate jika kita jawab? RPK guna kepala hotak die yang tak betul tu utk berhujah. Apa kata kita guna ilmu yang ada untuk menjawab? Minta ulama' (org berautoriti) jawab dengan baik mengapa tudung dsb.

jidan said...

artikel ini sangat mengelirukan bg mereka yg jahil atau buat2 jahil.

RPK shud ask some1 who really understand Islam b4 writing sth abt Islam ,OR he will suffer hatre from most MUSLIM readers and condemn of ISA.

kenapa org suka cakap lantakla derang nk pakai ke x...plik...kalau peraturan sekolah kite leh ikut tp peraturan Allah kite nak culas.

iswarahijau said...

kalau dibaca semua artikel RPK terdahulu,RPK ni jenis manusia yg rasa dia paling best,paling maksum di muka bumi ini. Semua dia kritik,Anwar,Mahathir,DAP malahan ulama pemimpin PAS sekalipun.
Yg paling saya tak lupa,RPK tulis tuan guru pemimpin PAS membuat keputusan salah dlm menyokong soal muzakarah pas-umno,kerana memakai serban yg terlalu ketat,yg menyekat pengaliran darah ke otak. Dsn memakai serban dikatakan menyerupai Sinbad,watak penyamun dlm fantasi kanak2. Astagfirullah. Dikala Tg Nik Aziz mendoakan beliau,ketika beliau ditahan, bila dah keluar sempat lagi menghina ulama dan Islam.

Anonymous said...

Bro Roslan,
If someone wrote about Christians, Buddhist or Hindus and question their practices, they would also be very concern. Our beliefs are being put to the test, on how much do we really know about our own religion. Are we practising it correctly or has it deviate from the true essence of the religion. It is quite a common fact that a religion maybe manipulated to suit a person's lifestyle or to "halal" their wrongdoings. RPK is a muslim and he questions the way Islam is being interpreted by Malaysian muslims.If he has deviated, let those who truly practices the true Islam teaching bring him back to the right path. So far, no one has been able to convince him that he has deviated and proven him wrong.They have not been able to truly, convincingly shown him the true Islam teaching but instead they are using the man made laws to force him into submission.
Why is that so ? Is GOD standing by these people who persecute RPK or is GOD standing by RPK to withstand persecution ? Only GOD knows.

nazri said...

Saya memang dah lama tinggalkan blog malaysia today...semacam satu penghinaan kepada Islam menjadi kebanggaan kepada RPK..Wallahualam..Seorang lagi Astora Jabat Malaysia...

stealth said...

Pandangan Raja Petra menukilkan tahap ilmu yg d milikinya ttp saya yakin ramai lagi yg masih kurang faham & keliru. Pandangan saya, akidah tu perlu d garap terlebih dahulu krn jika hati baik maka baiklah seluruh anggota & tingkah-laku.

Saya cuba nak peringat kpd mrk yg berpengaruh & berkuasa, rujuklah Al-Quran serta ambil pandangan dari mrk yg berilmu tinggi jika berniat utk tampilkan penulisan berkaitan ugama Islam.

salmi said...

Saya berpendapat..bloggers Islam (ustaz,ulamak dan ahli yg berilmu) perlu menjawab komen komen dan memberi tarbiah melalui blog RPK juga dalam ruangan komen dengan baik supaya pembaca komen dalam blog RPK paham tentang Islam

Anonymous said...

RPK....

tiada kredibiliti..tiada kredibiliti...jangan melompat dalam isu ini sahaja..dalam isu politikpun rpk tiada kredibiliti...dia bukan pelapor fakta sebaliknya tukang karang cerita fiksyen..dan ramai yg menggemarinya....

encik roslan pernah post sebelum ini, Jangan Sita Malaysai Today...jadi sekrang apa yg perlu dilakukan?

tq

Faizah Roslaini said...

Itulah mendenya kalau menulis bukan atas dasar tauhid. Itu dasar emosi namanya. Emosi kepada Si Syed ntah sape2. Itulah mendenya kalau takde tauhid dalam kepala. Apa kesannya kepada orang lain, tak kisah, tak heran, tak takut. Nak takut apa lagi bila berTuhankan nafsu emosi?

amnikhassim said...

dalam hal ini, Malaysia Today menyiarkan artikel2 bebas. menjadi tanggungjawab kita sebagai blogger muslim untuk menjawab kembali tulisan itu jika kita rasa ianya tidak benar dan bercanggah dengan Islam.

Pengunjung MT, pengkomen dan penulis artikel di sana bukan semuanya muslim. Kita dan keyboard kita adalah amanah untuk menghadapi mereka.

Insya ALLAH, semoga berjaya... =)

Anonymous said...

Sdr Roslan,

Saya bersetuju dengan para pembaca yang mahu pihak kita yang berilmu supaya menjawab ulasan artikel begitu.

Sebagai seorang blogger PAS dan Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Saya harap tuan ke "hadapan" atau mencari mereka yang arif ke "hadapan".

Ini lebih memerlukan selain memprotes pelbagai konsert.

Salam

Ahli PAS 1998-

Anonymous said...

Amnikhassim, you have the right attitude and approach. MT should not be ban but muslims should be given this opportunity to enlighten the non muslims and RPK.

pondok said...

Saya tidak nampak mengapa kita perlu menjawab dalam malaysia-today. Ia akan memberi lebih legitimasi kepada laman web dajjal tersebut.

RPK tidak pernah datang ke laman web-laman web lain. Kenapa pula kita perlu mengunjung laman web dia untuk berhujjah dengan dia?

Amer Hakimi said...

Walaupun cadangan untuk menjawab komen-komen dan tomahan dalam Malaysia Today itu nampak baik, saya merasa ia tidak akan membawa faedah kerana anda bukan sahaja berdepan dengan golongan jahil Islam, tetapi anda berdepan dengan gerakan anti/musuh Islam yang telah lama bergerak hebat diserata dunia.

Pengalaman sebelum ini menunjukkan bahwa usaha untuk menjawab komen komen MT adalah satu usaha yang membuang masa kerana:
(1) Apabila sahaja anda memberi komen, golongan-glongan cybertrooper anti Islam akan berdoyong-doyong menyerang komen-komen anda. Akhirnya, ia hanyalah menjadi perdebatan yang tidak berkesudahan.
(2) Yang jelasnya, MT sebenarnya telah lama menjadi medan golongan anti Islam menyerang Islam.
(3) Komen-komen anda untuk membela Islam, akan segera dipatahkan dengan vote negatif sehingga ia lupus dari paparan. Manakala komen anti Islam akan menerima vote positif. Ini adalah modus operandi puak anti Islam dalam MT untuk menerbitkan suasana seolah-olah Islam itu ditolak oleh orang ramai. Secara psikologi, suasana ini bahaya kerana ia boleh mempengarahui golongan remaja dan yang kurang teguh Islamnya agar merasa malu dengan Islam kerana Islam digambrakan buruk, rendah tamadun, meyekat kebebasan dll

Berhati hatilah dalam menghadapi musuh-musuh Islam ini; janganlah terlampau bersangka baik sehingga akhirnya kita kalah dalam kedaan tidak sedar atau separuh sedar. Janganlah msuh sudah berada di luar pagar, tetapi kita masih sibuk berpesta.

zomm said...

mungkin bagus juga artikel RPK ttg tudung ni (walaupun tulisan itu diambil dari email sahabat ).
kita kena ingat, pusing tang manapun, sesiapa pun tidak dapat membawa hujah yang mengatakan tudung tidak wajib.
bila RPK sentuh isu ni, pihak-pihak spt JAKIM mungkin akan kedepan utk bela kewajipan bertudung. bila isu ni jadi panas, secara indirectnya, ramai wanita tak bertudung akan didakwah oleh JAKIM . yang akan terkena ialah wanita tak bertudung spt isteri-isteri PM dan TPM atau sesiapa sahajalah.

celahdapoh said...

jangan biar mereka yang tidak memahami/keliru tentang islam.
jawab dengan hujah ,hikmah kpd yg mampu seperti sdra roslan s/u yb tuan guru dan lain lain
ruang demokrasi ruang dakwah jadilah seperti ahmad deedat

Anonymous said...

puak-puak yang mengaku dirinya Islam wajib baca Quran. Tengok ayat-ayat Allah. Faham ayat ayat Allah. RPK nih aku rasa tak baca pun Quran. Buat malu je. Apa kitab dia?

Anonymous said...

Saudara Roslan,

Apa komen Tok Guru Haji Hadi?

Anonymous said...

pondok n amer hakimi,
to answer your question why a reply in MT because the controversial article is written in MT and read by all who either agree or disagree at the MT site. That is why it is ban.
Amer, I think your reasoning about not debating on the issue is because of your fear that muslims might be unable to defend the Islam faith . That is why even closed door debates by the Bar Council forum was disrupted because muslims do not trust the muslims that represent them to be able to defend Islam. But if Amer was asked to to debate on behalf of the muslims, would Amer take up the challenge for a close door debate with RPK ? One on one .I fear that Amer himself dare not.
Why ? It's because RPK is open to debates and to people who can prove him wrong. That is why he openly writes his articles for everyone to read and not everyone agrees with his opinions and his foul mouth but he still posts their criticism but he does not censor them. Go ahead and post your feedback to him in whathever language Amer feel comfortable with, educate everyone, non muslims and RPK. I am sure they would like to know what's your honest opinion on the matter.Forget about the non muslim and muslim cybertroopers, most intelligent readers will know how to spot one easily. Most importantly, do not inflame and cause tension, brother Amer and pondok.

pondok said...

Anon Wed Sep 10, 03:50:00 PM MYT,

Mungkin anda tidak faham bahasa Melayu. sebelum saya menulis lebih lanjut, saya agak kesal, keseluruhan topik ini ditulis oleh Sdr Roslan dalam bahasa melayu, kalau saudara seorang rakyat Malaysia, apakah susah sangat untuk anda komen dalam bahasa Melayu - soal nahu dan tatabahasa tidak betul tak mengapa, janji berilah sedikit penghormatan kepada bahasa yang dijadikan medium perbincangan.

mengapa saya tidak setuju dijawab dalam Msiatoday? Seperti saya katakan tidak perlu diberi legitimasi kepada laman web tersebut. Dan saudara Amer Hakimi telah memberi sebab-sebabnya dengan secara jelas. terlalu banyak cybertroopers yang dangkal atau sifar ilmu Islamnya, tetapi mempunyai hati yang amat zulmat terhadap Islam berada dalam msiaToday. Tidak ada guna berhujjah di gelanggang yang nyata berat sebelah. Kita memerlukan sebuah gelanngang yang neutral kalau ingin berdebat dan yang nyata MsiaToday bukanlah gelanggang neutral tersebut.

Ayat terakhir saudara -"Most importantly, do not inflame and cause tension, brother Amer and pondok." Ini sudah cukup untuk membuktikan orang-orang seperti saudara sudah dari awal-awal lagi menanam suatu persepsi bias dan negatif terhadap sesiapa saja yang tidak bersetuju dengan saudara.

Saudara tidak berfikiran terbuka, dan tidak tahu meraikan perebezaan pendapat. Asal saja ada pendapat yang tidak selari dengan saudara, terus melulu dituduh 'causing tension'. Ini jauh lebih buruk daripada UMNO. Menakutkan kalau terpaksa hidup di bawah kepimpinan iorang-orang seperti saudara.

Mengecap sesiapa saja yang tidak setuju dengan saudara sebagai ' inflaming and causing tension'. Apa kejadahnya ini? Baca balik tulisan awal saya - bagaimana boleh apa yang saya katakan itu 'cause tension'.

Saya perhatikan akhir-akhir ini puak-puak macam saudara ini banyak bermain dengan branding atau penjenamaan karut seperti ini. sebenarnya, penjenamaan negatif seperti inilah yang 'causing tension'. jaga-jaga saudara, jangan 'cause tension' di sini. Pergilah bermain di Msiatoday kalau saudara ingin sangat bermain.

Dan belajarlah menggunakan bahasa Malaysia sebagai rakyat Malaysia.

melayutara said...

Salam,

Setuju dgn pondok dan amer.

Wallahualam..

benHarper said...

Debat Tudung Wanita : Jawapan Kepada Artikel Raja Petra (Malaysia today)

http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=753

Anonymous said...

Pondok, jangan marah. Bila saya tulis "don't inflame and cause tension" Saya bukan menuduh pondok and Ameer berbuat demikian. Saya hanya menulis secara am sahaja untuk semua orang yang menbaca dlam ruang ini, berdebat di MT secara matang tanpa mengungkitkan isu yang sensitif.
Saya juga tidak tahu bahawa menjawap dalam Bahasa Inggeris di blog ini adalah salah. Memang saya lebih fasih dalam Bahasa Ingerris dari Bahasa Malaysia. Saya takut kalau tulis dalam Bahasa Malaysia, orang lain salah faham message saya, tetapi saya menghormati permintaan saudara dan cuba menjawap dalam Bahasa Malaysia setepat mungkin. Minta maaf kalau tulisan saya mengelirukan saudara. Saya tidak berniat menuduh pondok "cause tension" Please accept my humble apologies.