Friday, September 12, 2008

Singapura yang biadap

Saya teringat kata-kata Tun Dr Mahathir bahawa Singapura adalah negara jiran kita yang tidak pernah lekang dari menadatangkan masalah kepada Malaysia. Itu Tun Dr M. Tetapi hakikatnya walaupun kecil dari segi fizikal tetapi memang perangai dan gelagat pimpinannya sering terlalu besar dan gagah tidak padan dengan rupa bentuk negaranya yang kecil itu.

Dalam akhbar The Star hari ini, dilaporkan yang Singapura telah menarik-balik layanan keistimewaan yang diberikan kepada kereta-kereta milik VIP kita yang masuk keluar ke negaranya.

Memang membikin apa sahaja peraturan dan undang-undang di bumi milik mereka adalah hak mereka, namun adab berjiran janganlah sampai dilihat tiada lagi penghormatan sesama kita.
Menurut laporan berkenaan jika dahulu kenderaan-kenderaan VIP milik Malaysia termasuklah dari Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura diberikan akses mudah dengan dibenarkan menggunakan laluan bas di Tambak Johor atau Link Kedua bagi mengelakkan tersangkut di dalam kesesakan lalulintas, kini keistimewaan itu tiada lagi. Selain kenderaan Tuanku Sultan Johor dan Tengku Mahkota serta menteri-menteri kabinet, semua yang lain mesti mengikuti laluan kenderaan biasa.

Pernah menurut laporan kenderaan yang membawa Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Datuk N Parameswaran, ditahan dan diarahkan patah balik beratur di belakang kenderaan awam walaupun ketika itu kenderaan milik wakil kita itu membawa Pesuruhjaya Tinggi kita dengan siap menerbangkan jalur gemilang di hadapannya!

Parameswaran ketika itu sedang menuju ke Nusajaya bagi menghadiri majlis rasmi kerajaan.
Menurut Parameswaran tidak pernah dalam pengalamannya selama 5 setengah tahun perkara seumpama ini berlaku, ianya sungguh mengaibkan dan malah menghina bendera Malaysia. Kata beliau lagi peraturan ini dilaksanakan sedangkan perundingan berkenaannya belum pun selesai lagi. Selain Parameswaran, Tuanku Bendahara Johor juga dilaporkan telah menerima layanan yang sama.

Akhbar tersebut turut melaporkan yang menurut sumber Wisam Putra kerajaan kita selama ini sentiasa terbuka dan memberi bantuan dan kerjasama baik kepada sebarang permhonan dari kerajaan Singapura. Tiba-tiba kita sendiri diberi layanan sedemikian.

Bagi saya sikap biadap dan tidak menghormati wakil kita ini perlu dibantah sekeras-kerasnya dan jika mereka bertegas maka Malaysia juga sepatutnya mengenakan tindakan yang sama terhadap kenderaan VIP dari negara tersebut.

4 comments:

MoneyMatters said...

apa nak susah2 bro. kenakan aje SGD100 setiap kalikereta singapore masuk malaysia.

Anonymous said...

Yang puok puok dok menyibuk nak ke sana, naper? Banyak simpan duit haram kat sana ke? Tak faham ape kejadah mereka cari di sana?

Anonymous said...

Ialah...mana boleh...dia negara mengamalakan keAdilan, Kesaksammaa...Rakyat dengan raja...samajee, Kena makan...kena pergi toilet...take ke sama...so kalau macan itu.
Memang sah kalau Sultan Johor tue..di halau balik kalau tidak mematuhi prinsip asas kehidupan.

Salah ke brader

Anonymous said...

Aku tak kesah pun...tapi kita kena tarik segala keistimewaan yg diberi pada singapork, seperti penjualan air, kenderaan mrk masuk setakat johor sahaja, selepas itu kena sewa kenderaan malaysia, jual petrol mengikut harga pasaran semasa singapork dll