Monday, September 01, 2008

Ramadhan Kareem

Selamat menyambut dan mengharungi bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Bulan dimana rujukan tertinggi kita yakni al Quran diturunkan. Bulan dimana Allah swt membuka dan memberikan pelbagai tawaran kepada hamba-hambanya bagi melayakkan mereka bertemu dengan Nya nanti.

Terima kasih kepada saudara-saudara yang mengirim emali dan sms kepada saya, salam yang sama dari saya sekeluarga.

Salah satu SMS yang saya terima yang saya kira sangat menyentuh kalbu dan mahu saya konsikan di sini adalah:

Jika harta adalah racun, zakat lah penawarnya. Jika umur adalah dosa, maka taqwa dan taubat ubatnya. Jika seluruh bulkan adalah noda, maka Ramadhan pemutihnya. Sambutlah gerbang Ramadhan dengan penuh kesucian hati.

2 comments:

Anonymous said...

Selamat Berpuasa Uncle Roslan. Semoga Kedatangan Bulan Rahmat Ini Umat Islam yang bermusuhan disebabkan perbezaan idealogi dan fahaman politik dapat disatukan.

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

Anonymous said...

Salam Ramadhan semua...Semoga pada ramadhan kali ini kita dapat meningkatkan amalan di tahap maksimum...

TAKBIR!!

..manshahirfriends..