Friday, September 26, 2008

Masa untuk ahli-ahli Umno berhijrah

Suasana semakin tegang dalam umno.

Tak sampai dua minggu Majlis Tertinggi mereka bersidang pagi ini ada satu lagi persidangan khas. Semua gara-gara tuntutan dan desakkan agar Dollah ditunjukkan pintu keluar terlebih awal. Selepas mesyuarat MT Umno lalu beberapa negeri tiba-tiba menyatakan sokongan padu kepada pelan peralihan kuasa yang akan menyaksikan Dollah kekal sebagai Presiden Umno (dan PM) sehingga 2010.

Antara negeri-negeri itu termasuklah Pulau Pinang dan Kelantan.

Keputusan itu dikatakan tidak menyenangkan beberapa pihak yang mahukan Dollah berundur lebih awal atas sebab kehadiran beliau kini lebih merupakan liabiliti kepada Umno. Umno mahu dibaik-pulih, dan pembaikian itu tidak dapat dilakukan melainkan Dollah angkat kaki.

TPM yang juga Timbalan Presiden Umno yang dijadulakan terbang ke New York untuk menghadiri Persidangan PBB membatalkan pemergian beliau atas sebab mahu menghadiri mesyuarat MT khas pagi ini.

Apakah yang bakal berlaku?

Dollah mungkin setuju berundur awal atau mungkin tidak, jika setuju maka mereka yang dibalakngnya akan menganggap Dollah dipaksa keluar dan pasti protes. Jika tidak maka ramai pula lagi akan protes termasuklah Ku Li dan Tun Dr Mahathir. Sekali lagi Umno diselubungi kegawatan dan kali ini pada tahap yang agak kritikal.

Kita bukan mahu melonjak dan menari-nari atas kegeringan mereka itu, cumanya Presiden PAS Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang baru-baru ini telah menyarankan agar ahli-ahli dan pimpinan Umno mencari jalan keluar. PAS sedia menjadi pengkalan atau wadah bagi mereka untuk meneruskan perjuangan, kali ini bersama-sama menjulang panji-panji Islam!

Perjuangan membela nasib dan masa depan ummah dan Negara perlu diteruskan dan bahtera PAS terus gagah meluncur membelah lautan itu.

Peristiwa Fathul Makkah atau Pembukaan Kota Mekah pada tanggal 10 Ramadhan tahun 8 Hijrah sewajarnya menjadi iktibar kepada kita, betapa akhirnya Rasulullah saw dapat menyatukan semua pihak atas nama Islam, yang satu ketika dahulu sama-sama berbalah, boleh bersatu bernaung di bawa keselamatan dan kesejahteraan Islam.

Untuk ulasan lanjut iktibar Fathul Makkah sila ke blog adinda saya Ustaz Nasrudin Tantawi di:

http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/2008/09/tazkirah-ramadhan-7-fathul-makkah.html

Sama-samalah kita renung dan memikirkan tawaran Presiden PAS itu apabila beliau menyebut:

Sehubungan itu, Parti Islam Se Malaysia (PAS) berpendapat bahawa sudah sampai masanya bagi umat Islam dalam negara kita ini untuk berhijrah kepada PAS dan seterusnya menjadikan PAS sebagai parti tempat bernaung.

PAS adalah parti yang tidak diasaskan kepada prinsip perkauman atau asas perjuangan yang sempit, tetapi dibina di atas dasar memperjuangkan Islam dan keadilan yang lebih universal sifatnya, maka PAS percaya bahawa orang-orang Islam di Malaysia secara umumnya dan ahli-ahli Umno beserta pimpinannya secara khusus memerlukan satu wadah baru yang lebih konsisten dan mampu menjadi penyelamat yang akan memartabatkan maruah ummah.

Umno mungkin dapat diselamatkan dengan beberapa inisiatif kecemasan yang diambil oleh barisan pimpinan mereka, tetapi mungkin juga akan lebih tenat dan parah. Umno akan menghadapi pemilihan diperingkat bahagian dan dikuti dengan pemilihan diperingkat pusat Disember ini yang sudah semestinya menambahkan kegawatan dalam parti Melayu itu.

Elok sangatlah masing-masing memikirkan jalan keluar jika keadaan sudah terlalu meruncing serta mencemaskan dan tiada alternatif lain. Pimpinan Umno khasnya boleh menyaksikan betapa rakan-rakan mereka bekas Umno yang menyertai PAS sebelum ini terus mendapat tempat, dan kedudukan, dengan syarat masing-masing jujur dan ikhlas dalam perjuangan.

Saya akhiri posting ini dengan pandangan Presiden PAS berkenaan hal ini:

Bertitik tolak dari hakikat ini, maka PAS sudah lama bersedia untuk mengisi kekosongan politik yang ditinggalkan oleh Umno ini. PAS percaya bahawa ahli-ahli dan pimpinan Umno ini boleh memberi sumbangan tenaga mereka menerusi PAS.

Marilah bersama-sama kita bina wadah PAS ini supaya menjadi lebih kuat dan mampu berdepan dengan pelbagai cabaran yang mendatang.

3 comments:

Anonymous said...

saya ahli umno (ahli yng bukan hardcore)..saya sedia berhijrah...masuk pas? takder masalah cuma pas kena nytakan secara jelas mengnai hubungannya dengan dengan PKR yg lahnat ituuuu...

kalau pas kena ikut telunjuk pkr ngan dap, baik saya maintain dengan UMNO..

pak lah? tak lama lagi berundurlah dia...dan kalau dia berundur, saya rasa susah sikit pembangkang nak cari makan kali ni. tq

Anonymous said...

Dah ler tu, dok asyik 'Hidup Melayu! Hidup Melayu! Hidup Melayu!' kalaulah padam takkan itu kalimah akhir? Coba guna Takbir! Allhu Akbar! klau padam kan cantik? Begitu jugak dengan RE-FOR-MA-SI, klau padam
su'ul khatimah tu......????

dahalmi said...

Saudara,

Saya Melayu bebas daripada parti politik tetapi berjiwa Melayu dan Islam.
Yang saya nampak orang orang Pas ni banyak 'wishful thinking' harapkan orang umno tinggalkan parti dan masuk Pas. Ini tak mungkin.
Sila baca artikel artikel di Blog saya

DAH IKHWAN address: dahalmi.wordpress.com