Salam Eidul Fitri dari kami sekeluarga
Malam semalam adalah solat terawih kita yang terakhir buat bulan yang penuh barakah ini iaitu bulan Ramadhan, malam ini tiada lagi terawih. Mungkin terawih kita semalam adalah yang terakhir buat kita wallahualam.
Kita berbuka maghrib hari ini dan dengan itu berakhirlah Ramadhan, universiti terbuka yang telah sama-sama kita tempuhi mengikut tahap kekuatan dalaman masing-masing. Pencapaiannya hanya kita dan Allah sahaja yang ketahui, yang bakal kita usung bersama untuk di bawa mengadapNya apabila tiba masanya nanti.
Apa pun semoga komitmen Ramadhan kita kali ini adalah terbaik buat kita setakat ini, kerana jika kita ditakdirkan tidak kita berkesempatan berjumpa Ramadhan lagi, maka ia nanti akan menjadi pelindung dan penebus kita insyallah.
Dikesempatan ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat hari Raya Eidul Fitri kepada semua pengunjung blog ini, tidak kiralah mengunjunginya sebagai teman dan sahabat atau untuk dijadikan modal untuk menyerang kembali atau kerana menjalankan tugas, selamat insyallah semuanya. Maaf saya pohon kiranya sebarang pandangan dan bahasa yang saya gunakan menyinggung atau menyakitkan hati sesiapa.
Salam ukhuwah dan silaturahim dari saya sekeluarga, terima kasih atas sokongan anda semua.
Semoga Islam terus dijulang.
Ikhlas dari kami sekeluarga:
Roslan Shahir bin Datuk Mohd Shahir
Wan Suria
Fatimah Zahrah
Mohd Hussien Shahir
Mohd Ibrahim Shahir
* terima kasih juga kepada sahabat-sahabat yang telah sudi menurunkan ucapan salam masing-masing di sini selain yang mengirim sms.

2 comments:
semoga Ramadhan yg akan berlalu membawa kita ke tingkat nafsu muthmainnah dan seterusnya..
"Wahai jiwa-jiwa yang tenang..kembalilah kepada TuhanMu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya.. maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu dan masuklah ke dalam syurgaKu"..
(Al Fajr 27-30)
Salam lebaran kepada Saudara Roslan dan pembaca roslansms.blogspot.
Marilah kita bersama-sama berdoa agar diketemukan lagi dengan Ramadhan tahun hadapan, insyaallah.
Post a Comment