Rakyat menunggu-nunggu berita
Saya dimaklumkan bahawa senarai para tebusan warga Malaysia yang ditahan oleh pengganas Somalia tempoh hari dan diterbitkan oleh NST adalah tidak tepat. Walaubagaimanapun sehingga hari ini saya perhatikan NST tidak pula membuat sebarang pembetulan kerana yang pentingnya jika benar senarai itu tidak tepat apakah senarai yang tepat tidak dapat dikeluarkan?
Sementara itu saya menerima SMS dari seorang kawan yang isterinya merupakan pegawai kanan MISC, beliau tidak bersetuju dengan posting saya yang lepas apabila saya mengucapkan tahniah kepada NST mengenai laporan mereka berkenaan insiden penawanan dua buah kapal tangki Malaysia itu. Katanya laporan NST itu sebenarnya mengancam keselamatan nyawa rakyat Malaysia yang terbabit dan ia menganggu perundingan yang sedang berlaku. Kata beliau lagi senarai NST itu tidak tepat dan bukannya dikeluarkan oleh MISC.
Saya mohon maaf kiranya kawan saya ini tidak bersetuju. Tetapi saya yakin seperti mana juga saya, rakyat Malaysia rata-rata dahagakan maklumat dan perkembangan berhubung nasib anak-anak bangsa kita itu. Takkanlah mengeluarkan senarai nama mereka yang ditawan itu terlalu besar dosanya sehingga mengancam nyawa mereka dan menganggu proses rundingan.
Terus-terang saya perhatikan hanya NST yang mengambil berat untuk mengaut maklumat dan berita sekurang-kurangnya untuk memaklumkan kita semua terutama saudara-mara dan kawan-kawan para tebusan.
Dalam laporannya hari ini contohnya dimaklumkan yang Farahiyyah Azreen, seorang juruelketrik rendah (yang namanya terdapat dalam senarai NST itu) memang telah berada di atas MT Bunga Melati 5. Bila kapal tangki tersebut berada di Laut Merah dan sebelum ditawan pengganas, pegawai atasannya telah mengarahkan agar beliau turun dari kapal dan terbang pulang ke KL kerana bimbangkan ekselamatan beliau (satu-satunya wanita di atas kapal ketika itu).
Dan dalam akhbar-akhbar tempatan hari ini TPM yang juga Menteri Pertahanan memang ada memaklumkan yang tidak banyak maklumat boleh diberikan oleh pihak kerajaan kerana bimbangkan kesematan para tebusan dan tidak mahu menganggu proses perundingan.
Saya secara peribadi memang sentiasa mendoakan agar para tebusan ini akan segera bebas dan selamat pulang ke tanahair. Cuma yang saya gelisah adalah apabila semua pihak terlalu berahsia, mujurlah NST berusaha juga untuk berkongsi maklumat. Insiden ini menarik keprihatinan kita semua kerana tidak pernah dalam sejarah Malaysia Merdeka begitu ramai anak-anak bangsa kita (63 orang) ditawan oleh pihak pengganas luar seperti ini.
Saya merayu pihak MISC dan kerajaan agar memaklumkan kepada kita semua dari hari ke hari akan perkembangan proses rundingan, benar kita tidak mahu apa-apa yang buruk terjadi kepada mereka, tetapi biarlah ada maklumat yang munasabah dari hari ke hari.
Semalam contohnya NST melaporkan salah seorang tebusan Rizal Shah Abdul Jabar, 30 telah sempat menelefon keluarganya di Johor Bharu memaklumkan yang sekurang-kurangnya 10 orang lanun bersenjata bergilir-gilir menjaga mereka (para tebusan). Kata Rizal bekalan makanan semakin susut.
Percayalah jika tidak ada akhbar atau agensi berita di Malaysia yang melaporkan tentang perkembangan mereka, agensi luar yang lain pasti membuat laporan juga. Kalau kita google search umpamanya "somalia hostages+news" kita akan perolehi lebih 300,000 "results".
Marilah kita semua sempena bulan Ramadhan yang barakah ini menunaikan solat hajat sebaik-baiknya selepas tarawih memohon agar anak-anak bangsa kita ini (Melayu/Cina/India) semuanya selamat dan segera dibebaskan dalam keadaan selamat juga insyallah.
3 comments:
bagaimana dgn isu perkauman yg telah tercetus...mengapa paklah naif dan membuta tuli mengantung ahmad ismail...masihkah kita ingat isu menghina azn subuh dlm lagu,parlimen dan isu tudung di uia dan banyak lagi isu yg mengguris hati orang melayu oleh kiasu cina...isu budak dibaham anjing org cinaq dan gengterisme dan ahlong...
Apa beza lanon lanon di Somalia dengan di Malysia? Di Malaysia, mereka tak pakai pedang bersilang dengan tengkorak tapi depa pakai cop kati!
salam,
sdr roslan, bagaimana kalau presiden pas pergi melawat mana2 (jika tidak pun semua) keluarga mangsa culik itu?
atau sekurang2-nya keluarkan kenyataan mengenai isu itu. ayuh, keluarkan 'suara pas' lebih kerap. setidak2-nya orang melihat bahawa pas juga amat peka dengan persekitaran.
mungkin pas memang peka, tetapi tidak kurang penting adalah - dilihat peka.
ayuh....
Post a Comment