Friday, September 19, 2008

Pastikan PAS terus bergerak atas landasan Islam
(Artikel terbaru saya dalam ruangan “Menongkah Arus” di Harakhdaily)

Kerana sayangkan PAS, satu-satunya gerakan Islam dalam negara yang berjuang mengikut lunas demokrasi bagi memartabatkan Islam di tanah air ini, maka kita akan lakukan apa sahaja untuk memastikan yang PAS ini terus bergerak mengikut landasan Islam yang telah diwarisi sejak dari zaman junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.

Kerana kita gerakan Islam, berjuang atas nama Islam dan Islam itu milik Allah, maka segala detail dan sudut gerak laku dan tindak kerja kita perlulah sentiasa menepati dan selari dengan apa yang telah digariskan oleh Allah dan RasulNya. Panduan tertinggi kita sudah pasti hanyalah al-Quran dan Sunnah selain ijmak dan qias.

Itulah yang membezakan gerakan Islam dengan mana-mana gerakan, organisasi, badan atau parti lain. Dan kita memilih untuk terus berada dalam PAS kerana kita yakin akan janji Allah dan RasulNya, kita sama ada menempuh kejayaan dalam hidup kita atau kita syahid berjuang atau generasi yang mendatang yang bakal menjulang kemenangan itu, apa pun Islam tetap berjaya selagi degupan jantung perjuangan ini terus berdegup, nafas perjuangan ini terus berhembus, yang penting adalah redha Allah SWT.

Hari ini kita merupakan antara parti yang memiliki kekuatan keahlian yang terbesar, dengan cawangan di merata pelosok tanah air, dan pimpinan yang berbagai kelayakan, pengalaman dan latar belakang.

Ia merupakan peningkatan berlipat kali ganda berbanding dengan PAS sewaktu awal penubuhannya dahulu. Hari ini kita merupakan parti di luar BN (saya tidak mahu sebut pembangkang) yang memiliki kerusi Parlimen dan Dun yang terbanyak yakni 107 kerusi. Iaitu 23 parlimen dan 84 Dun (termasuk Dun Sanglang yang terbaru).

Lantas kita sedar bahawa ini merupakan anugerah Allah SWT kepada kita yang perlu dipikul dengan penuh amanah dan tanggungjawab. Apapun, asas dan prinsip kita tidak sekali-kali akan berubah, kita akan kekal mendaulatkan Islam sama ada dalam keadaan kita tinggal 1 kerusi parlimen dan beberapa kerat kerusi Dun atau kini dengan 107 kerusi.

Oleh itu apabila ada pemimpin yang mengeluarkan kenyataan memperingatkan kita darihal asas dan prinsip asal perjuangan kita, sepatutnya kita terima dan sama-sama akur. Biar kita beringat diwaktu senang jangan sebaliknya.

Semua kita bertanggungjawab memastikan kita tidak tergelincir apalagi berundur atas landasan yang telah ditetapkan, dan siapakah lagi yang terlebih berat tanggungjawabnya jika tidak pimpinan tertinggi.

PAS kita yakin akan terus teguh dan kukuh. Apa sahaja perbezaan pandangan di kalangan kita perlu kembali kepada panduan tertinggi kita. Perbezaan itu tidak wajar dibawa sehingga memecah-belahkan jemaah, kerana ini gerakan Islam, tiada siapa di antara kita yang mahu terlibat dan dipersalahkan dalam memecahkan kesatuan Islam yang telah sama-sama kita bentuk dengan darah dan air mata ini.

Sama-samalah kita bekerja untuk Islam, kita pertahankannya dan dalam waktu yang sama kita berkawan dan bertahaluf dengan sesiapa sahaja yang menghormati dan memahami dasar dan prinsip perjuangan kita itu.

4 comments:

Anonymous said...

Ni yg buat ana respek kat bro roslan sms ni. Fikrahnya mewakili semua pemimpin dan pendokong / pejuang PAS. Selamat berpuasa dan menyambut hari raya idil fitri kepada semua pejuang islam, terutamanya para pemuda pas seluruh negara yg gagah perkasa itu...

Anonymous said...

Buat kerja! Buat kerja! Buat kerja! Kalau pimpinan Pas tak berdemo, tak turun mengedar risalah dan tak turun membantah untuk suara rakyat........... Beginilah perkara-perkara buruk akan terjadi kepada jemaah ini.

Jangan tunggu 16 sept, ia dah lepas.

1.Tapi beratus ribu rakyat akan gunakan petrol menjelang raya nanti. Mari kita gasak kerajaan untuk tunkan harga minyak. PAS MESTI PERIHATIN NASIB RAKYAT!!!!

2.Mari kita bertempik dan menjrit melaknat kerajaan filipina di kedutaan pilipina. Saudara kita telah rami mereka bunuh.

Anonymous said...

ayuh! kita sokong perjuangan Islam. Kerna Islam untuk semua!

Anonymous said...

16-Sept "gone with the wind" ..semoga Perjuangan Islam bukan bermatlamat utk memegang pucuk pemimpinan yg atas tetapi bercita2 untuk memegang "quran" dan "sunnah Rasul" yg perlu dilaksanakan diNegara ini....deli