Tuesday, September 16, 2008

Kemenangan Badar yang ditunggu-tunggu

Esok 17 Ramadhan adalah hari Peperangan Badar, hari dimana Rasulullah saw mengetuai 313 orang sahabat untuk bertempur dengan lebih 1,000 orang musyrikin Mekah untuk mempertahankan aqidah Islam dan survival ummah. Badar berakhir dengan kemenangan buat Islam, Badar menyaksikan betapa saf Islam yang dipimpin Rasulullah dengan dinaungi pertolongan Allah swt telah mencapai kemenangan besar sehingga menundukkan musuh-musuh Allah, dan menyuburkan bumi Islam untuk berkembang luas.






Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang merakamkan di dalam kitabnya “Fiqh al Harakah dari Sirah Nabawiyyah”:

Peperangan Badar telah mempamirkan secara praktikal keteguhan iman para sahabat, satu tanzim yangs angat baik dan jihad yang penuh pengorbanan

Dan menurut Tuan Guru lagi antara pengajaran yang boleh dipetik dari peristiwan Peperangan Badar ini adalah bahawa:

Para Mujahid Islam berperang dengan penuh keimanan dan bersedia mengorbankan apa sahaja. Semua tugas dilaksanakan dengan hati yang ikhlas dan berlumba-lumba mengerjakan amal salih tanpa terasa dipaksa.

Alangkah bertuahnya kita dalam gerakan Islam hari ini kiranya semangat dan pengorbanan Badar itu bersarang dalam hati kita masing-masing. Dizaman yang penuh mehnah dan pancaroba ini sudah pastilah kemenangan Badar sangat kita tunggu-tunggu dan nanti-nantikan. Badar membuktikan ketaatan para sahabat kepada Rasulullah selaku pemimpin dan kecintaan serta keimanan menebal terhadap Allah swt.

Di dalam kitanya itu Tuan Guru merakamkan:

Seorang sahabat yang bernama Auf bin Harith bin al Ghafra berkata (kepada Rasulullah saw): “Apakah perkara yang menggembirakan Tuhan apabila dilakukan oleh hambanya?” Rasulullah saw bersabda: “Mengeluarkan tangan menghadapi musuh dengan terbuka”.

Apabila mendengar jawapan Rasulullah beliau terus membuang perisainya dan mengambil pedang memerangi musuh sehingga gugur syahid (Allahuakbar!)

Arahan Rasulullah saw supaya menyerang musuh dilaksanakan dengan penuh keimanan.

Dalam ketiadaan Rasulullah saw, maka kepimpinan digalas pula oleh para ulamak, yang sewajarnya memimpin dengan tidak lekang jiwa dan semanagat serta komitmen mereka terhadap perjuangan suci ini. Segala tutur, fikir dan geraknya mestilah berpandukan al Quran dan Sunnah, sebagaimana yang diwarisi dari Rasulullah saw. Kita yang pasca Badar ini perlukan panduan, dorongan dan suntikan semangat dari mereka kerana medan tempur kita hari ini semakin luas dan gawat, jika tidak kita berhati-hati kita pasti tewas dan tergelincir sebelum bertempur.

Juga esok 17 Ramadhan dikenali dalam kalendar Islam sebagai Hari Nuzul Quran, esok menurut lipatan sirah adalah hari dimana al Quran diturunkan kepada Baginda Rasulullah saw di Gua Hira’ untuk disampaikan kepada umat manusia, bukan untuk sekadar dibaca dan disimpan di rak atau peti kaca, tetapi ia untuk dilaksanakan dijadikan hukum tertinggi untuk menyusan kehidupan masyarakat dan Negara.

Betapa indahnya jalinan Nuzul Quran dan Badar ini bagi kita yang berjuang menegakkan kalimah Allah swt ini. Quran inilah hukum tertinggi kita, kerana Quran inilah kita tegak berjuang pada hari ini, dan Badar adalah contoh komitmen dan kesediaan kita untuk berjuang mempertahankan al Quran ini walau apa yang bakal berlaku ke atas diri kita.

Benarlah firman Allah swt:

Ingatlah ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu lalu diperkenankannya bagimu, sesungguhnya Aku akan mendatangkan bantuan kepadamu dengans eribu malaikat yang dating berturut-turut. Dan Allah tidak menjadikan melainkan sebagai khabar gembira dan agar hatimu menjadi tenteram kerananya, dan kemenangan itu hanyalah dari sisi Allah,s esungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Ayuh kita menuntut kemenangan sebenar sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah dan Rasul Nya itu.

4 comments:

2kali5 said...

Sikap orang kita
Semestinya peristiwa 16 september adalah sesuatu yang cukup hangat diperkatakan sekarang. Bahan berita ini sentiasa memenuhi media arus perdana atau media alternatif. Pelbagai komen dan pendapat dikemukakan. Ada yang pro dan tidak kurang yang bersikap kontra.

Dalam memperkatakan apa yang sedang dan bakal berlaku, orang kita akan terus membuat pelbagai andaian dan spekulasi. Saya rasa tidak perlu untuk saya menyendatkan lagi dunia spekulasi ini dengan pelbagai tekaan dan pandangan.

Apa yang ingin saya utarakan cukup mudah. Sikap kita bila berhadapan dengan spekulasi.

Mungkin bagi penyokong Pakatan Rakyat ini bukanlah satu spekulasi tetapi harapan baru untuk Malaysia. Bagi yang yang tidak begitu menyokong ini lebih kepada retorik politik. Malah ada juga yang mengambil sikap tak kisah dan tidak punya masa untuk ambil kisah.

Saya berpendapat orang melayu harus diberikan kredit lebih jika kita berbicara tentang perjuangan. Saya tidak bermaksud untuk menafikan atau menidakkan perjuangan kaum lain tetapi saya berpendapat semangat pada orang melayu lebih "kaww". Orang melayu memang terkenal dengan sikap sensitif dan semangat berjuang yang agak tinggi.

Sikap ini ada positif dan ada negatifnya. Ianya terpulang kepada kaedah dan wadah yang dipilih. Kita lihat dewasa ini perjuangan UMNO sudah seperti tersisih dari hati golongan muda. Perjuangan PKR mahupun PAS mendapat tempat di hati golongan ini.

Bila darah muda yang berjuang, pastinya semangat yang ada cukup membara tetapi kesabaran agak kurang. Segalanya ingin cepat dan panas. Tidak panas tidak kaww.

Bila sesuatu perjuangan itu terlalu panas dan kesabaran pula semakin berkurang, maka kita sudah kehilangan hikmah dalam perjuangan. Jarang dinilai sesuatu secara mendalam. Jika majoriti mengatakan ya maka kita mengatakan ya. Kita sudah kehilangan sikap rasional dalam menilai sesuatu. Menerima sesuatu tanpa meneliti kesahihan dan sentiasa menyalahkan orang lain tanpa cuba bersangka baik.

ADAKAH INI KAEDAH PERJUANGAN SEBENAR ? Bersama kita fikirkan...

2kali5.blogspot.com

Anonymous said...

salam.

masyaAllah. hampir mengalir air mata bile bace part sahabat yang buang perisai tu...

-apa lah agaknya sumbangan aku kpd Islam....


-ikankekek

Anonymous said...

utk mencapai tahap kemenangan spt perang badar kita memerlukan pemimpin dan pejuang yg berakidah serta sanggup berjihad jiwa dan raga serta harta benda namun diwaktu akhir zaman ini berapakah bil umat islam yg diibaratkan seperti "buih dilaut" banyak dan terumbang ambing mampu mencapai kejayaan..hanya sejarah keagungan islam shjlah yg mampu kita tulis dan baca ..pratikalnya dizaman skrg..bab akidah diantara umat islam pun tidak mampu diselesaikan inikan pula handak membetulkan akidah dan berdakwah kpd org kafir...sedih,,sedih

Unknown said...

Berapa ramaikan pejuang kita yang betul-betul ikhlas dan sanggup mengorbankan apa saja? hatta nyawa sekali pun! tepuk dada tanya iman.