Thursday, September 04, 2008

Kembalikan pengajaran matematik dan sains dalam bahasa asalnya

Isu ini sudah terlalu lama dibahas dan diperkatakan. Seminar, forum dan kongres telah membincangkannya namun tiada tindakan diambil sehingga kini.

NST hari ini melaporkan yang untuk kesekian kalinya Profesor Diraja Ungku Aziz menegaskan yang program mengajar matematik dan sains dalam bahasa Inggeris untuk mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris dikalangan anak-anak sekolah kita adalah suatu pendekatan yang silap.

Kelemahan penguasaan bahasa Inggeris menurut beliau hanya dapat ditangani kiranya pengajaran bahasa itu sendiri diperkasa dan dipertingkatkan. Pengajaran "grammar" dan "syntax" kepada pelajar di sekolah rendah, menengah dan malah pelajar IPT tahun satu perlu dipelopori bukannya dengan memaksa pengajaran bahsa ini pada subjek matematik dan sains seperti apa yang berlaku sekarang.

Saya kira setelah banyak pihak membuat kajian dan saranan, pihak kementerian perlulah segera bertindak. Penguasaan bahasa Inggeris adalah penting dan ini tidak dinafikan oleh sesiapa pun, cumanya kaedah yang digunakan sekarang dikira tidak efektif dan hanya akan mengakibatkan penguasaan pelajar-pelajar tadi atas subjek matematik dan sains terjejas akibatnya.

Jika kita telah memperkenalkan sesuatu yang kemudiannya didapati tidak berkesan, apa salahnya kita akui dan perbetulkan keadaan. Nasib dan masadepan anak-anak kita lebih penting dan utama dari kita mementingkan ego dan keras kepala kita.

19 comments:

Anonymous said...

Mentaliti hamba Inggeris, konon 51 tahun tahun merdeka tak berupaya nak gubal sistem pendidikan sendiri. Jepon, Korea, Taiwan, Germany maju kerana mereka utamakan Bahasa Inggeris dan pembelajaran mereka 100% dalam bahasa inggeris, tak gitu?

Anonymous said...

Bro Roslan,

Semua ni adalah eksperimen semata-mata. Sekiranya berjaya, untung la pelajar tersebut. Tetapi jika gagal? Pelajar tersebut la jd mangsa!

Ini lah nasib pendidikan peringkat awal di negara kita ini. Tidak habis2 dengan bahan eksperimen nye terhadap pelajar2. Dulu di perkenalkan KBSR/KBSM. Siapa jd mangsa? Wa jugak salah sorang mangsa nye!

Pak menteri pendidikan sendiri pun 'tak rela' hantar anak ke sekolah rendah/menengah tempatan! Kononnye international school lebih berkualiti...apa maksud semua ni? Pak menteri kata sekolah kebangsaan sangat bagus utk rakyat malaysia tp anak sendiri dia tak rela pergi belajar di situ!

Kenapa la kita ade pak menteri yg ego n bangang camni!!

Lawan tetap Lawan!

TAKBIR!!

..manshahirfriends..

Anonymous said...

PANTUN CARI GANTI
Karya Dr. Muhd Asri Zanul Abidin

Kota sarat disimpan tempayan
Zahir berlian disunyi hari
Harta rakyat dijadikan taruhan
Akhir kebencian menjadi api

Gula dan santan diuli roti
Kelapa diparut dimakan sama
Bila kebencian menjadi api
Apa dihasut ditelan semua

Anak singa di Pulau Teberau
Anak tebuan seekor lari
Jika negara sudah kacau
Eloklah tuan mengundur diri

Pergilah mandi di Titi Tinggi
Jalan tersepak tali pencuci
Carilah ganti berbudi tinggi
Bukan perompak ganti pencuri

..msf..

p/s waaaa, tak paham2 lagi ke...wake up please!!!

Anonymous said...

Disebabkan pertukaran bahasalah ramai pelajar kita ketinggalan, tetapi masih lagi mahu mengekalkannya disebabkan mereka mengatakan ini baik untuk peningkatan bahasa inggeris tetapi adakah mereka terfikir nasib pelajar kita.

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

Anonymous said...

Bro Roslan, can you explain if MP Zulkifli Nordin follows the true Islam teaching ?

http://harismibrahim.wordpress.com/2008/09/03/how-did-this-rubbish-get-past-quality-control/

Anonymous said...

Matematik uses simple English only. It is very basic and doesn't need fantastic grammer or vocabulary to teach and understand. To teach maths it is the basic foundation of understanding the formula to master it. The chinese school teaches the method of calculation, memorizing and plenty of exercise.
Science is a bit more complex than maths in term of language but again it also does not require a student to have good grammar or vocalbulary to answer.To go far in science in terms of career and not learn it for the sake of passing the test only, learning it in english is best because they can have access to so many science book. Presently, we are halfway through the program and everyone is upset just bacause it's difficult, it's not because it's not working, even the teachers have difficulty. Imagine teachers who have difficulty conversing in English too ?Teachers who are supposed to have graduated from the institute of higher learning, who we thought would have picked up the skill along the way as they completed secondary school. It takes time and with all the negative attitude, it's a no wonder it's not moving as fast as it should. Susah, susah sekarang, senang -senang kemudian. When the subjects were changed from English to BM, how did those who doesn't speak BM fared ? Now how did they fare ? Pretty well I bet. You know who will lose out in the long run, those who doesn't speak or use English. So what if they pass the Maths and Science in BM, later they will have difficulty. Why do you think all those MPs sent their kids to International schools here in Malaysia ?

Anonymous said...

Salam

Saya tidak nampak apakah implikasi mengajar subjek-subjek sains dan matematik di dalam bahasa Inggeris. Bagi saya bahasa inggeris itu universal dan ia dapat meningkat prestasi pelajar menguasai bahasa tersebut. Kita perlu reformasi minda mencapai maltlamat globalisasi.

kemungkinan kita belum nampak impak terhadap pelajar2 sekarang, mungkin ia akan direalisasikan di dalam jangka masa panjang.

Oleh itu para-para akedemi harus menyumbang ide-ide untuk memantapkan lagi penguasan bahasa inggeris di kalangan pelajar2 terutamanya di peringkat rendah.

The moral of the story is berapa perkataan di dalam post saya ni yang telah menyerap perkataan inggeris. So i dont see, what is the big deal.

Anonymous said...

Saya tak bersetuju dengan cik anon di atas."Learning science in English is best?" sbb sng nk rujuk buku di kemudian hari?
isk2...bape kali mau cakap?kalo masala buku rujukan dalam BI byk..ape fungsinya DBP,pensyarah2 graduated oversea yg kerajaan duk anta tu?bykkan terjemahan dalam BM.kenapa Jepun,Cina,Amerika,England& byk lg negara eropah tungkus lumus terjemahkan dalam bhsa deme?sbb deme tau belaja dalam bhasa sdri adalah paling mudah faham.Ini semua pakar pendidikan tau!!
Masalah bhsa inggeris utk penggunaan science dan tech sepattnya diatasi dgn matapelajaran English for science n tech...pak2 Menteri anta anak2 g international school sbb pak2 menteri warisan penjajah.Otak penjajah.Deme merasakan bhwa bahasa inggeris itu lebih moden n ader class berbanding dgn bhsa Malaysia.
Saya telah tidak bersetuju dr awal lg sbb perlaksanaannya yg tak sesuai dan hanya negara mundur spt Afrika yg menjadikan bhsa penghantaran ketika pengajaran.JAdi,malaysia ini mau tiru negara mundur atau mau tiru negara maju?
Takpa insyaallah bila PR memerintah Sc&Math akan diaja dlm BM semula....Cepatlah B*** N***** melingkup...

Anonymous said...

Salam Bro Roslan, Aku tak tahu si bodoh mana yang sokong penggunaan bahasa Inggeris dlm pengajaran math dan sains yang guna nama anonymous. Dia tak sedar ke yang dia duduk kat Malaysia. Bahasa ibunda ialah bahasa malaysia. Kalau kementerian tak boleh nak tegakkan bahasa ibunda dalam sistem pelajaran sekolah menteri tersebut pergi mampus lah. Bermakna menteri tersebut tak layak nak pikul tanggungjawab tersebut sebab tiada semangat cintakan negara dalam diri menteri tersebut.memang diakui bahasa inggeris itu penting, tapi itu tidak mengatasi kepentingan bahasa malaysia di negara kita ini. kalau kata susah sangat nak cari istilah2 dalam bahasa malaysia untuk buat pengajaran math dan sains suruh le pakar2 bahasa buat kerja diaorang. Kalau tak mampu tak layak le nak digelar pakar. Apala susah sangat. Dah duduk kat Malaysia menguasai bahasa malaysia adalah kemestian untuk rakyatnya. kalau tak nak pergile duduk kat negeri yang bahasa yang mereka nak tu. Tak siapa yang larang penggunaan bahasa selain dari bahasa malaysia yang penting penguasaan bahasa malaysia adalah wajib bagi rakyat malaysia. itu pun susah nak faham ke.
zam

kiff said...

Salam Bro Roslan,
Tun Mahathir ada memperkatakan isu ini dalam blognya. Tun juga telah mempertahankan tindakan itu dengan alasan yang nampak logik. matlamat adalah murni mungkin cuma pendekatan perlu diperbaiki.

Anonymous said...

Anak² melayu dah jauh tercicir sejak ia d laksanakan. Harap tukar sesegera yg boleh. Lebih elok lagi jika k'jaan skrg yg laksanakan krn kuranglah sikit kesalahan mrk jika dah duduk d bangku simpanan nanti.

Anonymous said...

Assalamualaikum yang berugama islam dan salam sejahtera serta perpaduan buat semua...

cantiknya malaysia adalah rakyatnya yang majmuk..
jika di pergunakan secara optimistik gabungan majmuk ini pasti membuahkan pembelajaran atau idea-idea yang bernas dan dapat melahirkan anak-anak yang gemilang...
Bahasa melambangkan bangsa...Bangsa Malaysia beridentitikan Bahasa Melayu..Syukur alhamdulillah rakyat malaysia dapat bersatu tentang identiti bahasa ini. Mungkin atas kebebasan cara pembelajaran yang diberi pada setiap etnik(kaum) dalam pendidikan mereka..iaitu SRJK yang wujud dinegara ini.. mengikut pemantauan , Memang ianya berbeza sedikit cara pembelajaran yang diberi diantara SRK,SRKA,SRJK.Semuanya mempunyai kelebihan masing-masing kalau dapat digabungkan antara ketiga-tiga ini kita akan dapat memberi pengertian ESQ dalam pendidikan anak-anak. Berbalik pada BAHASA INGERIS yang diperkatakan untuk subjek mat. dan BI. Pada awalnya hingga keperingkat IPT saya memang tidak bersetuju bahawa subjek yang perlukan pemikiran diajar dalam BI dan buku2 rujukan pun disyorkan adalah penulis barat.Hingga satu hari mat pakistan datang menjual cenderahati untuk menampung pelajaran datang menjual kepada saya. Awalnya saya tersinggung kerana beliau berbahasa Inggeris, saya tegur dia dengan susah payah diapun mencuba untuk berbahasa malaysia dimana akhirnya ditanya pada beliau kepada saya kenapa tidak suka berbahasa inggeris saya jawab sebab orang2 berbahasa ini pernah menjajah kami.. Jawabnya lagi Bahasa milik Allah kenapa kita membenci nikmat Allah. Saya tersentak dan hati naluri saya berkata Ya benar..BAhasa adalah salah satu nikmat Allah yang diturunkan dibumi ini. Kemusnahan terjadi bukan kerana bahasa namun mereka yang mempunyai hati nafsu yang rakus dan tak terkawal.Benarkah ketika Melaka dijajah kerana Bahasnya Atau kerana rakyatnya tidak memahami bahasa pendatang itu dan berhati rakus..
Berbalik pada penguasaan pelajar terhadap subjek itu kita patut mengunakan kedua-dua bahasa dalam pembelajaran sepertimana yang dilakukan oleh SRJKC atas sebab agar penguasaan dapat digunakan sepenuhnya dan kefahaman dapat dimiliki disamping penguasaan bahasa inggeris yang kita kena akur ketika ini kuasa ekonomi masih ditangan barat dan penggunaan adalah dalam bahasa inggeris. Melainkan umat kita bersatupadu untuk mengistiharkan dinar adalah mata wang utama kita. Maka cantiklah ketika itu bahasa penghantarnya pasti bahasa Al-Quran.

Anonymous said...

Tun Mahathir, berapa duit hang dapat dari projek mengajar sains dan matematik dalam bahasa inggeris? Hang yang mulakan, take it back, Tun. For our children's sake.. Teach English, Yes, for the language's sake. Tapi subjek , biar dalam Bahasa Melayu.

Ab Razak Hj Ahmad said...

Anak aku dua orang sekolah rendah Tahun 2 dan Tahun 3. Both dalam top class (bukan nak riak) Nak bagi tau pengalaman dan bukan cakap kosong. Aku boleh tahan la BI coz kerja dengan Corporate Sector.

Kesian kat anak yang masih kecil kena belajar Math dan Sains dalam BI. Nak kena paham soalan baru jawab. Siapa kata Math juma guna simple BI and more on calculation. Pernah tengok buku kerja budak tahun 1 tak...?

Sebagai contoh, soalan ujian Math Tahun 2:

Ali paid RM15.50 for a stationary book at the bookshop. He wanted to buy a story book which cost RM7.80 more than a cost for stationary. How much he pay to the cashier?

Bila aku translate dalam BM, she took about less than 10 seconds to answer that question. Tapi dalam BI dia akan ambil masa 5 hingga 10 minit. Nak kena paham soalan dulu, baru boleh jawab. Ia memang buang masa. Kakak aku kat kampung selalu call aku minta tolong homework anak dia.

As a result, both anak aku tak minat Math dan Sains walaupun average markah dia for both subject 80%. So siapa yang rugi...???

Aku tak nafikan BI penting, so mantapkan subject BI. Banyakkan masa belajar BI bukan korbankan Math dan Sains. Cikgu kat sekolah pun terkial-kial. Jangan terkejut bila ada cikgu ngajar 5 tolak 3 dia kata Five Push Three. Demi nak pahamkan student.

Adik bongsu aku yang sekolah menengah lagi best. Cikgu ngajar bawa laptop dengan LCD projector. On PC and play VCD/ DVD. Pastu dok diam. Tak berani tanya ada soalan??? Coz she/ he did not know how to explain in BI.

Kesian kat pelajar Tahun 6 (UPSR) tahun ini umpama tikus makmal. Gomen akan decide upon issuance of UPSR result. NUTP pun tak setuju... apa tunggu lagi....???

nbn said...

macam nilah aku ada satu cadangan;

1.semua buku teks sekolah rendah di buat dengan meletakkan kedua2 bahasa, Bahasa Melayu di sebelah atas, dan Bahasa Inggeris di bawahnye pula. Contoh:(jangan marah, saya tak berapa pandai nak translate sangat ni)

Rosmah mempunyai 4 biji limau dan dia memberikan 2 biji kepada Najib. Berapakah yang tinggal pada tangan Rosmah sekarang.

(Rosmah has 4 lemon and she gives 2lemon to Najib. How may lemon left with Rosmah now?)

Ok, guru-guru dikehendaki mengajar dalam bahasa Inggeris, TETAPI jika murid2 tidak faham juga kena terangkan dalam bahasa kita. Jadi anak2 kita telah belajar 2 bahasa sekarang ini.

Macamana? Ok ke Cadangan aku ni? Sebabnya, inilah caranye aku belajar masa di sekolah rendah sehingga di sekolah menengah. Tetapi masa di iTM semua bahasa penghantar di ajar dalam bahasa Inggeris. Aku memang lemah betul dalam bahasa Inggeris hinggakan terpaksa menjawab beberapa soalan di dalam bahsa Melayu(punyalah lemahnye ketika itu)

Tetapi setelah tamat dan bekerja(dengan international/Multinational company aku rasa aku dah boleh bercakap dan menulis macam mat salleh la(perasan..). Mana taknye terpaksa berdepan dengan collegue berbangsa German dan AUS. Bahasa apa dan tulisan apa yg aku dapat guna masa tu? tentulah Bahasa Inggeris, aku terpaksa bermula dari susah payah untuk menguasainya ketika bekerja(tetapi basic knowledge yg aku terima sejak dari bangku sekolah hingga ke itm banyak membantu walaupun pemahaman ilmu itu di dalam bahasa Melayu)

Sekian. Ini pendapat peribadi aku sahaja...

Unknown said...

arzrayn,

Jangan jadi keliru dengan istillah pinjaman dan bahasa pengantar.

Bahasa moden/dinamik akan terus menyerap pelbagai istillah baru. Persoalannya adakah wajar anak-anak seusia 6,7 tahun disiksa untuk memahami subjek Maths/Sains di dalam bahasa asing.

Tanyalah pakar pendidikan dunia mana pun, bahasa ibunda adalah terbaik dalam menuntut ilmu khususnya bagi kanak-kanak.

Tak tahulah kalau BN mengikut contoh Filipina, Zimbabwe, Kenya, Sri Lanka.

Anonymous said...

Kutucyber

Saya pasti bahasa inggeris yg dipakai untuk murid2 usia 6-7 tahun bukanlah sama seperti tahap bahasa inggeris dewasa.

Saya cadangkan anda masuk satu kelas darjah satu...tengok mcm mana bahasa ingeris cikgu tu pakai untuk mengajar sain & maths.

It is very basic, sama dengan tahap pelajaran Bahasa Ingeris sendiri.

Anak buah saya yg berusia 3 tahun dah tahu nak cakap english..kenapa? Pasal mak bapak dia yg ajar dia tutur dalam english. So lagi awal kita ajar lagi bagus...kan.

Anonymous said...

Arzrayn

you compare anak you dgn sapa?

kita di malaysia nie ada kaya miskin, ada berbagai bangsa..jangan pikir pasal kita boleh sume org bulih...
kene pikir janganka masa pangjang malaysia camana lepas ni..
kalau dah budak2 yg kampung (contohnye je la) tak paham BI, pastu malas nak belajar, pastu malas pi skolah, pastu tercicir dr sekolah. apa jadi dgn negara.

kalau pelajaran dlm BM pn takde masalah la..

I studied in Japan, nak pahamkan bende2 technical lagi susah. tp sebab basic in math n science yg saya belajar dlm bahasa ibunda ni senang lekat kat kepala. pasal tu belajar dlm bahasa jepun pn still can related the the good basic.. walla...

tp kalau basic pn hampes. pasal belajar kene hapal english tak paham dlm kelas..cikgu pn terkial2 nak mengajar.. ape gune nye..

u need to think about other as well not just think about your 10yards ppl around you.

bukak minda tu sikit..
kalau ramai org tak pegi skolah sume nanti, banyak lagi implikasi2 buruk akan berlaku.

pastu paham2 la sapa nak pegang negara nanti. kalau dah cabaran utk menjadi pemimpin negara pn senang ( pasal competition takde, ramai yg maybe ade otak tp disebabkan system inggeris ni die drop out)...
mampus malaysia di pimpin oleh org yg tak berotak, tp setakat teror ENGLISH...

mampus negara aku nanti...

Ab Razak Hj Ahmad said...

To arzrayn

Kau kena paham masalah ini dari peringkat akar umbi.

Memang anak buah kau pandai cakap sebab mak bapak dia ajar. Berapa ramai anak-anak kat Malaysia tak kira bandar atau kampung yang bertuah macam anak buah kau tu..... Tolong la bagi statistic. Adakah anak buah kau punya parents tu menggambarkan keseluruhan rakyat Malaysia kita....???