Monday, September 08, 2008

Gantikan tebusan di Somalia dengan MP PAS

Saya mahu ucapkan tahnaih kepada NST kerana memberikan senarai penuh 63 orang rakyat Malaysia yang menjadi tebusan lanun pengganas Somalia, iaitu anak-anak kapal MT bunga Melati 5 dan MT Bunga Melati 2 milik MISC sejaka beberapa hari kebelakangan.

Menurut laporan akhbar tersebut kesemua tebusan itu termasuk beberapa warga Filipina kini ditahan di perkampungan Eyl di Somalia.

Dari senarai tersebut terdapat seorang wanita iaitu Farahiyah Azreen. Dan dari jumlah 63 warga Malaysia itu 57 berbangsa Melayu, 3 India, 1 Cina dan 2 dari Sarawak. Sehingga kini kita masih kabur tentang nasib yang menimpa mereka. Menurut NST juga salah seorang tebusan telah menghubungi kaum keluarganya melalui telefon bimbit memaklumkan yang bekalan makanan mereka semakin susut.

Menurut NST lagi sebanyak tiga buah kapal milik TLDM yang sarat dengan PASKAL atau komando Pasukan Khas Laut TLDM kini sudah berada diperairan Somalia. Tugas mereka adalah untuk menerima tebusan-tebusan kedua-dua kapal MISC itu jika mereka dibebeaskan dan mengiringi kapal-kapal berkenaan pulang ke tanahair.

Sehingga ke saat ini kita belum dapat apa-apa perkembangan terbaru kecuali pihak-pihak tertentu sedang berunding dengan gerombolan lanun pengganas berkenaan.

Dalam pada itu saya tadi telah menyuarakan pandangan kepada salah seorang pimpinan kanan parti yang juga seorang ahli parlimen. Kata saya PAS perlu menghulurkan bantuan bagi cuba menyelesaikan krisis ini dengan harapan menyegerakan pulangnya anak-anak bangsa kita. PAS mungkin boleh menggunakan saluran gerakan Islam antarabangsa bagi emninjau kira-kiranya pihak pengganas ini boleh berlembut dengan pendekatan demikian.

Ataupun demi menyelamatkan semua tebusan ahli-ahli parlimen PAS sepatutnya menawarkan diri menggantikan kesemua 63 orang tebusan warga Malaysia itu. Biar yang ditahan adalah pemimpin-pemimpin PAS asalkan jangan diapa-apakan para tebusan ini, bukankah kita telah dilatih untuk mengorbankan diri dan kepentingan demi agama dan negara.

Saya harap idea itu dapat dipertimbangkan oleh PAS kerana saya melihat kita tidak menggunakan tekanan secukupnya, dan seolah kelihatan kita menyerahkan segala-galanya kepada takdir. Saya hargai apa yangs edang dilakukan oleh pihak-pihak berkenaan bagi membebaskan anak-anak bangsa kita itu, tetapi masalahnya kita tidak didedahkan tentang apa yang sebenarnya sedang berlaku.

Oleh itu jika benar-benar sukar dan gawat, maka cubalah pendekatan ini, mungkin boleh dipertimbangkan yang pentingnya keselamatan warga kita terjamin dan begitu juga maruah negara yang kita kasihi ini.

Senarai nama tebusan MT Bunga Melati 2

http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Monday/Frontpage/2343675/Article/index_html

Senarai nama tebusan MT Bunga Melati 5

http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Monday/Frontpage/2343670/Article/index_html

17 comments:

Anonymous said...

err bro roslan,
Jika semua MP Pas digalang gantikan, seiapa pula yg menegakkan undang2 dan berbahas untuk kepentingan bangsa dan agama di sini?

Anonymous said...

Saya terkenang masa Japanese Red Army dekat AIA buiding dulu. Macamana King Ghaz dan melalui saloran sahabat beliau Menteri Luar Libya ketika itu; akhirnya selamat diuruskan.

Elok juga cadangan sdr agar pihak kerajaan menggunakan semua saluran yg ada termasuk parti atau kumpulan yg mungkin ada jaringan. Ini bukan masalah scoring political points tp menyelamatkan nyawa rakyat kita dan pekerja MISC.

Tidak kurang penting ialah negotiators yg memahami cross-cultural differences and similarities di samping how the Somalians see things.

Anonymous said...

Unknown warship nabs 14 Somali pirates
Sun, 07 Sep 2008 13:34:56 GMT


Somali pirates
A warship seizes 14 Somali pirates and destroys their boat off the the pirate-ridden Somali waters in the Gulf of Aden, an official says.

"About 14 pirates came across a warship that we think could be American and all the pirates on board were captured and their boat destroyed," the Fisheries Minister for Northern Puntland Region, Abdulqadir Muse Yusuf said on Sunday. He added, "We are still investigating the identity of the warship."

On Tuesday, two French nationals were seized in their yacht in the perilous Somali waters. The French navy has said it is ready to try to free them although their safety came first.

Attacks at sea have boomed as lawlessness increased in Somalia, where there has not been a working government since warlords overthrew dictator Mohamed Siad Barre in 1991.

MP/RA

Anonymous said...

semua skali nak ganti gdn pemimpin PAS?saya rasa byk lagi usaha lain perlu kita buat sebelum menukar macam tu je. menukar tebusan tak menyelesaikan masalah. Cuma setakat ni saya tak nampak lagi PAS menggerakkan solat2 hajat untuk kita memohon pada Allah agar diselamatkan saudara2 kita dan beri kekuatan pada mereka sehingga krisis ini selesai..berkat Ramdhan ni perlu kita manfaatkan, mudah-mudahan diperkenankan Allah..

Anonymous said...

Pak Lah wat x kisah jerk..
MP yg lain sibuk g LAWATAN BELAJAR.. X tau la apa yg akan depa pelajari..

nbn said...

Betul juga saranan PAS tu. Kita guna jaringan saluran Islamiah International yg ada. Kalau kita gempur mereka sekarang, akan ada dendam dikalangan mereka. Tidak mustahil akan di target kemudian kapal2 dari Malaya yg benderanya saling tak tumpah macam bendera US dari jauh. Mungkin orang2 Somali tak tahu kita pernah membantu mereka dulu... Tapi kalau jenis lanun yg tak berjenis(tak tahu agama apa mereka ni?), tak ada cara lain selain....

Tang tukar tahanan tu, rasanya lebih marabahaya....mcm-mcm boleh jadi..mereka mungkin ingat perangkap, akhirnya habis semua terkorban.

Anonymous said...

Jangan lupa masukkan sekali setiausaha akhbar MP Marang

Anonymous said...

daripada bagi mt pas baik suruh perdana menteri Malaysia yang ganti dan menteri kesayangan pak lah tu.
bagi rakyat tgk terutama umno betapa pengecutnya umno.

Unknown said...

puak kerajaan umno/bn tak mahu bantu selesaikan pencolekan kapal MISC yang di colek itu?
tak mungkin!....
sebab mereka dah buat lawatan ke Taiwan untuk belajar teknologi pertanian, mana ada masa nak selamatkan tebusan yang terdiri rakyat Malaysia tu!!!
langsung tak peka kerajaan tentang pencolekan tebusan tersebut.

apalah boleh diharap dengan kerajaan umno/bn.....?

Anonymous said...

assalamualaikum,
pendapat saudara, kalau diganti dengan kesemua ahli MP PAS pun nak buat apa?
fahami apa yang lanun tu nak? orang ke? wang ke? suaka politik ke?
kalau saudara yang jadi galang ganti macammana? saudara pun boleh ber negotiate dengan diaorang sebab saudara pandai berkata2

roslan sms said...

Sdr meowsoleh: MP Marang tidak ada SU Akhbar tetapi Presiden PAS ada.

Bagi para komentar yang lain:

Tujuan saya mencadangkan MP PAS ini bagi membuktikan ketegasan matlamat perjuangan PAS, sedia berkorban demi agama, bangsa dan negara.

Semasa Iraq mahu diserang AS dulu almarhum Presiden PAS pernah mencadangkan agar dikumpul sukarelawan PAS untuk menjadi perisai kebangkitan dajjal AS itu.

Bertukar tebusan sebegini bukanlah suatu amalan baru malah sering dimalakan dalam situasi seumpama ini sebagai sebahagian dari proses perundingan.

Semua orang yang menganggotai PAS tahu bahawa PAS bukan sebagai parti semata-mata tetapi hakikatnya adalah sebuah Gerakan Islam. Lantas ahlinya bersedia untuk berkorban dalam apa situasi sekalipun.

Anggaplah krisis tebusan di Somalia inis ebagai sesuatu yang paling serius dihadapi negara kini. Kita tidak mahu nyawa dan keselamatan rakyat kita terancam kerana itu kita bersedia menggantikan mereka dengan pimpinan kita yang punya status kedudkan yang tinggi dalam masyarakat.

Saya yakin tidaks eorang pun MP PAS akan menolak jika dikeluar arahan sekaligus membuktikan PAS meletakkan kepentingan negara mengatasi yang lain.

Anonymous said...

sdr,
saya amat setuju dan amat berkenan dengan cadangan ini.saya juga ingin menyuarakan bahawa PAS agak kurang berkesan sejak dulu lagi dalam meperjuangkan isu-isu global termasuk kes rampasan ini. saya menyarakan supaya PAS sentiasa membuat lawatan dan kunjugan kepada negara-negar luar tak kira islamic atau non islamic countries.PAS memang hebat dalam isu tempatan,tak salah kalau PAS juga cemerlang dalam isu sebgeini.bukankah islam itu rahamtan lil alamain.
sekian.

Anonymous said...

Untuk pengetahuan semua, senarai nama tebusan yg dikeluarkan NST tu adalah tidak benar. Kasihan melihat ahli keluarga tebusan yang terperanjat melihat nama ahli keluarga mereka tiada dalam senarai itu. Sebenarnya pihak MISC belum lagi mengeluarkan senarai rasmi anak kapal atas sebab-sebab keselamatan. Harap Saudara Roslan boleh membuang link ke senarai nama tebusan di NST tersebut

Anonymous said...

Untuk pengetahuan semua, senarai nama tebusan yg dikeluarkan NST tu adalah tidak benar.
---------------------

yes....betul. Sumber NST tidak sahih...

Anonymous said...

Satu cadangan yang tak masuk akal, baik sangat ke? Naper tak minta maaf berkepol kepol dengan pengganas pengganas itu?

Anonymous said...

nak tukar dengan MP PAS.. tak da siapa nak pergi. semua tengah berkira-kira nak jadi menteri apa sekejap lagi. Nak gi cium tangan pak sheikh anwar. MP PAS dah tak pandang TGHH sekarang. terimalah hakikat

Anonymous said...

saya tak tau setakat mana kebenaran senarai nama nie tapi one of them is my ex-classmate..my friend from misc informed me my friend yang di culik tu is in melati 5 tapi his name dlm melati 2..anyway ahamdulillah..melati 5 dah dibebaskan..hopefully melati 2 pun sama..dan sebagai org yang xterlibat langsung dlm proses menyelamat nie..sebaiknya kita banyakkan berdoa kepada Allah...biarkanlah mereka menjalankan tugas...janganlah kita berbalah..bangsa lain semakin bersatu tetapi org kita semakin jauh antara satu sama lain...