Monday, September 22, 2008

Darah dan airmata perjuangan Bangsamoro di bulan Ramadhan

Sedang kita bersenang-senang menjalankan ibadah puasa Ramadhan kita berbuka dan bangkit bersahur dalam keadaan tenang dan selesa rupa-rupanya saudara-saudara seaqidah kita di Wilayah Mindanao, Selatan Filipina sedang bermandi darah.

Menurut laporan terbaru dari sana mimbar masjid-masjid di sekitar Lanao del Norte dan Lanano del Sur di wilayah berkenaan telah mengisytiharkan jihad dengan menyeru seluruh Bangsamoro agar bangkit bersatu mempertahankan Islam dari serangan musuh-musuhnya. Walaupun Front Pembebasan Islam Moro atau MILF memang telah sekian lama menjalankan jihad mengangkat senjata berdepan dengan tentera Filipina namun seruan jihad terbaru ini dikeluarkan terhadap orang-orang awam Bangsamoro keseluruhannya.

Seruan jihad ini dikatakan ada kaitan dengan serang hendap secara biadap yang dilakukan oleh tentera Filipina terhadap kedudukan pasukan MILF di Calanugas, Lanao del Sur ketika mereka sedang berhimpun berbuka puasa baru-baru ini.






Seharusnya perkembangan di wilayah Islam di bumi Filipina ini membangkitkan keprihatinan kita sebagai saudara-sauadara se Islam. Tentera Filipina dilihat begitu bersungguh-sungguh mahu melenyapkan MILF sedangkan ebelum ini mereka kononnya berjanji akan mengurangkan aktiviti ketenteraan kerana menghormati bulan Ramadhan. Pintu perundingan juga ditutup apabila kerajaan Filipina dikatakan kononnya telah berhadapan dengan jalan buntu apabila menganggap MILF mengacukan senjata terhadap kepala mereka semasa berunding.

Baru-baru ini Ketua Dewan Pemuda PAS Salahuddin Ayub telah mengeluarkan kenyataan atas nama Dewan Pemuda PAS mengutuk tindakan tentera Filipina itu

http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=16432&mode=thread&order=0&thold=0

Dewan Pemuda PAS menuntut agar Filipina digantung keahliannya di dalam ASEAN kerana telah terang-terangan mencabul hak asasi Bangsamoro dan menecetuskan ketidakstabilan dirantau sebelah sini..

Bagi saya secara peribadi seluruh umat Islam di Malaysia sewajarnya menyatakan bantahan secara besar-besaran terhadap kerajaan Arroyo dengan harapan Filipina akan segera menghentikan tindakan ganas mereka terhadap MILF dan Bangsamoro dan memaksa mereka kembali ke meja perundingan. Darah dan airmata sedang bertaburan disempadan kita, sedangkan kita asyik berseronok berdendang dengan lauk pauk dan suasana yang mewah.

Ya Allah berilah pertolongan dan selamatkan saudara-saudara kami di sana.

2 comments:

Anonymous said...

salam,

Tuan dapat update tentang mindanao dari mana?
ada website?

Anonymous said...

Saya nak minta penjelasan sebab saya keliru... Apabila Amerika memberi amaran kepada Malaysia kerana menggunakan akta zalim ISA baru-baru ini, pemuda PAS bangkit menempelak Amerika.. Amerika tiada hak mencampuri urusan Malaysia. Biarlah rakyat Malaysia yang tentukan.

Tapi kini, bila isu Moro, bukankan kita telah mencampuri urusan Kerajaan Filifina... Kenapa tak Biarkan rakyat Filifina yang tentukan urusan negara mereka.

Adakah kita boleh mencampuri urusan negara luar, tetapi apabila negara luar mencampuri urusan kita, kita melenting. Nampak macam perjuangn PAS ni tak Konsisten, ada double standard