Wednesday, September 17, 2008

Berjuang menuju keredhaan Allah swt

Ketika kita sarat cuba untuk menjiwai semangat Badar dan akur tunduk pada tuntutan al Quran sempena Nuzul Quran hari ini, saya terbaca artikel tulisan YB Zul Nordin, ahli parlimen Kulim Bandar Bharu di


http://zul4kulim.blogspot.com/

Saya tidak berniat untuk mencampuri urusan beliau dan partinya, kerana tulisan YB Zul itu berkisar sekitar “perbicaraan” beliau dengan JK Disiplin partinya, tetapi apa yang mahu saya kongsi di sini adalah sikap dan pendirian beliau khususnya berhubung dengan Islam. Disaat sesetengah pihak sedang berbahas ada atau tidak Negara Islam, rupanya sahabat kita sedang bergelut secara peribadi mempertahankan Islam yang merupakan aqidah dan matlamat perjuangannya.


Namun saya nyatakan dengan tegas bahawa saya tidak akan meminta maaf atas tindakan saya mengetuai Himpunan Aman membantah tindakan Bar Council mengadakan forum anti-Islam tersebut. Malahan saya nyatakan bahawa kalau Bar Council bercadang untuk mengulangi keangkuhan sikap anti-Islam mereka ini, sudah pasti mereka akan dapati saya akan akan berada disana untuk mempertahan dan membela Islam. I'll be their worst nightmare if they continue with their arrogance and anti-Islam attitude.

Saya nyatakan bahawa nothing can stand between me and Islam. Saya mungkin bukan Muslim yang terbaik, namun saya bersedia melakukan yang terbaik untuk Islam.

Dipagi subuh yang hening ini hati saya sayu dan kagum melihatkan masih ada insan yang bersedia terjun membela dan mempertahankan Islam hatta dalam keadaan apa sekalipun. Dan YB Zul dengan terus-terang menjelaskan sikapnya apabila menyebut:

Misi utama saya sebagai Ahli Parlimen adalah untuk berusaha untuk memartabatkan dan menobatkan Islam, syariat dan institusinya melalui constitutional reform, sebagaimana yang dicadang dan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam beberapa keputusan sebelum daripada ini.

Saya mengulangi pendirian dan prinsip saya bahawa 'for me, Islam come first, the rest are second'.


Mungkin ada yang menganggap sikap seumpama ini keras, tidak berhikmah, terpulanglah, tetapi bagi saya inilah contoh sikap seorang Muslim sejati yang tidak akan bertolak-ansur dalam bab yang membabitkan prinsip dan aqidah perjuangan. Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, Presiden PAS di dalam membentangkan ucapan dasarnya sempena Muktamar Tahunan PAS ke 51 tahun 2005 lalu menyebut:

Matlamat kemuncak perjuangan ini ialah Kerdehaan Allah swt……..

Saya yakin YB Zul telah menyatakan dengan jelas pendirian beliau, kita bagaimana?

11 comments:

Anonymous said...

kata dia 'Saya mungkin bukan Muslim yang terbaik, namun saya bersedia melakukan yang terbaik untuk Islam.' adakah dia sgt pasti itu yg terbaik buat Islam?

maaf, sekadar nak bertanya saja.
by the way saya berita ini tak tau kesahihannya: 'The
artist who drew the pictures of the Prophet Mohammed (S.A.W) has died in
a fire. He was burned alive. Denmark government is hiding the news from
the public and everyone has to know.'

azhar said...

Assalamualaikum
Memang tindakan YB Zul betul namun dalam situasi sekarang adakah ianya sesuai?
Itu hendaklah difikirkan secara ilmiah sunnah Rasullullah..tatkala perjanjian hudaibiyyah..banyak sekali rasanya para sahabat tidak bersetuju antaranya saidina Ali ketika mahu memadam nama Muhammad Rasullullah dalam Perjanjian Hudaibiyyah maka ketika itu nabi sendiri memadamnya...sehinggakan suatu ketika para sahabat buat tak tahu sehinggakan Nabi S.A.W terasa hati namun beliau bersabar..jadi kta perlu rujuk Sirah dalam tindakan kita seharian..

Anonymous said...

salam... bro roslan... kalau dlm PR ada golongan2 yg hendak memandai-mandai dalam menidak kan Islam sebagai teras negara... elok PAS tarik diri... dlm hal ni saya lebih bersama presiden Pas tghhadi awang.

nampaknya ada virus yg sedang membiak dalam pas seperti yg tertera dlm blog antihusam?... betul ke bro?

2kali5 said...

Tahniah atas ketegasan anda...
2 kali 5 ingin merakamkan ucapan tahniah atas ketegasan YB Zulkifli Nordin kerana menjadi MP yang mempunyai pegangan dan stand yang jelas tentang perjuangan.

Inilah pemimpin yang diharapkan. Bersiakp rasional dalam membuat keputusan

2kali5.blogspot.com

ANAK BAPAK said...

saya kira apabila bar council buat forum "conversin to islam" seoalah2 kita termakan prolaganda umno pulak..( ini pandangan peribadi saya ) sebab yang saya maklum bahawa forum itu jugak disertai oleh beberapa orang panel dari jabatan agama wilayah dan berauthoriti..yang saya dengar ialah gempak gempita nak buat demo mulanya dari pemuda umno..tapi saya rasa musykil apakah bar council sekadar nak berdialog dgn org yg ada autoriti tentang islam tentang hak2 islam dan bukan islam mengikut peruntukan 121 (a) peerlembagaan persekutuan..

sahabat saya seorang peguam mengatakan bahwa program itu tiada salahnya tapi yg bersalah adalag kita yg terjah tanpa memeriksa apakah modul sebenar program itu..sahabat saya yg kuat "PAS"nya itu mengatakan pemuda pas adalah terperangkap dengan mainan UMNO kerana katanya itulah titik tolak permulaan UMNo nak cetuskan ketegangan antara kaum..

saya bersetuju dengan apa yang telah ditulis oleh peguam hanipa maidin dalam hal ini..sepatutnya ulamak2 khususnya ulamak pas ambik bahagian dalam forum ini untuk jelaskan tentang keadilan islam dan konsep kebebasan mengamalkan amalan agama dibawaha undang2 islam..

pada pendirian saya pula tindakan zulkifli noordin betul pada prinsipnya, tapi agar terkeluar dari akhlaknya..termasuklah pemuda PAS..perlu kita ketahui bahawa dalam majlis itu bukan sekadar orang2 yg pro sekular je ada..tapi yg nak pertahankan islam pun banyak kerana mereka ada wakil di dalam sana..ya..saya yakin kita dah terperangkap dengan propaganda UMNO..dia demo kita pon demo tanpa ususl periksa..dalam hal tertentu kita nak pertahankan islam bukan sekadar duduk diluar berdemo semata2 tunjuk perasaan kerana saluran masih ada..(lainlah kalau saluran nak nyatakan pendirian dah tak ade) salurannya islah kita sendiri yang patut masuk kedalam majlis itu dengan nyatakan tentang kebenaran dan keadilan juga bersihkan tentang salah faham tentnag islam dengan ilmu dan hujah..dewan ulamak pas boleh buat benda ini...

kita walau nak tunjukkan kita pertahan islam sekalipun...biarlah ada tabiyyah dan akhlak...nasib baik zulkifli noordin MP PKR..kalau dia MP PAS..dah tentu PAS terpalit dengan fitnah perkauman yg akan dimainkan oleh suratkhabar UMNO..salehudin ayob pun nak kuar apa2 kenyataan biarlah kaji dulu jangan melulu walaupun profesional...

Anonymous said...

Dalam keadaan beliau Zul sanggup pertahankan kepercayaannya, syabas bro. Sepatutnya semua umat Islam gitu tak kira dimana kita berada termasuk dlm Umno sekalipun. Harap2 semua dpt ambil iktibar terutama orang2 pas.

JAWA MERU

Anonymous said...

Aku kagum masih ada org yang berani seperti Sdr Zul ini demi Islam. Aku yakin kalau ikut cara beliau hadapi risiko dipecat dari partinya, tapi kerana Islam beliau sanggup. Kalau Malaysia ada ramai yang berpendirian begitu selamat Islam di bumi ini dunia akhirat.

Selamat berpuasa, ikhlas dari saya:

Subandi, Tuaran, Sabah.

Anonymous said...

Tiada masa depan untuk Islam dalam PKR itulah saja yang dapat ku baca dari posting ini.....angkat kaki sajalah Zul, ramai di luar yang menunggu-nunggu sdr.

Unknown said...

Syabas YB.

Islam tidak boleh dikompromikan walau dengan apa jua sekali pun. Andalah pejuang dan andalah hulubanlang di kala orang lain diam!

Bacul ke, penting diri ke, jual prinsip ke? fikir dan carilah jawapan sendiri.

Kalau anda dihukum kerana tindakan mempertahankan agama, anda adalah salah seorang yang diberikan ganjaran jihad. Alhamdulillah!

Anonymous said...

merujuk kepada posting anak bapak..inilah masalah org islam, suka sangat lembik tengkuk....

-----------
tahniah yb zul, seeloknyer YB join PAS sajalah..itu yg lebih sesuai, bukannya PKR...

kemasukan yb dalam pas boleh menggantikan sekelompok pemimpin dalam pas yang nak main politik sampai takut nak naytakan perjuangan islamnya...

Anonymous said...

Assalamualaikum;
I salute your stand brader Zul. Tapi jgn dengar sgt. org puji saudara, ingat pujian boleh mendatangkan riak dan boleh menjadi racun dalam perjuangan saudara. Nampaknya the kafirun & munafiqun are going to test us through this Bar...

My suggestion is... for us to find ideas how to bring them to get know the real Islam & then to embrace Islam. We may confront them now but then it will affect country stability. Mudah2an Allah memberi mereka & kita semua taufik & hidayah seterusnya menjadikan kita bersatu dalam Islam yang cemerlang, gemilang, terbilang (bukan berbelang-belang)

Wassalam