Saturday, September 13, 2008

Berikan mereka hak membela diri

Melihat situasi yang berligar kebelakangan ini saya telah menjangkakan yang tindakan drastik akan diambil oleh pihak kerajaan untuk menunjukkan yang mereka sebenarnya berkuasa. Bibit-bibit ketegangan hasil dari keghairahan beberapa individu termasuk dari pihak kerajaan dan pembangkang dilihat oleh sesetengah pihak telah mencucuh api permusuhan dan syak wasangka. Bermula dari isu perkauman - ketuanan Melayu, isu kaum pendatang, tulisan jawi, ditambah dengan isu keagamaan yang serba sensitif, sedar tak sedar kita sebenarnya menegjutkan seeokor gergasi yang sedang tidur (awaken a sleeping giant).

Saya tidak pernah bersetuju dengan penggunaan ISA kerana ia memberi lesen penahanan tanpa bicara, suatu kaedah yang zalim dan tidak berperikemanusiaan. Seseorang disabitkan kesalahan tanpa diberikan hak membela diri. Segala-galanya atas alasan mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Walaubagaimanpun saya juga tidak gemar untuk melihat isu perkauman dan agama diapi-apikan diantara kita kerana pengalaman 50 tahun Merdeka telah mengajar kita sebenarnya ia tidak akan membawa kita kemana-mana, akhirnya yang akan terbantutu adalah keharmonian rakyat dan pembangunan negara.

Yang penting kita perlu faham-memahami dan hormat-menghormati berdasarkan status quo yang telah ada disepakati dan dibina oleh semua kita rakyat Malaysia sejak Merdeka lagi.
Apa pun simpati saya terus kepada mereka yang ditahan secara zalim itu. Mudah-mudahan kaum keluarga mereka diberikan kesabaran dan ketenangan menghadapi saat sulit ini. Saya merayu kepada pihak berkuasa agar segera mendakwa mereka yang ditahan di mahkamah yang terbuka demi memberikan hak dan keadilan kepada semua.

Salam simpati kepada Raja Petra, Tan Hoon Cheng (Sin Chew) dan YB Teresa.

Say No to ISA!

14 comments:

Anonymous said...

Benar saudara Roslan.Tahap kesabaran Pak Lah sudah habis.Sekarang masa dia bertindak.Walaupun saya juga tak setuju dengan Isa,tapi mereka juga perlu dipersalahkan kecuali reporter tu.Dia hanya melaporkan.

Anonymous said...

Saya keliru tentang apakah tindakan sepatutnya untuk RPK. Bolehkah saudara Roslan memberi pandangan dengan mengambil contoh peristiwa peristiwa dizaman rasulullah dan empat khalifah selepasnya. Apakah bentuk tindakan Nabi dan para sahabah terhadap golongan penyesat Islam yang memutar belit hadith dan ayat Quran mengikut pandangan otak mereka seperti RPK dan mempersendakan cara hidup nabi dan keluarganya (perempuan menutup aurat)? Saya tidak rasa ada undang-undang sivil (yang berasal dari British) dapat menghalang RPK dari terus melakukan kemungkaran tersebut. Saya juga percaya undang-undang Syariah sekarang tidak akan dapat menghalang kejahatan RPK.

Bagi Teresa Kok - jelas beliau menghina kedaulatan umat Melayu/Islam untuk menggunakan tulisan jawi. Beliau menukar tulisan jawi dengan huruf China dan Tamil tanpa membuat perbincangan dengan penduduk Melayu dahulu. Inikah diktator yang secara terangnya mempelekehkan hak Melayu/Islam yang ingin dijadikan teman seperjuangan oleh PAS? Walaupun begitu, saya rasa beliau perlulah dibicarakan di Mahkamah.

Berkenaan dengan seorang lagi, saya tidak bersetuju beliau dikenakan Isa. Beliau perlu dibicarakan secara adil untuk mebuktikan samada betul atau tidak beliau telah memutar belit perkataan Ketua UMNO Bukit Tinggi tersebut.

ANAK BAPAK said...

jelas UMNO/BN dalam keadaaan terdesak...tarikh 16/9 membuatkan kita dapat melihat langkah2 sumbang UMNO/BN tindakan politiknya...

saya yakin kini UMNO?BN mengadaptasi operasi lalang yang mereka pernah buat dahulu...!!!

Anonymous said...

Journalist Sin Chew tu DAH dlpskn. RPK ditahan bkn atas perbincangn ttg tudung tu but... Teresa Kok hmm... dia xplain ttg azan tu tp ttg papan tanda... Wallahua'lm... Wsslm...

Anonymous said...

Salam..
Pdpt saya RPK adalah muslim yg kurang memahami apa yg sbnrnya terdpt didlm ajaran Islam. Salah siapa jd begitu? Tanyalah pemerintah yg telah menjadikan agama islam sbg agama rasmi, apakah yg mereka buat selama ini sehingga wujudnya org spt RPK. Sbnrnya byk lg 'RPK' diluar sana. Cuma bezanya mereka tak dikenali spt RPK yg dah di ISA kan tu. Saya sgt kasihan kpd org2 spt RPK.

2kali5 said...

Secara peribadi saya cukup bersetuju dengan pandangan saudara Roslan.

Kita perlu bersifat saling memahami tanpa mengutamakan kepentingan diri semata-mata

2kali5.blogspot.com

Anonymous said...

Salam Saudara,

Dulu marah sangat anda dengan RPK.
rujuk sini

http://n32.blogspot.com/2008/07/anda-redha-pimpinan-tertinggi-dihina.html

Sekarang anda bela RPK?

FLIP-FLOP BETUL

roslan sms said...

FLIP FLOP BETUL

Memang saya rasa saya konsisten dalam menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap tulisan RPK dan gaya beliau mengendalikan Malaysia Today.

Lebih-lebih lagi apabila isu berkenaan dengan Islam dihina dan dipermainkan.

Walaubagaimanapun saya kekal bertahan mengutuk penahanan siapa sahaja di bawah ISA kerana akta tersebut zalim, termasuklah ke atas RPK.

Flip flopkah saya jika begitu?

Anonymous said...

Jurang antara kebenaran dan sentimen pembaca (termasuk penulis blog ini) sungguh mengejutkan.

Apakah tuan-tuan dan puan-puan buta mata, hati dan akal di bulan Ramadan yang mulia ini?

Anonymous said...

Kebanyakan rakyat Malaysia seolah-olah mati akal dan hilang rasional apabila sesetengah isu dibangkitkan. Kewarasan dan keupayaan berfikir terputus dan apa yang diutarakan hanya umpama cakap orang bodoh.

Bermula dengan celoteh Ahmad Ismail dan yang ditahan itu wartawan suratkhabar, pelik lagi ajaib. Julung kalinya seseorang pemberita ditahan di bawah ISA dan lebih-lebih lagi atas tuduhan melaporkan apa yang sememangnya telah berlaku. Ahmad Ismail tidak pernah menafikan apa yang telah beliau katakan semasa hangat berkempen di Permatang Pauh dan UMNO telah mengenakan tindakan tatatertib. Ahmad Ismail menerima hukuman parti tetapi masih berkeras tidak menarik balik apa-apa pernyataannya sebelum ini. Yang anehnya, wartawan Sin Chew Jit Poh yang ditahan kerana menurut rasional seorang menteri yang bertanggungjawab atas keselamatan dalam negeri berpendapat, si polan berkenaan telah mendapat hukuman yang setimpal.

Sejak bila gantung keahlian UMNO sudah memadai untuk kesalahan undang-undang hasutan? Bertambah pelik dan ajaibnya menteri berkenaan mendakwa wartawan tersebut ditahan untuk menjamin keselamatannya TETAPI CIK TAN DIBEBASKAN SELEPAS KURANG DARIPDA 24 JAM.

Menteri berkenaan juga mengatakan bahawa YB Teresa ditahan kerana mempersoal isu azan yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia dan diiyakan oleh bekas Menteri Besar Selangor Khir Toyo. Sudah diketahui umum cara tindakan ISA itu tidak sepadan dengan semangat keislaman, tetapi masih ada ramai yang menyokong. Yang pelik lagi ajaibnya, ramai yang memberitahu bahawa apa yang dilaporkan oleh wartawan Zaini Hassan itu tidak berasas sama sekali dan penafian juga telah dibuat oleh wakil dari Masjid Kinrara. Fitnah ini tak dapat perhatian pak menteri yang langsung nampak tak pernah cuba membuat siasatan atau mencari kebenaran sebelum bertindak melulu.

Saya berasa kesal kerana Roslan tidak mengambil kesempatan untuk memahami apa yang sebenarnya berlaku dan menjadi penulis blog yang bertanggungjawab untuk menjernihkan keadaan, tetapi setakat menyatakan rasa simpati kosong dengan penjelasan kabur yang memesongkan fakta.

Penahanan RPK di bawah ISA atas tuduhan bahawa beliau mempersoalkan hukum hakam Islam turut tak masuk akal sebab itu hanya ALASAN semata-mata. Roslan tahu, seperti ramai yang lain, RPK ditahan kerana Malaysia Today terlalu banyak mendedahkan perangai pak-pak menteri dan bukan menteri yang mengaibkan. Samada apa yang dipaparkan di MT itu sahih atau palsu, terdapat banyak tindakan undang-undang yang boleh digunakan.

Tahanan di bawah ISA itu umpama penculikan dan peluang membela diri telah dinafikan. Islamkah tindakan tersebut? Jangan hanya kerana saudara dan saudari tak senang dengan seseorang kerana fahaman atau warna kulitnya tak sama maka dihalalkan sesuatu yang keji.


http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/9/13/nation/20080913134756&sec=nation

http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Saturday/NewsBreak/20080913181917/Article/index_html

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0914&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_04.htm

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0914&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm

http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Sunday/National/2349285/Article/index_html

http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Saturday/National/2348660/Article/index_html

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/BeritaUtama/20080913234646/Article

Anonymous said...

Kepada saudara yang meluap tak tentu pasal tentang jawi di papan tanda jalan raya, sila baca apa yang dibangkitkan.

Saya akui, YB Teresa memang bodoh kalau nak ungkit isu penyelewengan DBKL yang naik papan tanda baru dengan menimbulkan isu bahasa jawi. Akan tetapi, logik juga nak tanya pasal sejak bila bahasa jawi jadi bahasa kebangsaan? Moleklah DBKL menggantkan papan tanda jalan yang rosak ke, kena langgar ke. Tak ade SOP (standard operating procedure) untuk papan tanda jalan ke? Kenapa tetiba masuk pulak tulisan jawi? Kat dalam airport adalah tulisan jepun, tapi tak nampak pula papan tanda jalan kat klia tu ikut sama?

YB Teresa Kok tak kerja kat DBKL dan beliau tak tukar papan tanda jalan. Beliau dengan kengkawannya yang tak tentu fasal hantar contoh papan tanda jalan yang sarat dengan bahasa cina dan tamil kepada DBKL. Saya rase template baru itu pun bodoh.

Kekalkan sahaja bahasa kebangsaan di atas papan tanda jalan dan juga papan tanda awam yang lain, kan molek? Habis cerita.

Semua tetikus politik ini nampak sangat takde kerja.

Anonymous said...

salam,

tak ramai nampak yang memberi sokongan moral kepada rpk kali ini. mungkin ramai yang bersetuju rpk patut ditahan dibawah ISA.

mungkin patut saudara roslan sekali-sekala bercerita tentang kisah fitnah besar yang pernah berlaku di dalam sejarah tamadun Islam.

wallhualam..

-anak penang

Anonymous said...

Saudara Roslan,
Saya juga berpendapat seperti saudara, komen RPK dalam blognya cukup melampau. Beliau jahil tentang Islam, komen ikut akal sendiri.

Tetapi itu bukan alasan untuk guna ISA. Kalau seleweng fakta tentang Islam kena ISA maka dah ramai la yang patut beratur masuk kem Kemunting.

Kalau RPK disyaki bersalah, dakwa beliau dan bicarakan di mahkamah terbuka. ISA itu zalim, bertentangan dengan ajaran Islam. Tak kan nak guna undang undang zalim untuk mempertahankan Islam????? Tak masuk akal langsung.

Ceri said...

Salam...

Saya juga simpati ke atas nasib yg menimpa mereka...

Sabarlahhhhh.....