Thursday, September 25, 2008

Badan dan baju PAS

Saya pagi ini berhasrat memijak sedikit ke bumi kontroversi. Bukan apa sekadar berbincang secara ilmiah dan lebih meneropong ke dalam dari menyinggung atau menyakiti hati mana-mana pihak tambah yang kita gelar kawan.

Azizi Abdullah adalah seorang penulis dan pengulas politik yang sangat saya hormati. dan kagumi. Kemahiran dan seni penulisan beliau yang dikurnia Allah swt sukar ditandingi dan memang beliau berbakat. Artikel terbarunya: “Badan saja PAS baju Keadilan” di http://aziziabdullah.blogspot.com/ memang pedas dan panas. Saya nasihatkan kita baca keseluruhannya terlebih dahulu sebelum mengambil sikap atau mengulas.

Kebelakangan ini semacam ada sindrom “tangkap muat”, mudah sahaja menjatuhkan hukum dan menembak tanpa mengkaji selidik secara objektif terlebih dahulu. Dalam bulan Ramadhan ini saya sendiri menjadi mangsa fitnah dituduh melahirkan blog anti pemimpin tertentu sedankan jari-jari ini tidak pernah sedikit pun terlibat, hanya Allah menjadi saksi.

Saya percaya Azizi menulis kerana sayangkan gerakan Islam yang bernama PAS ini. Ramai rakan-rakan lain juga begitu umpamanya Adinda Nasrudin Tantawi di http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/ Adinda Yusainie Yahya di http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/ Adinda Nik Abduh di http://nikabduh.wordpress.com/ . Lantas kalau kita juga begitu maka bacalah tulisan mereka dengan kasih sayang juga.

Memang pedas dan panas apabila Azizi mengkritik cara pergaulan kita dengan rakan dari PKR, hakikatnya beliau bukan mengkritik PKR tetapi mahu mengkritik ahli-ahli PAS agar tahu adab dan ruang pergaulan, yang penting jangan sehingga tercicir prinsip. Kerana PAS kuat dan PKR punya potensilah maka diadakan pakatan politik. Jika PAS tidak kuat sudah pasti ia liabiliti kepada PKR begitu juga sebaliknya. Bagi memastikan PAS terus kuat maka disitulah pentingnya PAS terus kekal berpegang pada prinsipnya.

Jika tidak maka lunturlah perjuangannya dan akhirnya PAS hilang hormat dan tidak lagi mampu dan kuat bertahan sebagaimana ia mampu menghadapi taufan dan badai selama lebih 50 tahun usianya.

Saya tertarik melihat antara yang terawal memberi respon terhadap artikel Azizi ini adalah Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub. Sebagaimana dilaporkan dalam Malaysiakini Salahuddin berkata:

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Salahuddin menyifatkan pandangan Azizi itu "tidak menggambarkan hakikat sebenar" yang berlaku.Menyentuh kerjasama dalam pilihanraya kecil tersebut, Salahuddin berkata, beliau mengarahkan ahli-ahli Pemuda PAS membantu PKR dalam muktamar dewan itu atas semangat setiakawan Pakatan Rakyat.

Menurutnya, oleh kerana pilihanraya kecil itu ditandingi Anwar, sudah tentu baju, poster dan kemeja T PKR dibekalkan dan dipakai oleh ahli-ahli PAS."(Perbuatan itu) bukan penghakisan (pengaruh PAS) atau asimilasi, (dakwaan) itu tidak benar. Kita tetap dengan entiti dan identiti PAS," katanya.Beliau berkata, dakwaan sekarang tidak lagi kedengaran laungan takbir sebaliknya diganti dengan "reformasi" juga tidak tepat."Dalam program PKR, program Anwar, sudah tentu laungan reformasi itu lebih (kuat) kedengaran," katanya, yang juga ahli parlimen Kubang Kerian.Mengulas pengaruh PAS terhadap golongan muda saat ini, Salahuddin berkata, sokongannya sentiasa meningkat dari masa ke semasa."Daripada lebih kurang 1,000 ahli baru setiap bulan, 60 peratus orang muda," katanya.


Ketara Salahuddin menyanggah fikiran Azizi tetapi begitulah sifat orang-orang PAS. Kita memang mempertahankan kawan selagi kawan tidak menikam kita dari belakang. Memang saya masih ingat pesanan Almarhum Ustaz Fadzil semasa kempen pilihan raya terdahulu, bahawa kita membantu calon-calon PKR ditempat mereka bertanding seolah-olah yang bertanding itu calon PAS.

Saya boleh bersetuju dengan Salahuddin tetapi dalam waktu yang sama tidak pula memperkecilkan analisa dan pandangan Azizi, sewajarnya kita muhasabah dan perbaiki mana yang perlu. Cuma sebagaimana saya sebut di atas berkenaan sifat orang-orang PAS, berlainan pula tanggapan rakan kita.

Dalam Malaysiakini juga dilaporkan ulasan seorang pemimpin muda PKR Hasrul Muhaimin berkenaan tulisan Azizi:

Hasrul berkata, dalam pemerhatiannya, penyokong pembangkang lebih selesa dengan imej, dasar dan pendekatan PKR kerana PAS lebih menekankan soal agama sehingga menimbulkan rasa kurang selesa anak muda yang pelbagai latar belakang.

PAS ini banyak golongan ahli agama, dua tiga kali dia pergi kena nasihat, lepas itu dia seganlah nak pergi. Yang tidak pakai tudung, sudah tentu tidak pergi (mendekati PAS)," katanya.Bagaimanapun, persoalan "curi ahli" tidak timbul kerana, menurutnya, ia cuma "membuang masa" dan bagi penyokong pembangkang, kedua-dua parti itu "sama sahaja". "Mereka anggap PAS dan PKR sama saja. Mereka tidak peduli PAS atau PKR atau DAP, asalkan pembangkang, dia sokong. "Mungkin juga kita sedang menuju sistem dua parti yang hanya ada kerajaan dan pembangkang," katanya.


Ternyata lain ladang lain belalang, kepala sama hitam, hati lain-lain. Begitulah realitinya. Saya ingin mengakhiri tulisan ini dengan memetik artikel Azizi buat renungan kita semua:

Maka kerana itu, kita berpendapat teguran dan peringatan Presiden Pas di Kompleks Pas Kedah pada 17 Ramadan bukan saja sesuai tetapi sangat perlu dilihat oleh semua peringkat. Kita percaya Presiden sangat kuat mempercayai dan menyintai dasar Pas dan bimbang ahli-ahli Pas lupa tentang dasar sendiri.

10 comments:

Anonymous said...

sdr

bagi saya bukan kontravesi tapi sekadar perbezaan pendapat.PAS sekarang seang mengalami kondisi politik yang sebenar,PAS sekarang memimpin dan melaksana polisi,dulu PAS dalam keadaan teoritikal dan falsafah.maka sudah pasti PAS akan terdedah dengan perbezaan, pro dan cons dan macam-macam lagi.yang saya takut pAS seperti UMNO setiap kali ada cadangan dari ahli dianggap mengkritik ,tak sayang parti, golongan reformis dan lain-lain.mentaliti ahli PAS mesti berubah bukar berligar dalam markaz atau pusat-pusat tarbiyah tapi bagaimana nak menjual prodok pas di parlimen ,seminar antarabangsa dan global.saya rasa agak lama tak dengar JK/EXCO PAS buat lawatan keluar negara ,bertukar pandangan,timba pengalaman DSB.ini amat penting kerana mereka di barisan hadapan parti dan pemimpin utama bukan ketua cawangan.pengalaman lebih penting dari ilmu.
sekian.

Anonymous said...

salam...stuju dgn pdgn sdr mngenai tulisan sdr azizi...pmpinan jgn cpat mlatah dgn tguran ahli2 bawah..kdg2 kte cbe mnafikan realiti yg brlaku d hdpn kte..ahli2 PAS kna pgang kuat pringatan yg d sbutkan oleh TG Presiden..kpd sdr roslan truskan dgn pnulisan anda...biar apa org nk kata yg pnting kte nk ISLAM di daulatkan

Anonymous said...

assalamualaikum
komen haji Azizi tidak membantu apa-apa kepada kekuatan pAS.kita banyak habiskan masa dengan perkara macam ini.sedangkan kerja sebenar adalah mengisi sedikit kemenangan yang dianugerah allah.inilah masa untuk membukti,memberi teladan DSB.Saya amat takut apabila rakyat(muslim dan non muslim ) akan mengatakan bahawa Islam tidak boleh atau berupaya menjadi dasar negara akibat dari kelemahan kita.dulu kita banyak bercakap itu tak betul,itu tak syar'i,tak kena DSB sekarang rakyat nak tengok mana dia yang betul.ini sepatutnya menjadi fokus PAS. Tak cukup lagikah dengan contoh-contoh sebelum ini bagaimana umat islam telah gagal menjagi teladan.kenapa sesama PKR(majoriti melayu/muslim ) perlu dicemburui.bagi saya bukan sahaja PKR malah DAP itulah yang perlu didahului diberi contoh kebaikan Islam.sebenarnya kita kalah/gagal dan lemah bukan kerana pihak lain kuat/hebat sebaliknya kita yang longlai.
sekian.

aburazzi said...

membaca tulisan azizi hj abdullah,semacam ada kebenarannya.dan realitinya terbukti dengan apa yang itulis oleh beliau.sebut sahaja dimana anwar ceramah berduyung - duyung ahli dan penyokong pas pergi,tapi kalau ceramah pas kat dun sendiri pun tak nampakpun.malah apabila 16 september digembar gemburkan oleh anwar,maka ramai orang pas yang telalu confident.betullah reformasi menjadi sebutan dan tidak lagi Allahu akbar sebagaimana selalu

Anonymous said...

PKR = AKP di Turki
DSAI = Erdogan
Ideologi simple, tetapi itulah yang diperlukan masyarakat majmuk Malaysia
Tidak perlu berjubah atau berserban untuk memperjuangkan Islam
Islam itu sendiri adalah keadilan. jika PAS tidak mengambil langkah pro aktif menarik anak2 muda ke dalam parti itu dengan pendekatan yang lebih kontemporari, saya khuatir PAS akan jadi UMNO satu masa lagi kerana tidak diminati oleh orang muda

Anonymous said...

Kan Pas itu yang jelas dengan Islam, kenapa nak takut kalau Islam tak boleh diterima dengan pakai baju parti sendiri? Kan Allah yang jaga agama dia.

Pakailah baju Pas kalau orang Pas. Pasti orang akan nampak parti Islam. Kalau pakai baju PKR, sah orang tak nampak conection dengan Islam. Kan TGNA kata parti-parti depa tu adik beradik dengan sosialis.

Sejak bila pulak tentera darat boleh dibenarkan pakai baju tentera laut? Marahlah komander disiplin depa.

Kalau komen azizi, depa kata buang masa, bagi depa tak buang masa adalah kut tuuu jer.

Inipun tarbiyah tau, si sasterawan azizi tahulah bab nilai ketinggian imej parti.

Maaf, saya pemuda dibawah salahuddin ayub. Saya nampak segala statement KP ini sebenarnya menjelaskan lagi kebenaran kenyataan azizi abdullahdengan sebab asababnya.

aburazzi said...

kenyataan oleh ketua pemuda pas seolah - olah menidakan berlakunya perkara yang sedemikian.kp memandang dari atas dan tidak banyak apa yang diketahui.cuba turun kebawah, realitinya memang berlaku.

Anonymous said...

pada saya tulisan sdr azizi bagus untuk kita muhasabah diri walaupun saya tidak setuju "100%"(sy bukan umno) tapi saya rasa sdr roslan juga hipokrit bila berkata "sewajarnya kita muhasabah dan perbaiki mana yang perlu" cuba tengok komen komen pengunjung2 yg mengkritik sdr roslan dan cuba tengok response sdr roslan.

Anonymous said...

Saya sungguh minta mengikuti isu ini dan komen2 yang diberikan sehinggalah anonymous menyebut:

sdr roslan juga hipokrit bila berkata "sewajarnya kita muhasabah dan perbaiki mana yang perlu" cuba tengok komen komen pengunjung2 yg mengkritik sdr roslan dan cuba tengok response sdr roslan.

Apa hal pulak ko ni borther. Nilah yang dimaksudkan sindrom ape ker jadahnya yang disebut dalam artikel ni.

Orang dah sedia gelanggang untuk bertukar2 fikiran cara ilmiah bagilah pandangan yang ko hukum sdr roslan hipokrit plak apa hal?

PAS perlu bersihkan diri dari parasit yang bermasalah seperti anonymous ini........tahniah sdr roslan

JAWA MERU

Anonymous said...

Pandangan Pak Azizi memang tepat, dan beliau pun bukan calang-calang orang.

Apa masalahnya? Betul bilang betul bah, jangan cari alasan.

Cuba lihat pandangan Exco AMK Kedah tu. Inilah masalahnya orang PKR, curi kesempatan tikam kawan, mcm mana nak jadi baik.

Saya setuju dgn Roslan SMS ini bukan hal hubungan dgn PKR ini masalah dalaman PAS. Bikin allignment balik bah.......jangan nanti kecundang

TAKBIR!!!

-Subandi Tuaran-

(Selamat Hari Raya bro)