Friday, September 19, 2008

Apa nasib saudara kita di Somalia dan Mindanao?

Hari ini sudah 19 Ramadhan, ada dikalangan kita sudah berkira-kira menyediakan peraiapan Hari Raya (ada yang sudah siap pun), balik kampung dan seumpamanya. Memang Hari Raya adalah hari perayaan khasnya bagi umat Islam yang telah melalui ibadat Ramadhannya dengan berjaya.

Namun saya pasti dalam menanti-nanti saat gembira itu kita juga risau dan bimbang memerhatikan dua perkembangan yang sedang berlaku yang melibatkan kita secara langsung. Pertama adalah nasib 64 orang warga Malaysia, krew dua buah kapal tangki MISC yang masih ditawan oleh pengganas Somalia. Keduanya adalah nasib para pejuang Islam Moro dari MILF yang sedang diburu dan dihujani peluru di bulan Ramadhan ini.

Semalam menurut laporan Bernama seorang tawanan kita telah menelefon keluarganya di tanahair menyatakan secara ringkas nasib mereka di Somalia. Katanya mereka hanya diberi makan sekali sehari dan merayu agar pihak kerajaan segera mengatasi kemelut yang mereka hadapi. Kita tidak mempertikaikan kemampuan dan usaha-usaha yangs edang dijalankan oleh semua pihak terutama MISC dalam berusaha membebaskan tebusan-tebusan ini, tetapi kita juga berharap apa sahaja tindakan yang mahu diambil samada membayar tebusan atau apa pun, ia perlu dilakukan segera.

Kita bersimpati dengan nasib kaum keluarga mereka masing-masing yang pastinya tertekan dan trauma dengan apa yang dihadapi lebih-lebih lagi oleh kesemua anak-anak bangsa kita di sana. Syawal semakin hamper, marilah kita berdoa di penghujung Ramadhan ini agar mereka semua akan dapat kembali ke tanahair dengan selamat dan merayakan Hari Raya bersama keluarga masing-masing.

Di Mindanao pula asakkan tentera Filipina terhadap para pejuang MILF semakin menjadi-jadi walaupun ketika umat Islam sedang menghadapi bulan Ramadhan ini. Sebuah agensi berita antarabangsa melaporkan sebentar tadi tentera Filipina yang dibantu oleh helicopter-helikopter penggempur telah berjaya menawan sebuah kem MILF berhampiran semapdan Lanao setelah menggasaknya hampir seminggu. Serangan udara dan meriam-meriam darat itu telah mengakibatkan 7 pejuang MILF syahid manakala berpuluh-puluh lagi cedera.

Menurut jurucakap tentera Filipina antara kemudahan yang terdapat di kem MILF yang ditawan itu adalah kuarters perumahan, kolam ikan dan sebuah masjid.

Marilah sambil kita bangkit bertahajud di bulan yang mulia ini kita tidak lupa mendoakan keselamatan dan perlindungan buat saudara-sauadara se Islam kita di sana. Semoga Allah mencampakkan kecekalan dihati mereka dan akhirnya kejayaan membela dan mempertahankan tanahair mereka demi mendaulatkan Islam yang tercinta.

2 comments:

Anonymous said...

Tuan, syaa minta dan merayu supaya dicadangkan kepada kepimpinan Pas untuk melalukan bantahan dan demonstrasi di kedutaan filipina secepat mungkin.

Ketika ramadhan mereka berpuasa dengan senjata ditangan, darah mengalir, kita hanya mampu begini

Anonymous said...

Salam Bro,
buat masa kini kerana tiada kerajaan khalifah Islam yang betul betul boleh bela mereka, cadangan saudara adalah terbaik......semoga di perkenankan oleh Allah SWT!
I quote ur last para...
Marilah sambil kita bangkit bertahajud di bulan yang mulia ini kita tidak lupa mendoakan keselamatan dan perlindungan buat saudara-sauadara se Islam kita di sana. Semoga Allah mencampakkan kecekalan dihati mereka dan akhirnya kejayaan membela dan mempertahankan tanahair mereka demi mendaulatkan Islam yang tercinta.