Wednesday, June 04, 2008

Tok Guru menang anugerah "Nobel" versi Asia

Mursyidul Am PAS yang juga MB Kelantan diumumkan sebagai pemenang Anugerah Keamanan Gusi yang dikeluarkan oleh Yayasan Keamanan Gusi, Filipina. Anugerah tersebut diberikan kepada Tok Guru Nik Abd Aziz atas usaha keamanannya dibidang politik, khidmat sosial dan dakwah.

Anugerah tersebut dijangka diserahkan kepada Tok Guru dalam satu majlis khas di Manila pada bulan November nanti.

Menurut Pengerusi Yayasan, Barry Gusi, Tok Guru adalah warga Malaysia yang kedua menerima anugerah ini dalam tempoh 10 tahun. Rakyat Malaysia pertama yang menerimanya adalah seorang hartawan juga dari Kelantan, Datuk Ismail Mohammad. Menurut Gusi lagi, pada tahun ini terdapat 1,490 orang calon yang telah dicalonkan dari seluruh pelusuk dunia. Maklumat berkenaan Yayasan ini boleh dilihat di:

http://gusipeaceprize.com

Saya begitu kagum dan malah menumpang berbangga di atas pengiktirafan yang diberikan kepada Tok Guru ini, beliau merupakan aset bukan hanya buat rakyat Kelantan dan Malaysia malah kini seluruh dunia. Sesungguhnya kepimpinan dan ketokohan Tok Guru diakui oleh kawan dan lawan, malah hakikatnya PAS sendiri kini terlontar jauh ke atas dipersada politik negara hasil dari kehebatan insan besar ini.

Tahniah Tok Guru dan doakanlah buat keselamatan dan kesejahteraan serta kejayaan kita semua.

3 comments:

mat_terab said...

Gusi ni ada lambang burung terbang dan lambang dacing....tapi jangan salah faham bukan dacing senget BN tu...dacing ni betul-betul dacing tak senget...walau bagaimanapun sekalung tahniah kepada Tuk Guru kita bukan senang nak dapat pengiftirafan ni....orang malaysia baru dua orang dapat....

Anonymous said...

Bro Roslan, komen ni xde kaitan ngan tajuk. Pi related ngan previous post kat blog ni. Pg td (Rabu: 04-Jun-08), dlm slot The Breakfast Show ntv7 ada kupas ckit isu psl poligami kt Malaysia terutamanya ada isu di terengganu baru2 ni. Yang sedihnye kedua-dua org ahli panel yg dijemput adalah India bukannya dr mereka di kalangan ustaz or pihak berkuasa. Macam2 si India ni duk komen termasuk lah tentang mahkamah syariah dan sebagainya. Senang je diorang ni nak kupas.

Biasanya rakaman ni akan upload kat website rasmi www.ntv7.com.my

Pada saya, memang terdapat perkara utk dibahaskan, tp kurang2nya panggil lah mereka yg berkaitan sbb ni poligami ni melibatkan agama Islam.

Anonymous said...

Semoga anugerah ini akan menjadi salah satu penguat semangat untuk Tok Guru memperjuangakan agama Islam dan umat Islam dan juga seluruh rakyat Malaysia.... Ku rasa sejuk hati bila terpandang wajah bersih, tenang dan suci Tok Guru. Alhamdullilah Allah memberi seorang ulama sebegini kepada kita.

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru