Tiru cara Islam Kelantan: Tok Guru
Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato’ Nik Abd Aziz Nik Mat dilaporkan berkata dalam akhbar tempatan hari ini:
“Kami mahukan negeri-negeri Pakatan mencontohi cara urustadbir kerajaan Kelantan dan konsep Bandaraya Islam kami. Islam memperjuangkan kebaikan untuk semua oleh itu kami tidak nampak apa salahanya yang lain mencontohi kami.”
Ternyata PAS telah berjaya bertahan di Kelantan selama lebih 18 tahun iaitu suatu rekod pencapaian paling lama untuk mana-mana parti pembangkang di Malaysia. Slogan yang digunakan oleh kerajaan pimpinan Tok Guru sejak tahun 1990 dahulu sehingga kini adalah “Membangun Bersama Islam”.
Pentadbiran kerajaan negeri di Kelantan menurut laoran akhbar yang sama adalah berdasarkan peraturan Islam disamping menekankan hubungan baik dengan masyarakat bukan Islam. Bolehkah model Kelantan ini diguna di luar Kelantan?
4 comments:
Salam untuk semua...
Terlalu sukar untuk menjawab perseolan yang saudara unggapkan pada akhir perenggan itu.
Kebenyakan kemenangan PAS di Kelantan adalah hasil daripda kesederan Islam. Negeri2 laian dibawah pakatan rakyat terlalu sukar untuk kita menterjemahkan sebagai Contoh adalah selangor.
Saya penuh yakin bahawa 30% kemenangan di selangor adalah kerana faktor kefahaman Islam dan 70% adalah kerana kemarahan kepada Bn/UMNO disebabkan faktor taraf hidup. Selangor adalah tempat orang mencari rezeki, jadi faktor kesempitan hidup banyak membantu kemenangan kepada Pakatan Rakyat di selangor.
Ia berbeza di kelantan, Kelantan adalah Gedung Ilmu. Kefahaman Islam disana lebih kuat daripada Orang selangor dan iklim politik mereka boleh berubah. Sebab itu rakyat sana tidak takut untuk menukar kerajaan. Tidak seperti selangor. Dapat tukar sekali macam dah nak kiamat dunia.. Kefahaman dan Fanatik Melayu lebih menebal disini...
Justeru itu untuk kerajaan Pakatan Rakyat Selangor membuat perubahan yang drastik tersangat dan amat payah sekali. Sebab itu sesikit sebanyak timbul masalah dalam menyambut 100 hari Pakatan Rakyat di Selangor. Hiburan memang tak boleh lari dari Orang2 lama yag dah biasa dengan Kerajaan dulu. Nak buat macama mana dah 50 tahun otak disemai dan dibajai dengan cara UMNO/BN.
Apa-apa pun saya tetap berdoa selangor akan mengotak langkah menuju kemenangan yang hakiki disuatu hari nanti...
Wassalam.
Nh Shah Alam.
SALAM JGN KAMU GUNA LOGIK AKAL YG DENGKIL.. MMG MODEL KERAJAAN KELANTAN MMG BOLEH DIPRAKTIKKAN DIMANA-MANA NEGERI.. KRN SEGALA PERANCANGAN TERTAKLUK KPD QADA' DAN QADAR ALLAH TAALA. ALLAH MENTADBIR LANGIT DAN BUMI SERTA DIANTARA KEDUANYA, ALLAH MENTADBIR HATI2 PENGUNDI DAN ALLAH JUGA MAHUKAN AGAMANYA DIPELIHARA.. DR HASSAN PERLU KUATKAN SEMANGAT DAN BERMUNAJAT KPD ALLAH TAALA JIKA INGIN MEMINPIN PARTI ALLAH DI BUMI SELANGOR INI..
sdr
saya fikir pendekatan perlu berbeza dalam mengurus negeri kerana sasaran adalah berbeza,buian semua perlu contohi kelantan.kelantan telah kehadapan dalam banyak hal terutama budaya ,kesedaran dll. manakala negeri lain masih baru.di sinilah perlu kebijaksanaa dan kematangan politik.Dahulu pun Muawiyah ketika di Damsyik telah mengambilkira kemajuan kota Damsyik yang berbeza dengan Madinah dalam siasah syariyyahnya .Masyarakat kita masih gagal menerima perbezaan dan ketidaksamaan.bukankah syariat para nabi juga berbeza yang sama hanyalah perkara pokok iaitu akidah.wallahuaklam
sekian
kelantan la ni tidak serupa mulo..kronisma, gila pangkat, merompak aset negeri, hartanah dan balak merebak dan menjadi kudis yang semakin jelak. meme menang banyak baru ni sebab 1. org benci bedaoh ke bn/umno. 2. pendekatan nak rampas kelantan yang digunakan oleh pm dan najib menyebabkan org kelantan balik dan beri undi pertahankan kerajaan pas... 2 mnggu sebelum pilihanraya MB lantik menantunya sendiri jadi CEO Perbadanan Menteri Besar yang beliau sendiri pengerusikan. cuba komen sikit..kalau hang berani la roslan buat nahi mungkar.
Post a Comment