Terubatkah keperitan anda apabila gaji dibayar dua kali sebulan?
Rata-rata kos hidup rakyat Malaysia semakin membebankan, dan ini paling ketara setelah pengumuman kenaikan 40% harga minyak dipasaran tempatan baru-baru ini. Harga minyak naik, harga barangan dan perkhidmatan juga semakin naik namun gaji dan pendapatan rakyat seakan tepu dan tidak bergerak.
Hakikat bahawa kenaikan ini khasnya yang melibatkan harga minyak adalah berkaitan lansgung dengan pasaran minyak dunia, pahit ataupun tidak realiti itu sudah pun diterima rakyat, isunya sekarang apakah langkah dan tindakan yang dapat kita ambil untuk membantu hidup rakyat. Takkanlah rakyat terus-menerus dibeban dengan satu demi satu bebanan, sehingga tiada jalan keluar!
Kerana itu apa yang perlu sekarang adalah "action plan" dan langkah-langkah praktikal yang bermatlamat membantu meringankan beban rakyat. Semalam kita mendapat tahu bahawa kerajaan telah memutuskan yang gaji bulanan kakitangan awama mulai Ogos ini akan dibayar beransuran iaitu dua kali sebulan. Rasionalnya bagi membantu urusan dan aliran tunai isi rumah.
Lama saya memikirkan, tetapi tidak dapat mengesan dan memahami rasional ini, kita lebih memberi tumpuan kepada samada penambahan pendapatan rakyat atau usaha-usaha meringankan beban, contohnya rebat pemilik kenderaan (yang ramai masih tidak faham dimana ianya membantu sebenarny), tetapi membayar gaji yang sedia ada dalam pecahan dua tempuh masa, bagi saya, tidak nampak langsung dimana ianya membantu?
Rakyat menunggu-nunggu sesuatu yang lebih praktikal, penurunan atau penghapusan tol contohnya, penurunan caj-caj perkhidmatan bagi syarikat-syarikat pengendali perkhidmatan yang sedang mengaut keuntungan luar biasa umpamanya telefon. Rakyat sedang lemas sekarang ini, bagi orang yang kelemasan apa yang diperlukan adalah pelampung penyelamat hatta sebarang kayu buruk atau apa sahaja bahan yang boleh membantunya terapung, besar maknanya. Terbitlah dengan perkara-perkara sebegini, bukannya terus membunuh dan mematikan.
21 comments:
abg lan,
Kalau dah org2 besar kita ade bahagian masing2 dlm syarikat konsesi2 yg besau tu, selagi tu la dieorg tak akan membuat sesuatu tindakan yg akan merugikan mereka sendiri.
kene telus kan jumlah aset masing2 dahulu utk dipilih menjadi pemimpin baru OK kot.
Saya rasa org kg pun ketika ini sudah mengetahui harga minyak dr negara² pengeluar minyak yg lain d bandingkan dgn M'sia. Pelik!! kenapa k'jaan skrg masih memberi alasan & gambaran yg salah. Jika beginilah tindakannya, lupakanlah shj usaha utk pulihkan parti Umno(BN) jika nasib rakyat tdk d bela. Jgn katakan Ezam, malah jika DSAI sekali pun tdk mampu memulihkan kembali parti kayap ini. Selamat tinggal BN....
ptutnyer 2x ganda naik gaji...bkn ansuran 2x sbulan...mmg pak lah nieh tak paham betul keperitan rakyat skarang...
Sejahtera atas kamu, Tergamak sungguh pak menteris membuat keputusan sebegitu kan? Tidakkah itu menampakkan lagi kebodohan mereka berfikir. Adakah pemimpin sebegini yang hendak disokong...Tidak sama sekali. Tetapi kan mereka tu sebenarnya bijak, bijak dalam erti kata menyelamatkan diri sendiri. Bukan untuk fikirkan masalah ummat ini. Sebagai rakyat biasa saya tidak ingin lagi meletakkan apa2 harapan kepada Bedebahwi n the gangs lagi. Hanya Allah dan rasul sebagai pembela dan itulah sebaik-baik pembela.
tindakan ni bukan untuk meringankan beban rakyat, lebih kepada promosi kepada rakyat supaya lebih banyak berbelanja.
tettt!!! wrong action again by Pak Lah..
Salam,
Maaf berkata yg kita semua ini sedang diZALIMI. Doa orang yg di zalimi akan diperkenankan oleh Allah.
Oleh itu, sama-samalah kita menadah tangan & memohon dgn hati yg kudus agar keadaan akan bertambah baik untuk kita semua...amin.
aku pun tak faham. Apa rasionalnya antara gaji 2 kali sebulan dgn meringankan beban rakyat? Nak memparahkan lagi rakyat adalah. Barangkali inilah salah satu rumusan perkongsian idea bijak antara PM malaysia dengan oxford university.
pertamanya saya rasa isu minyak ini barangkali dan mungkin diadakan bagi menutup kesilapan pemerintah hari ini yang gagal mempertahankan batu putih lalu diwujudkan satu isu yang membebankan rakyat. so lupa le pasal batu putih.
keduanya, tak mustahil akibat kesesakan yang menghimpit, rakyat mula berpaling kepada agama yang memberi kekayaan dunia. adakah itu yang paklah mahu?
Que sera sera, what will be will be..
Bayarlah sehingga 10 kali dalam sebulan pun, masalahnya tetap akan berlaku, dengan kenaikan pelbagai barang pemerintah perlu menaikkan gaji pekerja2 di Malaysia, kita perlu mengimbangi belanjawan kita kembali. Gaji kecil, pembelanjaan lebih pada gaji sekarang ini.
Ayuh rakan2 sertai perhimpunan protes harga minyak kerana kita sudah GERAMM
Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru
Tindakan yang di ambil kerajaan bagi menampung kenaikan harga minyak tidak banyak menbantu rakyat jauh sekali untuk menyelesaikan kemelut harga minyak. sebagai contoh pemberian rebet, lansung tidak dapat membantu golongan rakyat miskin yang daif yang tidak mempunyai kenderaan, golongan ini juga walaupun tidak menpunyai kenderaan namun turut terbeban berikutan kenaikan harga barang yang mendadak berikutan kenaikan harga minyak, Golongan ini biasanya sudah habis cara mengubah gaya hidup hingakan kadang kala terpaksa mengikat perut. Ditambah pula dengan tangungan anak-anak sekolah yang ramai dan kadang kala anak-anak pergi sekolah pun tampa membawa sesenpun dalam kocet. adakah pihak kerajaan perihatin dengan golongan ini...?
Buat masa sekarang kerajaan hanya kalut membantu pengusa-pengusaha IKS, dan syarikat-syarikat keparat...
Bagaimana pula dengan golongan nelayan yang tidak dapat turun ke laut berikutan tidak dapat membeli disel subsidi yang di sediakan...? Bagaimana anak bini mereka nak makan...?
Bagaimana dengan peniaga-peniaga kecil di tepi jalan...? contohnya penjual goreng pisang, penjaja nasi lemak dan sebagainya yang tidak dapat meneruskan perniagaan lantaran kenaikan harga tepung, beras, minyak masak dan mungkin tidak lama lagi gas memasak juga akan naik....?
Dan bagaimana dengan nasib pekerj-pekerja industri yang masih tercungap-cungap kerana gaji yang kecil sekitar RM300-500 pun masih ada...macam mana hendak tampung semua cost berikutan kenaikan harga barang....?
Bagaimana nasib tukang sapu, Pak Guard, tukang kebun dan orang-orang kampong yang tinggal jauh di pendalaman…? Semua nya memerlukan pembilaan….
Yang menjadi persoalan kita adakah kerajaan terfikir semua masalah-masalah ini akan berlaku sebelum menaikan harga minyak...?
atau bagi mereka persetangkan semu a itu asalah kocet mereka penuh
dan anak bini mereka bahagia dan biarkan rakyat dibawah sengsara....
Assallamualaikum
Saya sememangnya tidak nampak langsung dimana rasionalnya untuk gaji diberikan 2x dalam sebulan yang diperkenalkan. Malah ini lagi akan merumitkan keadaan rakyat. Seharusnya kerajaan mengambil langkah yang lagi "efektif" dengan meneliti homework sebelum di warwarkan. Saya walaubagaimana pun setuju sangat dengan anda dimana banyak lagi 'penghapusan' yang sepatutnya dilakukan selain apa yang diperkenalkan.
Wassallam
tak de beza pun. wrong action ler...
Saudara Roslan SMS dan Rakan Bloger,
Sama aje 2 X ke, 3 X ke, kalau setakat gaji masih ditakuk lama dan ditambahkan kenaikan barang pula. Tak de maknanya.
Justeru itu, silalah ke blog saya utk kita lupakan sekejap isu minyak ini.
http://kuda-trojan.blogspot.com/
Bodolah nie dah tak bleh nak pikir dah nie...tu la banyak sgt tidur...semua decision macam budak tadika...baik bagi anak aku jer jadi PM...sama ja nanti decision nya...hancur malaysia ada kat tgn si bodowi nie....Plss...Heal the world....Heal Malaysia....
Itulah Pak Lah dan kuncu2nya. Lain masalah yg kita hadapi lain pula solution yg diberikan. Aku tidak dengar lagi sesiapa pun yg setuju dengan pemberian gaji 2 kali sebulan. Kalau fikir lama mana pun kita tidak akan nampak rasionalnya keputusan itu. Aku betul2 tak faham dengan level kebodohan pegawai2 kerajaan yg mencadangkan benda ini kepada Pak Lah. Aku juga tidak boleh terima yg Pak Lah dengan penuh bangangnya mempersetujui cadangan tersebut. Nampak sgt mereka tidak boleh fikirkan nasib pekerja kerajaan yg berpendapatan bawah 3,000 yg berjumlah hampir 65,000 orang.
BETUL...
DAH TUA NYANYUK DAH C BADAWI NIE..
MCM MANA TUN BOLEH LANTIK DIE NI JADI PENGGANTI DIE NI DULU...
MALAYSIA NI DAH KURANG PEMIMPIN YANG BAGUS2 KAH...NAK JUGA LANTIK DIA...
POKOK PANGKALNYA NI SEMUA SALAH TUN, LANTIK DIA JD PM...
DITAMBAH LAGI C BADAWI NI TAK TAHU APA2 PASAL KEPIMPINAN.
LEMAH...LEMAH...LEMAH.
Assalamualikum sdr Roslan,
Ni..Pak Lah paham tak pasal economi? Ada professor Ekonomi tak nak guna..loklak betui.
Ekonomi yang saya faham dari peristiwa ini..Kerajaan dapat mengurangkan resiko kekurangan Cash Flow jika memperaktikan kaedah ini.
Persoalannya...Adakah Kerajaan akan mengalami masaalah ALIRAN TUNAI selepas bulan Ogos ini? Mana duit rezab kerajaan sekarang? Berapa banyak duit rezab kerajaan sekarang ini? Adakah duit tersebut telah habis digunakan semasa SUKU 1 tahun ini? Berapa banyak pebelanjaan kerajaan pada masa suku 1 dan 2 tahun ini?
Banyaknya persoalan respond dari perkara ini....Sdr Roslan patut ketengahkan.
Wassalam
P/S Index Rasuah negara turun dari 4.0 pada 2004 ke lebih kurang 2.++. kuat betul kerajaan makan rasuah...
Brader Roslan,
Duit Petronas sangat-sangat baik digunakan untuk menukar segala sesuatu yang mengunakan petrol ke tenaga alternative sebelum bekalan terus merosot dan harganya naik....
Bahan api galian makin berkurangan, betul atau tidak kita hanya dengar laporan daripada pembekal seperti Petronas Carigali.
Cara terbaik bukan bayar dua kali, makan sekali dan sebagainya, hanya mereka yang gagal peperiksaan di peringkat Pengajian tinggi dan memegang jawatan dari pintu belakang boleh menyatakan idea sebegitu rupa....negara tak kan maju.
Ubah pengunaan sedia ada kepada alternative yang boleh diperbaharui.
Kalau lori-lori besar mengangkut gula dapat mengunakan bahan api atau tenaga alternative yang boleh diperbaharui...selalunya lebih murah...harga gula di pasaran pun bakal atau boleh kita push down.
Idea saya banyak tapi...takde orang nak bagi kerja kat saya sebelum saya support goverment.
Saya pun tak suka bodek orang...apakan daya.
sape punya idealah byr gaji 2 kali sebulan nie...
memang otak lembu...termasuklah paklah...kerana dia terima idea bodoh tu...
aku rasa budak tingkatan 5 pun boleh bagi idea mcm tu...
aku rasa jahanam lah Malaysia kalo ada PM mcm ni...mmm apa punya bodohlah Bodolah nie.
Post a Comment