Ketika dirasmikan pada 30 Ogos 1965 di zaman Almarhum YTM Tunku, Lapangan Terbang Antarabangsa Subang (yang kemudiannya ditukar nama kepada Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah) memiliki "runway" terpanjang di Asia Tenggara. Namun dizaman Tun Dr Mahathir, lapangan terbang ini dihukum mati apabila operasi penerbangan domestik dan antarabangsa dipindahkan ke monumen baru binaan Mahathir di Sepang iaitu KLIA yang dirasmikan pada 27 Jun 1998.
Penutupan Subang itu ada yang kaitkan dengan kononnya kebencian Mahathir pada Tunku, apa sahaja yang dibina Tunku mahu dilupus dan dimusnahkan, namun sejauh manakah padangan itu benar, tidaklah dapat di "confirm" kan, yang jelasnya Stadium Meredeka dan Stadium Negara juga hampir-hampir ditimpa nasib yang sama.
Sesungguhnya Subang telah banyak mencipta sejarah, banyak peristiwa-peristiwa bersejarah berlaku di situ, banyak filem-filem Melayu dirakamkan disitu malah peristiwa tebusan Tentera Merah Jepun juga berakhir di sana. Walaubagaimanpun atas titah perintas Mahathir seluruh bangunan bersejarah itu dimusnahkan dan kini tinggallah Terminal yang dibina kemudian yang kini digunakan oleh penerbangan bajet domestik.
Kini Subang mahu dihidupkan semula, kata Menteri Pengangkutan, kerajaan katanya bercadang menyediakan perkhidmatan keretapi antaranya dengan KL Sentral. Subang menjelang 2010 akan menjadi pusat penerbangan utama untuk pesawat berkipas dan jet persendirian di KL. Menurut menteri itu lagi kerja-kerja pemulihan ke atas Terminal 3 sedang dilaksana yang menelan belanja RM35 juta.
Bayangkan atas runtuhan jutaan ringgit yang dibina dizaman Tunku dan diperbesarkan dizaman PM-PM yang lain, kini kita membelanjakan lagi wang rakyat untuk membina sesuatu yang baru atas runtuhan yang kita sendiri putuskan.
Saya sangat bersetuju dengan langkah mebangunkan semula LTSAAS ini namun sedih kerana kerajaan yang mengejar Wawasan 2020 rupanya tidak berwawasan dalam menjalankan kerja, satu hari diputskan dimusnah, manakala hari yang lain diputuskan dibina, sedangkan rakyat terus mengeluh, kos hidup semakin meningktat.
1 comment:
Menjalankan pentadbiran berdasarkan NAFSU... tu yang jadi tunggang langgang... berbeza kalau menggunakan IMAN dan TAQWA sebagai landasan pemerintahan.
akibat mengagungkan puak2 camni... kita sebagai rakyat yg menanggung... apa nak buat salah rakyat jugak... JAHIL dalam memilih PEMIMPIN!
Post a Comment