Sokong kenyataan Dewan Pemuda PAS Pusat
Saya diminta komen oleh kawan-kawan tentang kenyataan Sdr Azman Shapawi, Naib Ketua Pemuda PAS Pusat semasa merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Kelantan ke-49 di Kota Bharu.
Malangnya saya lihat hari ini (kebetulan saya tidak berapa sihat) laman-laman web yang digerakkan oleh aktivis parti termasuk milik parti sendiri seolah macam “down play” saranan beliau itu yang dikatakan mewakili Dewan Pemuda PAS Pusat. Kecuali dalam laman Dewan Pemuda PAS Pengkalan Chepa dan blog elbariti di
http://elbaritii.blogspot.com/2008/06/siasah-syariah-di-negeri-pakatan.html
Saya tak terjumpa pula kenyataan penuh yang dikatakan kontroversial itu.
Apa yang kontroversial?
Azman (hitam) dikelilingi AJK Dewan Pemuda
PAS Kelantan (Gambar DPPK PC)
Kata beliau:
Dewan Pemuda PAS Pusat kini dalam proses merangka agenda untuk melaksanakan undang-undang Islam, Siasah Syariah, di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang. Sebuah jawatankuasa, tambahnya, telah ditubuhkan bagi membincangkan dengan lebih terperinci pelaksanaannya di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor .
Menurut Azman lagi antara perkara yang bakal dilaksanakan dalam Siasah Syariah ialah berkaitan dengan pengharaman tempat perjudian, menghadkan premis penjualan arak, dan etika pakaian di pejabat. Itu cadangan Dewan Pemuda, dan PAS sebuah parti Islam, lalu saya tidak nampak apa dosanya cadangan ini dikemukakan. Nama pun cadangan maka ia tertekluk kepada perbincangan dan sumbang-saran yang terperinci sebelum boleh dilulus dan dilaksanan.
Atau kita ada tempoh matang sebelum boleh bercakap atau membuat apa-apa cadangan berunsur Islamik?
Saya rasa cadangan Dewan Pemuda PAS Pusat ini relevan kerana masyarakat Islam/Melayu yang ramai di luar sana menunggu-nunggu peranan PAS sebagai sebuah parti Islam dalam Pakatan Rakyat. Saya kira PKR telah pun mengemukakan cadangan-cadangan mereka berhubung dasar ekonomi dan seumpamanya, begitu juga DAP dalam menegaskan kemahuan mereka kepada konsep “Malaysia Malaysia” yang diucapkan secara terbuka dalam Parlimen baru-baru ini. Adakah sebagai rakan terkecil PAS tidak boleh bersuara?
Setahu saya PAS bukan “sleeping partner” tetapi rakan kongsi yang telah memberikan sumbangan besar terhadap kejayaan PR baru-baru ini.
Berbalik kepada cadangan Dewan Pemuda PAS Pusat itu, ia cadangan, dan ia baik dalam suasana rakyat mahu melihat bagaimana isu keruntuhan moral dan kelonggaran penerimaan terhadap Islam khasnya dikalangan umat Islam mahu ditangani oleh PAS setelah Umno gagal. Saya tidak tahu tentang yang lain tetapi saya sendiri dihujani seribu satu persoalan berhubung perkara ini, samada dalam majlis dialog terbuka, ataupun dalam perbincangan kecil termasuklah SMS dan email yang bertalu-talu. Lantas cadangan Dewan Pemuda ini saya kira kena pada tempatnya sekaligus memperlihatkan sensitivity PAS dalam hal ini.
Tahniah Dewan Pemuda!
11 comments:
- pengharaman tempat perjudian
- menghadkan premis penjualan arak
- etika pakaian di pejabat
Mentaliti biasa pemimpin PAS. Macam mengharamkan itu dan ini sahaja agenda mereka. Kecil sungguh jiwa mereka.
Bukankah banyak lagi progam dakwah yang luas terbuka yang masih tak diterokai.
Sdr Editor, Amat perlu YB2 dari PAS di dalam kerajaan PR, membuktikan keberkesanan mereka di dalam pentadbiran kerajaan. Mungkin ada YB yang retorik dengan konsep2 yang sukar difahami ramai sedangkan rakyat mahukan penyelesaian yang meyakinkan terhadap isu yang diwarisi dari kerajaan dahulu. 100 hari telah berlalu..Kegagalan YB2 PAS membuktikan keupayaan mereka pasti menyebabkan rakan dlm PR membelakangkan ide2 mereka. Pemuda PAS kunjungilah para EXCO kerajaan PR dari PAS dan kejutkan mereka dari idealism yg retorik, untuk bertindak pantas dan tegas! Atau..akan sentiasa menjadi 'back room staff' sahajalah mereka kepada PR.
sdr,
saya amat setuju dengan pandangan saudara mengenai perkara ini iaitu cadangan Dewan Pemuda Pas untuk melaksanakan dasar pemerintahan dinegeri pakatan rakyat berdasarkan siasah syariyyah.nampaknya setengah penyokong pembangkang juga pobia dengan istilah islamik.kenapa takut?, atau dengan alasan nak menjaga masyarakat majmuk.saya kadang2 keliru kenapa boleh jadi begini, nampaknys orang kita pun sama dengan umno.berpolitk kerana benci kepada umno bukan satu bentuk ibadah.kalau berolitik kerana marah pada umno itu yang menyebabkan fanatik,merajuk,keluar parti,tak setuju dengan syura dan golongan ini hanya duri kepada perjuangan .inilah yang ramai dalam mana-mana parti sekalipun,bahasa politk di panggil oppurtunist.
sekian
salam
saranan dan cadangan ini lah yg dinanti-nantikan, kenyataan tegas sebegini lah yang diperlukan dalam kepimpinan PAS yang asas tunjang perjuangannya ialah ISLAM. Kita tidak perlu rasa takut dalam menyampaikan risalah Islam walaupun mendapat tentangan dari mana2 pihak...semua tentangan itu adalah sunatullah perjuangan Islam.
Syabas diucapkan kepada kepimpinan PAS yang ada memiliki sifat2 keberanian seperti ini dalam melaksanakan kerja2 da'wah dan amar makruf nahi mungkar.
Allah sentiasa bersama-sama kita sekiranya kita istiqomah dalam menolong agama Allah SWT.
asalamualaikum saudara roslan & pembaca,
Secara peribadi saya menyokong penuh saranan yang dikemukakan walaupun saya bukan ahli PAS tetapi saya menetap si Penang dan berasal dari Perak.
Cuma bagi saya kita perlu berhikmah. Apa yang saya maksudkan ialah, bagi mereka yang 'menolak' Islam, mereka ini amat takut kepada apa jua istilah yang berkaitan Islam. Islam sebenarnya cukup sempurna dan membawa mesej kesejahteraan.
Apa yang dilakukan oleh PAS dalam manisfestonya dlm PRU 12 adalah tepat. Gunakan istilah negara Berkewbajikan. Laksanakan apa yang dimaksudkan dengan negara berkebajikan. Tidak perlu untuk kita membawa usul baru yang hanya menakutkan mereka yang kurang faham dan jika gagal inilah buah keras untuk PAS nanti.
Secara mudahnya, istilah tidak penting. Yang penting hanyalah perlaksanaan. Walk the talk.
Saya amat bersetuju dengan cadangan tersebut, tetapi, realitinya hanya negeri Kedah sahajalah buat masa ini yang dikuasai PAS secara majoriti. Tak payahlah parti PAS cuba untuk "damage control" melalui propaganda contohnya merperkaitkan cara LGE dengan sayidina Umar dll.
Penentangan parti DAP terhadap perlaksanaan hukum Islam telah jelas dan tidak diragukan; fakta ini bukan satu propaganda media kepunyaan UMNO.
Manakala parti PKR pula bukanlah parti yang berteraskan kepada Islam, malahan ramai wakil parlimen PKR adalah bukan Islam yang kebanyakannya jelas tidak bersetuju dengan cara hidup dan perlaksanaan hukum Islam.
Dalam hal, ini berpeganglah dibumi yang nyata dan bertindak bijak di atas kesedaran ini, sebelum terlewat:
Langkah (1):
Menerangakan hukum Islam kepada ahli DAP dan PKR
Langkah (2):
Menyampaikan saranan parti PAS bagaimana untuk melaksanakan hukum Islam kepada pimpinan tertinggi DAP dan PKR secara rasmi.
Langkah (3):
Sekiranya, DAP dan PKR menentang, bersabarlah, jangan cepat melenting dan jangan bertindak secara tidak bijaksana. Cepat mulakan langkah selanjutnya, jangan lembab.
Langkah (4)
Pastikan bahwa perlaksanaa hukum Islam itu dilaksanakan dinegeri Kelantan dan Kedah, dan agar dapat dijadikan contoh kepada negeri lain. Ini janganlah hanya tertumpu kepada proses menghukum kesalahan atau hanya kepada menutup aurat, tetapi ianya harus holistik kepada perkara yang lebih besar didalam Islam seperti kebajikan, kesejahteraan dan kefahaman uagama Islam dikalangan rakyat:
(1) Jadikan Kedah dan Kelantan sebagai pusat ilmu pengethuan Islam - setakat ceramah-ceramah ugama tidak mencukupi untuk mencapai maksud ini, tetapi ia bermaksud kepada penyebaran kefahaman dan Ilmu Islam melalui penulisan, institusi dan pendapat ilmiah (bukan sekadar kenyataaan seperti "...itu mengarut,... itu haram, ....itu laknat etc")
(2)membasmi kemiskinan melalui pembangunan industri untuk rakyat mencerna pendapatan
(3) sistem sosial untuk membantu mereka yang melarat - orang miskin, ibu tunggal, anak yatim dll (4)perbaiki apa saja yang mencemari nama ugama islam, contohnya ketidak cekapan pengendalian mahkamah syariah yang telah menganainya ramai wanita
(5) infrastruktur negeri, sistem pengangkutan, dan kemudahan yang tersusun, efektif, efisien, teratur dan bersih untuk memudahkan rakyat menjalankan urusan kehidupan seharian mereka
(6) Pada waktu ini saya lihat di Kota Bharu, perniagaan besar 95% nya dalah dimonopoli bukan Islam, jadi mana di bukti bahwa kerajaan PAS ni menjaga kepentingan orang Islam???.
Langkah (5)
Ubah imej PAS agar keluar dari label sekarang.
Walaupun, pimpinan PAS sekarang ini mendapat penghormatan dan sokongan tanpa berbelah bagi dari penyokong setia PAS, harus di ingat bahwa:
(1) penyokong fanatik ini kechil sahaja
(2) sebilangan penyokong besar adalah dari golongan yang boleh berubah sokongan mengikut angin
Langkah (6)
Ambil langkah untuk memperkasakan diri agar PAS dapat berdiri di atas kaki sendiri dan memperolehi sokongan majoriti. terutamanya meraih sokongan golongan berubah seperti disebut diatas. PAS harus ingat bahwa umat Islam mewakili lebih 60% rakyat Malaysia
Langkah (7)
Didik penykong fanatik PAS agar berubah cara penyampaian agar mereka ini tidak lagi menakutkan golongan "berubah mengikut angin" untuk menyokong PAS.
Saya cadangan Uncle Roslan, apa kata kita haramkan secara total umat Islam Di Malaysia dari pergi ke Pusat Hiburan dan juga tempat perjudian, letakkan penguasa d situ supaya menangkap sesiapa yang tidak patuh, kalau boleh di Pusat Hiburan orang Islam tidak boleh bekerja disana.
Ayuh rakan2 sertai setiap perhimpunan 5 Julai ini untuk protes harga minyak kerana kita sudah GERAMM. Kita berjuang hingga ke titisan minyak yang terakhir. Silalah ke http://www.GERAMM.org untuk tandatangan tanda protes kenaikan harga minyak.
Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru
kena tekankanlagi kpd sahabat sleeping partner tu bahawa Siasah Syariah ialah berkaitan dengan pengharaman tempat perjudian, menghadkan premis penjualan arak, dan etika pakaian di pejabat.... bukannya nak kerat tangan..puak2 tu tak paham yg nie saja tu yg depa bercakap tak ketahuan tu.. yg depa tau lanie sebut ja hukum islam..HUDUD...
setahu saya baik PAS mahupun DAP tidak mengorbankan matlamat masing-masing dalam bekerjasama dalam PR untuk menentang kezaliman BN. PAS masih dengan negara Islam. DAP dengan Malaysian Malaysia.
Saya menjangkakan 'knee-jerk response' daripada DAP jika isu undang-undang/ negara Islam ditimbulkan. Begitu juga daripada PAS berkaitan dengan Malaysian Malaysia.
Mungkin media massa memainkan peranan dalam mensensasikan isu/ terma 'undang-undang Islam'. Mungkin Pemuda PAS lebih menekankan aspek judi dan penjualan arak yang tidak terkawal berbanding dengan terma 'undang-undang Islam' itu sendiri. Tapi, apa yang menarik perhatian umum ialah paparan media yang menekankan untuk melaksanakan undang-undang Islam untuk negeri-negeri di bawah PR.
Mungkin ada yang berpendapat isu itu perlu diperhalusi daripada disensasikan apatah lagi ditolak.Hmm..sekiranya DAP juga membawa isu yang sensasi, saya yakin PAS juga akan membuat 'knee-jerk response' yang sama menyulitkan peluang untuk DAP untuk memperincikan isu tersebut.Yang penting untuk kedua-dua belah pihak , ialah sokongan daripada 'grassroots' perlu dijaga.
sekali lagi ianya mewakii suara hati semua pendokong PAS. Tahniah.
Setuju,saranan itu adalah saranan yang baik..sesuai dengn manifesto..kerajaan yang adil dan sejahtera..
Di Barat, undang2 arak lebih ketat dari yang ada di Malaysia.. dan di Amerika pernah diharamkan arak secara total.
Etika berpakaian wujud di mana2.termasuk di barat..
Saya bagi contoh barat kerana puak2 ni nampaknya berkiblatkan barat.. jadi kita bagi contoh dari tuhan mereka..
Post a Comment