Thursday, June 05, 2008

Selangor tak perlu Ketua Kampung Umno

Dari segi tradisinya di Selangor ini, Ketua Kampung biasanya dilantik dari kalangan ketua-ketua Umno cawangan. Begitu juga anggota JKKK, lazimnya dari kalangan pimpinan Umno diperingkat cawangan. Itu ketika BN berkuasa dan MBnya dari Umno. Demikianlah juga di kampung-kampung baru dan kawasan penempatan Cina atau India, ia dipilih dari kalangan ketua MCA atau MIC.

Mengapa demikian?

Kerana jawatan ketua kampung ini adalah jawatan pentadbiran tertinggi peringkat akar-umbi. Maka ketua kampunglah nanti memastikan yang segala maklumat dan kehendak kerajaan negeri dilaksanakan sebaik-baiknya dan penting juga, kepentingan politik parti pemerintah terpelihara. Rakyat diperingkat kampung atau akar-umbi akan taat dan mematuhi kepimpinan ketua kampung, lalu jika bukan ketua Umno yang memegang jawatan itu, maka sukarlah perjalanan jentera parti dan kerajaan.

Lantas saya agak terperanjat apabila MB Selangor semalam mengumumkan bahawa kerajaan negeri bersedia melantik Ketua Kampung dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kalangan anggota Umno, asalkan mereka sanggup berbakti kepada masyarakat tanpa mengira fahaman politik.

Saya kira lebih baik MB memilih dari kalangan pemimpin masyarakat dari PAS, PKR dan DAP untuk mengisi jawatan ini, kerana mereka inilah yang telah berjuang sehingga memenangkan Pakatan Rakyat di Selangor. Membelakangkan mereka ini dengan melantik dari kalangan Umno, akan memberi kesan buruk terhadap parti-parti Pakatan Rakyat, dan akibatnya akan mengundang pergeseran dan pecah-belah yang lebih serius dan kelak sukar dikawal.

Umno telah diberi kesempatan, dan hakikatnya mereka telah ditolak rakyat. Kini adalah giliran pimpinan akar-umbi Pakatan Rakyat pula untuk mempamir dan membuktikan kepimpinan mereka.Jangan belakangkan mereka ini. Saya berharap Tan Sri MB akan menyemak semula keputusan itu dan meminta agar cawangan-cawanag Pakatan Rakyat diperingkat akar-umbi segera mengemukakan senarai pimpinan yang paling layak untuk dilantik kejawatan ini. Biarlah orang-orang Umno melihat pula "style" kepimpinan mereka, jika ada kecenderungan insyallah mereka kelak bersama kita.

10 comments:

Max_Underwood said...

Mr SMS, I reckon the price hike has a lot do to with Dollah Bodowi wanting a strong and possibly violent reaction frm the rakyat./ Maybe he could declare a state of emergency then to cling on to power that way. Ur views pls

Anonymous said...

Jangan jadi bodoh macam umno! Dulu kita pake bodoh macam lembu! Sekarang sudah tukar 'bodoh macam umno!'

sekeh sket.....

slyderrose said...

Inilah satu paradigma dari Khalid Ibrahim. Kalau musuh bolih berkejasama, apa salahnya. Sedikit sebanyak musuh menghormati kita dan mungkin akan ada menjadi penyokong kita nanti, insyaallah. Tak faedah berkonfrontasi. Menambahkan kebencian dan sakit hati.

Anonymous said...

kalau nak jadi imam solat jemaah ngan bini/anak2 pun x buat, x yah mimpi aaa jadi ketua kampung..

Anonymous said...

Saya setuju dengan pendapat saudara ... saya juga risau bila membaca blog saudara MSO yang bertajuk 'Keluhan Jiwa - Bila Air Sudah Kering Para Berjois Pun Turun' ... yang lebih kurang sama senarionya ...

D'ayo

Anonymous said...

Ini UMNO fahaman hadhari kena hati hati macam Abdullah Ubai....
Belajarlah dari Kerajaan PAS Terengganu bila pendekatan begini di ambil! Ingat UMNO Hadhari tak sama, lebih teruk dari sekular!

Ibnu Ali said...

Mungkin, just sebut "kalau boleh kerjasama tanpa mengira pahaman politik".

JIka tak boleh maknanya takdelah peluang urang2 UMNO nak jadi ketua kampong! huhuh

Anonymous said...

JKKKP yg akan d wujudkan bukti bhw parti Umno(BN) adalah anti-perpaduan & memecah-belahkan masyarakat demi kepentingan politik. Mat Taib akan berkecai dgn cita²nya krn rakyat kini sudah matang. Detik utk BN tumbang sedang berjalan....

Anonymous said...

Jgn melepaskan anjing tersepit sudah le!!

Anonymous said...

bro roslan.

rasanya pihak SYABAS cuba menyusah-nyusahkan & mensabotaj kerajaan pakatan rakyat di selangor.

tak boleh ker kerajaan selangor ambik tindakan terhadap semua pemegang2 saham SYABAS??...heret kroni2 yg tamak nie ke mahkamah...dedah perjanjian berat sebelah SYABAS kpd rakyat umum.