Selangor "Mini Patpong"?
Saya sedih tetapi tidak terperanjat melihatkan laporan khas di buletin utama TV3 malam tadi yang menyiarkan berleluasanya aktiviti rumah urut di negeri Selangor sehingga menerima jolokkan "Mini Patpong", iaitu suatu daerah di Thailand yang berselerakkan dengan rumah-rumah maksiat seumpama ini.
TV3 menyiarkan aktiviti disekitar Selayang dengan menemuramah beberapa peniaga kecil tempatan yang perniagaan mereka berhampiran dengan rumah-rumah urut berkenaan. Mereka mendakwa bahawa aktiviti di rumah-rumah urut ini bukannya urut biasa atau refleksologi semata-mata malah sebenarnya menawarkan khidmat seks dengan gadis-gadis yang didatang dari Negara Cina dan Thailand. Dan menurut laporan itu juga kegiatan seperti ini tidak terhad di Selayang sahaja malah juga di kawasan-kawasan lain termasuklah Subang Jaya.
Dua isu di sini adalah pertama, jenis lesen apakah yang diberikan oleh PBT-PBT berkenaan kepada rumah-rumah urut ini, adakah untuk khidmat urut badan dan refleksologi, dan jika demikian apakah syarat-syarat dan had-hadnya, adakah pengurutnya perlu anak tempatan atau bolehkah warga asing dan adakah pengurut tadi dibenarkan berpakaian seksi, bertuala dan berdua-duaan dengan yang diurutnya dalam bilik, atau bagaimana? Adakah memang menjadi amalan membenarkan wanita mengurut lelaki tanpa syarat sebegitu?
Keduanya berapa banyakkah permintaan terhadap rumah urut ini sehingga begitu banyak lesen dikeluarkan oleh pihak PBT. Saya akui di Subang Jaya sahaja jarak antara satu rumu urut dengan yang lain begitu hampir sekali seolah-olah penduduk di sini benar-benar ketagih dengan urutan seumpama ini! Amalan dan budaya bangsa manakah urut-urutan seperti ini sehingga kita begitu ghairah sekali mengizinkannya dan memberi lesen?
Saya masih ingat pada bulan Januari 2007 dulu semasa BN memerintah Selangor kerajaan negeri pernah melancarkan operasi membenteras kegiatan maksiat dan aktiviti tidak bermoral di rumah-rumah urut, sehingga mengarahakan pihak PBT tidak lagi mengeluarkan lesen seumpama ini, tetapi sekarang kerajaan sudah bertukar-tangan dan saya pasti lesennya bukan setakat dibekukan malah semakin banyak dikeluarkan!
Kita perlu membuat kesimpulan apa jenis perkhidmatan urut yang kerajaan Pakatan Rakyat Selangor izinkan dan beri kuasa kepada pihak PBT mengeluarkan permit. Kerajaan PR Selangor ini turut diwakili oleh Parti Islam Se Malaysia (PAS), dan saya yakin di Kelantan yang PAS perintah sejak tahun 1990 rumah urut seperti di Selangor ini tidak dibenarkan.
Mungkin kita boleh beri pengecualian terhadap khidmat urut tertentu, antaranya yang berkaitan wanita baru bersalin, bagi tujuan kesihatan, khidmat yang diberikan oleh mereka yang cacat penglihatan, refleksologi, tetapi semua aktiviti berkenaan mestilah dijalankan secara terbuka, tanpa bilik, penghadang atau cermin gelap dan lampu malap. Ianya mesti diperuntukkan dizon-zon tertentu dan sepatutnya tidak dibenarkan beroperasi sehingga lewat malam. Memadailah pada waktu pejabat dan kalau lebih pun sampai jam 6 petang.
Bagaimana dengan pengurutnya? Pihak kerajaan atau PBT perlulah mensyaratkan yang mereka ini mesti telah menjalani latihan tertentu, atau lulus syarat tertentu, dan pastikan gadis-gadis genit tidak menjadi tukang urut. Untuk umat Islam memang sepatutnya ia diharamkan kecuali lelaki mengurut lelaki atau wanita mengurut wanita (pihak berkuasa agama perlu pantau jangan sampai disalahguna oleh golongan gay yang dikutuk oleh Islam itu).
Saya pernah menulis berkenaan isu ini beberapa minggu yang lalu, nampaknya ia timbul kembali tanpa ada jalan penyelesaian. PR bukan BN, dan rakyat mengharapkan PR lebih baik dari BN, jangan persiakan harapan rakyat itu.
16 comments:
Bila melibatkan keseronokan @ nafsu, ramai orang kecundang kecuali pegawai kerajaan (PBT) yang tidak amalkan rasuah...
Kebanyakan peraturan di negara dah ok kalau di laksanakan dengan pegawai kerajaan tak makan rasuah..
Tapi lebih 50 tahun kita di rosakkan...
Dlm kawasan Parlimen Puchong ,Dun Kinrara -DAP(Teresa) dan Dun Seri Serdang -UMNO (Satim).Mengikut TV3 mlm tadi ia berlaku di Bukit bandar putri dekat Pasaraya Giant/Citibank.
Pusat tu dah lama wujud sebelum tahun 2007 lagi(Zaman BN memerintah).Orang ramai cuma menganggap tempat pusat urut kesihatan tapi tidak terfikirlah pengulas seorang pemuda dan peniaga melayu tu.Pada pandangan saya orang melayu tak masuk ke tempat tu(maklumlah tempat urut kesihatan untuk wanita).persoalannya kenapa 2 pengulas orang melayu tu mcm tau tempat tu buat maksiat,adakah beliau mendapat maklumat dari berkas ahli MP Gerakan atau bekas adun MCA atau UMNO atau pihak berkuasa tempatan mengetahui tempat tu bukannya pusat urut kesihatan sebaliknya tempat tu "Mini Patpong".
Untuk pengetahuan semua(orang luar)kami orang puchong pun tak tau kecuali mereka yg pernah pergi ke tempat kerana "Mini Patpong" bukannya senang orang tertentu boleh masuk.
sekian,terima kasih
tuan,
kenapa nak salahkan PR bila ada Mini SatPong, Kandang Babi, derhaka pada sultan dan sebagainya.
kenapa nak salahkan tukang cuci tandas, kalau tandas itu kotor....
kenapa nak marahkan nyamuk kalau kita tak jaga kebersihan....
kenapa nak salahkan cikgu kalau pelajar ponteng sekolah....
kenapa nak salahkan perogol kalau wanita suka pakai seksi....
kenapa nak ugut rakyat jangan berdemo kalau pemerintah naikan harga minyak....
kenapa nak salahkan akar umbi kalau pucuk pimpinan tak melaksanakan tugas yang diamanahkan....
Saudara Roslan SMS,
Saya sebenarnya berterima kasih dengan TV3 dan juga saudara. Untuk saudara, teruskan membuat kritikan dan teguran demi asas perjuangan saudara.
Utk TV3 dan lain-lain media, teruskan mencari keburukan kerajaan Selangor. Saya percaya kerajaan Selangor hari ini akan kekal lama, cos banyak mata2 yang memerhatikan. Kalau dulu pada tahun 1990 semasa awal pemerintahan PAS di Kelantan saya rasa tak seteruk macam ini. Apa pun teruskanlah menegur dan kritik sebagaimana yang dialukan YB MB Perak.
Salam
http://kuda-trojan.blogspot.com/
Sungguh luarbiasa jika k'jaan yg baru wujud mampu bertindak dlm jangkamasa yg singkat utk membersih & meruntuhkan segala binaan yg merosakkan rakyat hasil dr peninggalan k'jaan yg terdahulu. Segalanya perlu d rancang dgn teliti krn Umno(BN) tlh memerintah negeri ini sejak merdeka. Saya yakin S'gor akan menjadi negeri contoh kpd negeri² yg lain. Asas pemodenan & pembaik-pulih ini terletak d bahu para saf pimpinan skrg yg akan d kenang sampai bila². Mengikut resmi menanam padi perlulah terlebih dahulu membajak tanah & menyemai, barulah dpt hasilnya...
Apa yg ditunjukkan oleh TV3 tersebut adalah di Bandar Puteri Puchong ... saya mmg selalu beli barang dapur di Giantt dan pemandangan kiri & kanan mmg banyak pusat refleksologi ...
Saya amat terkejut bila Tv3 dan peniaga tersebut mendakwa pusat rekleksologi tersebut menawarkan khidmat seks?
Saya ingat, pusat refleksologi ni cam pusat kesihatan kalau ada yg tersalah urat atau terseliuh ketika bersukan?
Sebab apa, masa sy tgk AF5 dulu, Si Shawal tu terseliuh bahu and Astro bawak dia gi pusat rekleksologi kat Puchong la utk betulkan urat dia balik.
Orang yg urut dia pun perempuan pakai tudung tapi dah type makcik2 lar ...
So, nak kene pastikan betul2 la ... betul ker dakwaan TV3 dan peniaga tersebut bahawa pusat refleksologi ni adalah tempat maksiat??
saya berharap apa yg bro roslan tuliskan di blog nie sampai ke pengetahuan MB khalib ibrahim dan juga dr hassan ali.
untuk lebih baik, saya harap bro roslan boleh bercakap face to face dgn mereka & highlightkan tentang masalah maksiat nie.
sekarang bila ada sesuatu isu, salahkan PBT lah, dulu sikit2 je salah khir toyo...
dunia ini tidak pernah adil..
pasal isu rumah urut.. khir toyo dah buat langkah bijak dulu hadkan waktu buka dan tutup lebih awal..
Sekarang ronnie liu yang mempertahankan rumah urut ini.
Saya pun tak tahu la.. Dulu suka sangat mengata kerajaan dahulu, sekarang macamana nak cover line?
Hassan Ali debat berapi-api.. mana pergi api dalam kes ni.. senyap kena tekan dengan jayakumar dan ronnie lie..
Oooo lupa-lupa.. pakatan rakyat.. kena give and take.. korbankan konsep Islam beri laluan agama lain .. Kearah negara Islam!!
Memang tepat TV3 membongkar kemungkaran yang dilakukan oleh puak2 dan juak2 peninggalan Khir Toyo....nak kenakan Tan sri tapi terkena khirtempe...hahahahhahhahah
Yang penting pucuk pimpinan PR mesti tegas terhadap para peneraju PBT.Barulah mereka tegas di dalam tugas. Dikhuatiri, para peneraju PBT sengaja tidak tegas bagi mencetuskan isu2 sensasi yang akan menimbulkan kesangsian di kalangan rakyat terhadap kepimpinan PR!
Salam sdr. Roslan,
Saya agak setuju saranan sdr itu namun sebagai seorang muslim kita harus ingat, sebaik baik manusia ialah melindungi keaiban seseorang insan yang lain. Saya yakin sdr amat mengerti akan tujuan sebenar TV3 mensensasikan berita tersebut. Apakah sdr pun ada agenda tersendiri?
Sebaiknya sdr buatlah teguran secara peribadi dengan pimpinan atasan. Saya tahu sdr amat mudah untuk bersemuka dengan wakil rakyat tempat tersebut lebih lebih lagi daerah S Jaya. Pandangan saya, bukan semua masalah harus diutarakan diblog untuk tatapan umum.
Diharap sdr faham maksud saya ini.. Wassalam.
Salam wbt. Perkara ni takkan selesai jika pendekatan yang diambil tdk tegas, hukuman pun tak seberat mana, masih boleh untung walaupun ditangkap. Cari 'kepalanya' dan punca wujudnya rumah2 urut ni. Lesen dikurangkan, apa perlunya byk rumah urut, tak mustahil ada pihak lain yg mengambil kesempatan. Kta umat islam kena sama2 jaga maruah islam, bersama2 mencegah kemungkaran disekeliling kita. Klau cara lembut tak jalan, cari jalan lain yang boleh menyedarkan mereka. Wallahualam.
sdr,
saya juga sependapat dengan pembahas yang lain, gejala ini bukan berlaku dalam sehari atau sekelip mata.masalah ini berlaku dimana-mana hanya kebetulan selangor menjadi tumpuan kerana permintaan yang tinggi dan masyarakat berduit.bagi saya :
1 pihak berkuasa (tempatan dan kerajaan negeri ) sudah dan akan membuat apa yang terdaya dilakukan.
2masyarakat perlu membantu pihak berkenaan dengan cadangan,peraturan dan keberanian untuk menghapus gejala tersebut.
3,kerajaan persekutuan sendiri mestilah menggunakan undang-undang dan kuasa yang ada secukupnya.( contohnya bagaimana amat mudah pekerja seks boleh masuk , apa rangkaian , dan siapa yang dibelakang )
4.Penededahan demi pendedahan mesti disemarakan, sehingga masyarakat melihat gejala tersebut secara serius.
sekian.
SAYA SOKONG BRO..KITA SEMUA BUKAN UMNO YANG HANYA TAU MENGANGGUK JEK..KAMI PAKATAN RAKYAT,KLO NAKHODA GAGAL MELAYARKAN KAPAL INI MENGIKUT KEHENDAK KAMI,KAMI AKAN TUKAR NAKHODA LAIN..
Jom kita tengok lelaki macam mana yang pergi rumah urut. Yang bujang? Ok kita carikan bini, masukkan program cari bini anjuran TV3. Kalau dah kawin, kita bawak bini dia ke situ dan TV3, TV8 dan TV9 semuanya boleh buat sekurang-kurang 3 program berbeza. Umpamanya, bawa anak-anak dari sekolah untuk menasihat bapa-bapa ni suruh balik rumah dan jangat merempit di ruamh urut.
Kita boleh panggil TNB dan Syabas potong bekalan air dan letrik.
Dan JAIS boleh bawak van mayat. TULIS besar-besar ellaki yang dalam van ini gatal dan memalukan anak bini mereka. Jangan lupa, semua tindakan ini juga perlu disertakan berita besar-besaran.
kepada kaum wanita yang kerja menjadi tukang urut dan kerja jenis menggadaikan badan dan seks mereka, kita hantar ke pejabat Sharizat Jalil, sebagai penasihat Ehwal Wanita di JPM. Mungkin dia boleh bagi pekerjaan baru di Putrajaya. Lagipun terlalu ramai pekerja asing di Putrajaya termasuk rumah menteri-menteri Kabinet sendiri. Gaji mestilah sama dengan pendapatan sekarang mereka ini. So, kuranglah musuh negara dalam negara ini. Dan kalau Indonesia dan Filipina nak serang Malaysia sekalipun, dah tak ada tentera dan pengintip mereka di rumah-rumah menteri kabinat dan pejabat- pejabat kerajaan di Putrajaya ini.
Setuju????
Kerajaan Pakatan Rakyat kenalah bantu orang-orang muda yang ingin mendirikan rumah tangga seperti mana yang dijanjikan dalam manifesto pilihanraya yang lepas agar mereka tidak melakukan maksiat di tempat-tempat seperti rumah urut dan sebagainya.
Post a Comment