Friday, June 06, 2008

Selangor jangan jadi penganjur maksiat

Saya membaca dengan penuh minat pengumuman penganjuran perlawanan bolasepak Piala Sultan Selangor yang dijadual diadakan di Stadium Shah Alam pada 8 Julai ini nanti. Perlawanan tradisi jaguh bolasepak Selangor-Singapura (membariskan pemain bola veteran dan semasa) memang sentiasa dinanti-nantikan oleh peminat sukan khasnya bolasepak negara.




Kejohanan ini dianjurkan oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) iaitu anak syarikat kerajaan negeri Selangor dengan penaja utamanya terdiri daripada Redmax Sdn Bhd, Syabas, Splash dan Taliworks. Tahun lepas seramai 80,000 penonton telah membanjiri stadium berkenaan untuk menyaksikan kejohanan ini.

Yang bezanya tahun ini, kerajaan negeri bukan lagi BN tetapi Pakatan Rakyat, kemungkinan penonton dijangka lebih ramai lagi memandangkan masing-masing terlibat dalam menaikkan kerajaan yang baru ini. Cuma yang saya rasa terkilan adalah acara yang disusun oleh pihak penganjur pada malam berkenaan. Sebelum pertandingan bermula, pihak penganjur akan mengadakan konsert yang membariskan penyanyi dan artis tempatan. Menurut beritanya antara artis yang akan menghiburkan penonton adalah David Arumugam (Alleycats), Ella dan penyanyi dangdut Mas Idayu.

Apakah KDEB terlupa bahawa kerajaan negeri yang ada hari ini bukannya kerajaan BN tetapi kerajaan Pakatan Rakyat. Kerjaaan Pakatan Rakyat terbina dari persepakatan tiga buah parti terbesar di negeri ini iaitu PKR, DAP dan PAS.

Konsert membariskan artis wanita seperti Ellla dan apalagi Mas Idayu jelas bertentangan dengan Islam. Nilai moral Islam ini merupakan antara asas perjuangan PAS iaitu salah sebuah parti yang menyumbang ke arah pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, apakah kerajaan negeri telah diajak berbincang atau dimaklum hal ini?

Sesungguhnya saya berani menyatakan 80% atau mungkin lebih dari para penonton pada malam itu nanti akan terdiri dari orang Melayu/Islam. Menyogok rakyat dengan hiburan melampau seumpama ini jelas bertentangan dengan tuntutan manifesto PAS pada PRU lalu iatu:

Menegaskan penghayatan Islam sebagai aqidah yang sejahtera dan cara hidup (ad Deen) bagi umat Islam di negara ini.

Jika kerajaan negeri telah bersetuju dengan acara ini saya minta ianya ditarik balik, mungkin kita boleh menyepi dengan menjemput David Arumugam tetapi apabila dilonggokkan pula Ella dan Mas Idayu maka kita bersubahat dalam memberi saham maksiat kepada rakyat kita sendiri.

Pakatan Rakyat mesti berbeza dari BN serba –serbi, bukan sekadar telus dan anti rasuah tetapi lebih penting lagi memelihara dan mempertahankan moral dan nilai agama. Saya suka meningatkan orang PAS pernah berdemonstrasi semasa BN dulu kerana menentang acara-acara maksiat seumpama ini, jangan sampai mereka berdemo terhadap kerajaan mereka sendiri.

24 comments:

Anonymous said...

yang hak mesti ditegakkan, yang bathil mesti ditentang.syabas sdr Roslan, tulisan sdr akhir2 ini agak kritikal terhdp kerajaan Selangor

Tan Sri Khalid Ibrahim mesti dilihat lebih peka dengan isu-isu spt ini. jgn hanya cuba 'mengambil hati' non-muslim, tapi prinsip2 sbg pemimpin Islam diambil mudah.

pandang-pandanglah ke Pantai Timur-negeri Serambi Mekah. InsyaAllah dapat keberkatan Ilahi disitu

lan said...

tolonglah batalkan acara dangdut tu!! PR tak sama dgn BN.tolonglah sebelum terlambat

roslan sms said...

Asm Pakcik

Amar makruf nahi mungkar tugas kita semua, itu yang membedakan kita dgn BN. TS Khalid telah banyak melakukan yg baik2 di Selangor berbanding dgn BN dulu, tetapi jika terlepas satu dua yang tidak baik insyallah kita semua berwajib untuk tegur.........

Anonymous said...

masih sempat di jadual semula programnya...boleh jemput artis lain yg lelaki.Artis wanita?JAIS perlu memainkan peranan dalam hal ini.Jikalau khalayak yg menonton adalah wanita mungkin boleh dipertimbangkan..Terangkanlah dgn jelas kpd artis2 kita ini.Ataupun xperlu langsung ade penyanyi pd mlm tersebut.Nak sukan sukanlah...sukan tu pon dh cukup byk menghiburkan.

Ehsan Zakaria said...

tapi yang penting Tan Sri Khalid perlulah memberi kefahaman yang jelas kpd rakan2 exco bukan Islam bila melibatkan aktiviti2 yg berbentuk sosial seperti konsert tersebut.

Memanglah kalau ikutkan PAS, memang kita tak bertolak ansur dgn perkara2 maksiat, cuma di kalangan DAP shj agak terbuka. PAS juga mesti memainkan peranan dalam menyampaikan bukan shj kpd rakan2 DAP, malah di kalangan penyokong2 Umno pun ada yg lagi teruk kurangnya penghayatan Islam dalam diri masing2.

wallahualam

jackpot said...

Kalau dandut pun nak cancel, habislah PR pilihanraya akan datang. Mas Idayu bukan Islam ke? Ella bukan Islam ke? Kalau mereka kurang sopnan, mengapa tak panggil JAIS beri teguran ?

KUDA TROJAN said...

Saya amat bersetuju dengan saudara, saya percaya saudara boleh buat sesuatu sebelum terlambat. Saya menyokong 101% perjuangan saudara.

http://kuda-trojan.blogspot.com/

Anonymous said...

syabas kpd bro roslan kerana bersikap profesional, tidak double standard dlm membuat teguran, berani membuat teguran even kpd sahabat seangkatan. sikap seperti ini sepatutnya perlu ada kpd kita semua.

saya setuju dgn saranan bro...kerajaan BA selangor sepatutnya mempamerkan satu bentuk persembahan pentadbiran yg berbeza daripada kerajaan BN sebelum nie. yg baik maybe kita boleh ikut, tapi yg buruk adalah lebih baik kita ubah dgn kuasa kedudukan yg Allah SWT kurniakan.

anyway confirm yg datang ke perlawanan tersebut ramai orang Islam, orang melayu. tidak wajar kerajaan BA selangor menghidangkan program yg tak mendtgkan manfaat kpd rohani si pengunjung2.

syabas bro roslan....sokong bro roslan!!!!

Ibnuwalid said...

TS Khalid perlu dibantu bagi melonjakkan pemahaman Islam dikalangan rakyat Selangor. Siapa lagi kalau bukan exco agama yang kena mainkan peranan tersebut. Bilangan yang sedikit bukan alasan. Apa sahaja peluang perlu diterjemahkan mengikut acuan PAS.

Anonymous said...

teruskan Saudara Roslan SMS... ana terlalu berbangga dengan tulisan saudara tentang isu ini.....

sekian

Al-Bakistani

Syaikh al-Bakistani said...

tahniah diucapkan kepada Saudara Roslam SMS...

secara peribadi, ana terlalu berbangga dengan teguran saudara melalui tulisan ini...

"membangun bersama Islam"

Al-Bakistani

KUDA TROJAN said...

Saudara Roslan dan Rakan Bloger Yg Lain,

Ini merupakan kali kedua saya memberi komen ttg tajuk saudara kemukaan. Tahniah saudara, kerana berani memberi teguran demi memperjuangkan Islam di atas muka bumi Allah.

Mungkin saudara boleh memberi cadangan konsert tersebut ditukar dengan konsert kesenian Islam, dengan memanggil kumpulan nasyid atau artis yg menyanyikan lagu2 ketuhanan. Konsert tersebut juga, boleh disusuli persembahan teater ttg kehidupan manusia dari lahir sampailah dia menempuh sakaratul maut. Sudah masanya kita bertukar kepada Hiburan alternatif yang tidak melanggar hukum2 Allah.

Pasal isu pertenakan khinzir di Selangor, saya tak membantah, malah saya memberi penerangan kepada org kampung ttg usaha kerajaan Pakatan Rakyat dan saya menangkis serangan yg mengatakan PAS telah dipergunakan oleh DAP. Kalau lah konsert ini betul2 akan diadakan, mana saya letak muka saya dengan orang kampung.

Saudara Roslan, saya menaruh harapan yang tinggi agar saudara membawa perkara ini kepada pihak tertinggi pimpinan PAS. "Prevention better than cure"

Asas perjuangan kita adalah menegakkan hukum Allah di atas muka bumi ini. AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR!

Yang Berharap
http://kuda-trojan.blogspot.com/

Anonymous said...

Masalahnya orang DAP ada ke yang terlibat, ramai org melayu terlibat kenapa nak diterangkan kpd DAP. Baik buat ceramah dulu..Tak perlu nyanyi2 la...

Ibnu Ali said...

GUbal jer satu undang2 baru dulu. Lepas gubal, artis2 terpaksa ikut undang2 bila nak masuk negeri selangor. Macam Kelantan buat undang2. Mana-mana artis boleh masuk. Cuma mereka kena ubah car dan pembawakan.

Yang perempuan kene tutup aurat, nyanyi lagu yang bagus2. Pompuan nyanyi untuk pompuan jugak. Macam Aisyah dan Waheeda yang pernah datang kelantan dulu.

Bagaimanapun, jika selangor masih belum ada sebarang peruntukan tersebut. Arahan lisan boleh jer buat. Alaa berapa peratus sangat nak tengok si gedik tu nyanyi. Kadang-kadang tak nak tengok pun. Si penganjur yang ngengada agaknya.

Bagaimanapun, seperti yang saya nyatakan dalam blog saya. Exco PAS di selangor bukan sekadar exco tetapi Da'i.

Anonymous said...

Pandangan yang disuarakan oleh sahabat2 kita ini memang betul..

Kerajaan Negeri dibawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim kena peka dengan masalah ini. Penyokong bawahan dah letih untuk menjawab berbagai tohmahan yang dibuat oleh parti lawan khususnya UMNO.

Jangan tambah lagi dengan masalah yang karut marut ni..

Tq.

Anonymous said...

Saya sokong sebarang usaha kearah amar makruf nahi mungkar...
Kepada pakatan rakyat yg baru memerintah teguran seperti ini perlu diambil perhatian.
Agak terkilan apabila mb perak bersalam dgn bukan muhrim dlm satu perjumpaan dgn penduduk di sg. siput(u) baru-baru ini !!!!!! Ini menjejaskan imej pas dimata rakyat kerana tiada beza antara bn dan pas..Tengok apa sudah jadi dlm web gerakan anti pas....mereka letak gambar wan azizah berpegang tangan dgn lelaki yg kita tahu bukan dari kaum keluarganya dikhalayak ramai...tulis mereka "halal bagi mereka (pakatan rakyat), haram bagi kita (org umno)"...Inilah yg saya rasa sakit hati dgn pakatan rakyat ni.....

jakchemor

M Rajoli Al-Qlantani said...

Berani atas kebenaran adalah kewajipan yang perlu kita laksanakan .. tak perlu double standard dalam soal maksiat .. yang salah tetap salah ..
saya yakin dan percaya kalau itulah dasar kerajaan baru PR rakyat semua boleh terima sebagaimana mereka bersedia menerima PR itu sendiri sebagai wadah perjuangan mereka ..

Anonymous said...

DAP bukan kisah pon ada konsert ke tak ada konsert ke...ada tak ada masalah, tak ada pon tak ada masalah..
Yang masalahnya melayu yang dikatakan baru tu jer..

David Arumugam boleh dikekalkan, pastu panggil lah sesaper yang lain..
Biar lagu cintakan negara sket, ada nilai kemanusiaan, kecintaan, semangat kesukanan ke :)

Ni nak buat konsert ke atau nak main bola??

joe penang said...

Apa yg saya harapkan tindakan awal apabila berkuasa tidak kelihatan lagi dalam beberapa perkara
- pusat2 hiburan yg beroperasi yg terang2 melanggar permit spt beroperasi hingga 3 pagi, membenarkan pil2 ectasy di dalam premis. Dalam rancangan 360 masih ada cerita serbuan ke pusat2 hiburan dll berkaitan
- dewan2 PBT masih lagi disewakan kepada Astro untuk konsert AF(baru je habih).
- kuatkuasakan tindakan kepada org islam yg meminum arak dan membeli nombor

Mmg byk dah makruf yg dilakukan seperti tidak merobohkan rumah setinggan dan menghidupkan kembali masjid dan surau.

Fiqh awlawiyat yg menyatakan lebih baik ditutup satu pintu maksiat daripada membuka pintu kebajikan(lebih kurang maksudnya).

Ini baru basic. Jangka pjg seperti tutup terus kilang Arak terbesar di Asia.

Moga PAS Selangor mampu melaksanakannya.

Jangan nanti PRU akan datang, Pas akan kehilangan sokongan pencinta islam dan mendapat sokongan besar bukan islam. Nauzubillah.

Anonymous said...

Saya harap Tulisan Saudara Roslan ini tidak lupa untuk dilayari dan dibaca oleh Dato' dr.hasan ali.

Bukan sahaja Islam Hadhari yang perlu dimansuh di Selangor tetapi amalan-amalannya seperti joget dan tari menari ini juga perlu dimansuhkan juga.

Amalan Islam mengharamkan yang haram. Islam Hadhari menghalalkan yang haram seumpama konsert dangdut dan sebagainya.

Jadi, seiring dengan pengharaman Islam Hadhari di Selangor, amalan-amalannya juga perlu dibanteras juga.

Ibn Jabbar said...

Ini adalah taktik musuh2 PR untuk memecahbelahkan kesatuan yang terbina. Musuh2 PR akan menunggang apa saje platform utk menimbulkan keraguan terhadap PR, waima aktiviti yang melibatkan bukan kerajaan spt penganjuran Piala Sultan tersebut. Justeru Tan Sri MB perlu tegas terhadap peneraju syarikat2 milik kerajaan yang begitu biadap terhadap sensitiviti rakyat, sebelum rakyat bertegas terhadap Tan Sri MB.

Anonymous said...

Saya setuju dgn pendapat anda...tp yg sy x setuju anda kata pakatan rakyat mesti serba serbi lain dgn BN,seolah2 BN boleh buat benda tu...sepatutnya kita kena tegur jugak BN yg buat konsert2 kat negeri lain tu....

Nevada said...

biaq pi dulu la. slow-slow... nak buang tabiat hisap rokok pun kena pelan-pelan, ada sistem dan tata tertib....

Anonymous said...

Apa-apa pun keputusan terakhir pada MB bukan pada KDEB sebagai penganjur. Kalau MB kata cancel konsert...so..cancel la...tapi kalau MB dok diam jer...nak buat macam mana. jalan la dangdut tuu...pasti ramai yang datang...bukan pasal bola sangat pun...tapi pasal Ella dan mas Idayu...pastu penonton balik...dan esok citer...sama jer...tak de beza Bn dan PR...bola-bola gak...konsert, konsert gak....Semua berubah kalau MB berani buat keputusan...tak yah rujuk dan terangkan pada sesapa pun...kan benda tu 'Amar makruf nahi Mungkar'. Tq