Obama for President
Senator Barack Hussien Obama baru sahaja menurut CNN memperolehi pencalonan yang mencukupi untuk memenangi pencalonan parti Demokrat bagi bertanding dalam Pilihanraya Presiden AS lewat tahun ini.
Ini bermakna beliau akan berhadapan dengan veteran perang Senator John Mc Cain dari parti Republikan dalam pilihanraya itu nanti bagi menggantikan Presiden Bush yang telah berkhidmat dengan temph maksima dua penggal sebagai Presiden Amerika Syarikat.
Selepas ini Obama perlu mengumumkan calon Naib Presidennya, ada yang berpandangan mungkin beliau akan memilih Hillary Clinton (yang gagal memperolehi pencalonan yang diperlukan). Dengan kemenangan ini Obama menjadi calon Presiden kulit hitam yang pertama dalam sejarah Amerika dan kiranya beliau menang, beliau akan menjadi Presiden AS kulit hitam yang pertama.
Untuk rekod bapa beliau Hussien Obama adalah seorang Muslim warga Kenya (yang telah meninggal dunia), beliau dibesarkan oleh ibunya (kulit putih) yang kemudian telah berkahwin dengan lelaki lain termasuk seorang warga Indonesia. Obama pernah bersekolah di Indonesia, walaupun kini mengamalkan agama Kristian tetapi "roots" Islamnya dijangka menjadi bahans erangan pihak Republikan.
Apa pun saya yakin tumpuan dunia, kawan dan lawan akan tertuju ke arah pilihanraya negara dunia pertama ini.
3 comments:
"2 faces in 1 coin". Negara US dari dulu lagi tlh berada dlm pengaruh Zionist. Sesiapa pun pemimpinnya sama ada dr Republican@democrat, matlamatnya ttp sama iaitu memperjuangkan agenda Zionist. Sesiapa yg menentangnya akan musnah, tak kira sama ada pemimpin@negara.
Iran adalah paksi perubahan & penyatuan negara² Islam krn hanya negara ini yg d geruni Zionist serta seangkatannya. Buktinya US tdk berani menyerang Syria stlh Iran memberi amaran akan bertindak balas. Amerika Latin adalah kelompok pertama yg mewujudkan hubungan akrab dgn Iran berbanding dgn negara² Islam itu sendiri. Abad ke-21 ini politik US tlh berubah dgn lebih halus lagi utk menguasai negara² Islam. Pemimpin akan berubah ttp matlamat mrk tetap tdk akan berubah. Apa yg d harapkan agar negara² Islam mampu bertaut kembali utk menghadapi cabaran masa hadapan.
Ya tepat, kita hanya mengharapkan satu era pemerintahan yg mana die x serang mana2 negara islam pun dah kire ok lar.. tapi kalau itu keadaannya xpula die dinamakan USA!, apa2pun Malaysia dan OIC mesti ada kekuatan kendiri lar
Bro,
Obama adalah penyokong kuat Yahudi seperti Bush juga...secra terang2 telah menyatakan akan memneri sokongan padu kepada Israel...
Post a Comment